Tuesday, August 11, 2009

kERETA kENA pECAH

Vivi aku nyaris dicuri..
Hari ni adalah hati paling malang buat aku..:'(:'(

Lepas abis keje aku ke Giant Bandar Puteri Puchong untuk cucuk duit & beli barang sikit kat sana. Disebabkan parking penuh maka aku parking kat area parking motor punya port. Kat situ ada banyak parking kosong. Time tu ada dalam 9-10 bijik keta kat sana. Nak kata sunyi pun tak jugak sebab ada banyak orang lalu lalang dan ramai pekerja lepak kat area sana.Jadi aku pun dengan senang hati la masuk & shopping.

Dalam 45minit aku terdengar nama plet keta aku kena announce. Aku ingatkan keta aku blok jalan ke hapa tapi bila aku check takde apa2 pun sehinggalah aku start nak bawak masuk barang yang aku beli tadik. Aku perasan, tissue paper bersepah dalam keta aku. Time tu tak sedar lagi sehinggalah time aku kutip tissue tu semua dan aku perasan ada serpihan kaca bertaburan kat seat belakang. Sekali tengok dah pecah dah cermin belakang aku kat belah passenger.

http://i57.photobucket.com/albums/g211/tungkai/2aa.jpg
Check lain2 dan aku tengok kunci handle dah melopong, steering lock dah kena potong dua,

http://i57.photobucket.com/albums/g211/tungkai/6aa.jpg
kunci kat steering dah ketat tapi still buleh masuk dan last sekali glove compartment aku dah barai. Ada wire dah kena potong.

http://i57.photobucket.com/albums/g211/tungkai/5aa.jpg
Aku suspect wire alarm & jugak mungkin dia nak bypass system untuk start keta...:'(:'(:'(


http://i57.photobucket.com/albums/g211/tungkai/1aa.jpg
Aku blur & jadi org bodo kejap time tu. Tak boleh nak pikir apa2 sebab terkejut. Time tu dah gelap dalam pukul 830 mlm. Pastu hujan lagik.Air hujan senang2 je masuk kat tempat cermin pecah tu..huhuhuu..sedihnya. Apa le malang...:(


Aku call Perodua dan diorg advise aku suruh tunggu sementara diorg arrangekan support yg akan tiba. Bagus betul support yg diorg bagi. Cepat, jelas dan bebetul concern dengan problem aku walaupun time tu dah nak masuk pukul 9mlm. Aku tak expect support diorg camtu sebab dah le malam pastu hujan lagik. Tak sampai 1/2 jam diorg sampai dan bawak aku gi balai polis untuk buat report dan dalam masa yg sama tow truck dah angkut Vivi aku ke balai polis untuk ambik gambar. Gedebak gedebuk dah pukul 1100 malam. Mamat Perodua ni siap hantar aku balik rumah lagik dari Puchong ke Shah Alam meskipun dalam keta dia aku tengok the whole famili ada. Rosak program dia malam tu disebabkan aku..Semua sekali diorg charge RM0. Terima kasih kat Ujang & Jalil staff Perodua Puchong.

Besok baru tau apa cerita Vivi aku tu. Sah2 kena tukar kunci & check ECU sebab macam dah rongak je aku tengok. Barang2 berharga macam smart tag, duit, external hard disk baru beli semuanya still ada. Memang intention penyamun ni nak rampok kete tapi tak lepas. Keta aku standard aje pun lainlah kalau letak turbo ke, mekap melampau ke..Baru plan nak balik kampung besok tengok orang tua aku tapi nampaknya postpone lagik..Aduhh...sungguh meletihkan..:mad::mad:. Pada yang lain, aku harap korang berhati2 dan kalau buleh letaklah additional security kat keta korang. Alat2 camtu memang senang je nak dijahanamkan oleh penyamun tu tapi sekurang2nya melambatkan lagi aktiviti musibat diorg tu sebelum kena cekup.

Aku parking dalam kawasan Giant tu. Aku dah tanya dengan security, dia kata takde. Diorg pasang dalam bangunan ngan kat loading bay je.

Dia announce sebab pak guard dapat detect kete aku kena pecah ngan badigol sood tu. So, dia nak aku datang secepat mungkin kot2 ada barang lain yang hilang. Pak guard yg ronda tu cakap dia baru je buat spot check kat area situ dalam 5 minit sebelum tu. Bila buat 2nd round check, dia tengok kete aku dah rongak..Bayangkan selang 5minit aje. Nasib baik le ada immobilizer..kalau tak, selamat Vivi aku kena kenduri..:(

Dalam masa yg sama, aku perasan ada sorang amoi tengah buat report sebab kete dia, Waja, hilang kat depan parking area tu. Menangis2 sebab dia kata baru 1 bulan beli. Kete 2nd aje pun..

Update:
Aku dah setelkan semua documentation & report tu semua. Diorg kata kena tunggu 3minggu..paling cepat psl biasanya insurance ni banyak prosedur dia..argghhhh!!!!! :mad: :mad: :mad: Kompom fobia aku nak pegi mana2 lepas ni..

cERITA DARI TUNGKAI

1 comment:

Ied @ May said...

tp kalau perasan area giant, ioi mall, tesco puchong tu mmg byk penyangak kete. my kenari pun kena calar baik punyeeee sampai mcm kena toreh kat area ioi mall. baru je lps spray sbb accident. bkn block kete sape2 pun...lagi satu cube baca kat parking ticket, diorg ni mmg x kan bertanggungjawab kalo jadi pape.. but tolong la tgk2kan, kita kan bayar parking, bukannye free...boleh ke report pengguna?

Job

  Gg