Showing posts with label tanda-tanda anak alami deraan seks. Show all posts
Showing posts with label tanda-tanda anak alami deraan seks. Show all posts

Monday, October 12, 2009

Seks Bebas Bunuh Perasaan Malu

BUAT dosa siang malam tidak kira masa. Apa sudah jadi dengan umat Islam kini? Bersolat tetapi berzina. Ketika umat Islam berpuasa dia pula buat kerja laknat.

Ini yang diberitahu kepada saya seorang ibu yang mengadu mengenai anaknya dan aduan seorang isteri dengan perangai suami yang bermalam dan mengaku berzina dengan “kekasih baru.”

Saya masih ingat lagi kata-kata datuk saya ketika beliau mengajar di rumahnya dengan katanya, berzina seronok sekejap tetapi derita sampai ke neraka.

Tazkirah kali ini ingin saya menulis mengenai akibat berzina yang nampaknya sudah menjadi perkara biasa dan semacam tidak ada apa-apa perasaan pada pasangan sama ada remaja, dewasa atau tua.

pregnant
Percayalah, kalau Allah marah mesti ada azab sama ada azab sementara di dunia dan apa lagi di akhirat. Di antara akibat buruk dan bahaya terbabit ialah:



1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilang sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.



2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.



3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.



4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.



5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.



6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.



7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.



8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.



9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.



10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.

Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.



11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.



12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.

Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.



13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.



14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.

Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya?

Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.

Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Na'udzubillahi min dzaalik.



15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.



16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud? Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat dari bencana durjana ini.

http://www.alfurqanonline.net/images/Friendly%20Link/Ust%20Zawawi.JPG
Bersama Mohd Zawawi Yusoh di
myMetro

Tuesday, September 29, 2009

NAFSU SEKS

Bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"
"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan `fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan"

http://resepirahsiaku.blogspot.com/search/label/AURAT%20WANITA%20ISLAM

Friday, June 12, 2009

Fahami Tanda-Tanda Anak Alami Deraan Seks

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaNLr-gftA8tDufr7c_yWuQ-m2tbJ5FhYAJDrJpdCdlgnC5Rs-6m-C_n0da5UgzQUJKMrFUDeVBTGGe_egMEQbRn-ru8WLd2k1lkPQAPP0IbhuV42AjrSf4PA06B1_3De17qY1OSbG75A/s400/Picture1.jpg

Apakah reaksi anda apabila melihat anak kecil anda membuat perlakuan berbentuk seksual, seperti gemar menarik atau menyentuh kemaluan teman sepermainan atau membuat pergerakan seperti sedang melakukan seks ketika bermain?

Adalah satu kesilapan besar bagi ibu bapa untuk mengambil mudah perlakuan seperti ini dan menganggapnya sebagai satu tindakan “nakal” kerana ia adalah salah satu tanda anak anda telah terdedah pada perlakuan seksual atau lebih buruk lagi mungkin mangsa penderaan seksual.


Madeleine Yong ketika memberi penjelasan mengenai tanda-tanda penderaan seksual di forum anjuran Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (foto The Star).

Menurut Pengarah Persatuan Protect and Save The Children (PS The Children) Madeleine Yong, ibu bapa perlu peka terhadap tanda-tanda yang mencurigakan yang ditunjukkan anak bagi menyelamatkan mereka daripada terus menjadi mangsa penderaan seksual.

http://www.psthechildren.org.my/images/template/logo.jpg

PS The Children adalah pertubuhan sukarela yang menyediakan khidmat bantuan, terapi dan kaunseling kepada kanak-kanak mangsa penderaan seks dan sokongan kepada keluarga mereka.

Bercakap pada satu forum mengenai penderaan seks kanak-kanak anjuran Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam baru-baru ini, Madeline memberi contoh satu kes membabitkan seorang kanak-kanak perempuan yang gemar menarik kemaluan rakan lelakinya ketika bermain.




“Apabila disiasat dan ditanya dengan baik, kanak-kanak itu menjelaskan, itu adalah permainan rahsia yang kerap dimainkannya bersama bapanya,” kata Yong.

Beliau menegaskan perlunya bagi ibubapa dan orang dewasa memahami tanda-tanda tidak nyata yang ditunjukkan oleh kanak-kanak mangsa penderaan seks kerana secara umumnya, sebahagian besar mereka tidak akan memberitahu sesiapa mengenainya, lebih-lebih lagi jika ia dilakukan oleh orang yang rapat dengan mereka.

Mangsa, katanya, takut akan dipersalahkan oleh masyarakat dan kerap merasakan diri mereka sendiri bersalah, terutamanya jika mereka mendapat kenikmatan daripada perbuatan itu.

“Ibu bapa perlu faham bahawa organ seks kanak-kanak boleh juga memberikan kenikmatan kepada mereka dan ini antara punca mengapa mereka rasa bersalah dan tidak akan mengadu jika menjadi mangsa penderaan seksual".

“Bagaimanapun, jika penderaan ini berterusan, kesannya kepada psikologi mangsa sangat buruk dan jika tidak ditangani akan berkekalan sehingga boleh menjurus pada pengambilan alkohol dan dadah,” katanya.


Tanda-tanda lain yang kerap ditunjukkan mangsa penderaan seks termasuklah

  • kerap mengigau,
  • takut tidur,
  • perubahan tingkah laku yang ketara,
  • gemar menyisihkan diri,
  • kencing malam,
  • gemar berahsia,
  • menghadapi masalah hilang berat badan/bertambah berat badan secara ketara atau
  • paling buruk kerap mencederakan diri sendiri
  • atau mempunyai kecenderungan membunuh diri.

Tanda seperti mencederakan diri, kata Yong, boleh dilihat dalam kes di mana penderaan berlaku dalam tempoh lama dan berterusan, menyebabkan mangsa seperti hilang kemampuan untuk merasa apa-apa, melainkan ia kesakitan fizikal.

Keadaan ini, katanya, akan menyebabkan mangsa suka menoreh bahagian-bahagian anggota mereka yang sukar dilihat, seperti di lengan, perut atau di paha.

Yong juga menggalakkan ibu bapa agar mendidik anak-anak mereka mengenai organ-organ seks mereka dan tidak memberikan nama-nama pelik terhadap organ tersebut seperti “nasi lemak” untuk buah dada atau nama-nama lain untuk kemaluan atau dubur mereka.

Cara ini, katanya, akan memudahkan kanak-kanak untuk memberitahu apa yang berlaku pada mereka dengan jelas tanpa berasa malu kerana ia bukan perkataan yang dianggap taboo.

Beliau juga menggalakkan ibu bapa agar mendengar dengan teliti apabila anak-anak mereka mengadu tentang kejadian yang menimpa mereka kerana kanak-kanak jarang mengada-adakan cerita dan memberikan sokongan kepada mereka kerana bagi kanak-kanak mangsa penderaan seksl, trauma yang mereka alami ketika bercerita adalah sama dengan trauma yang mereka alamia ketika didera.

Naib presiden pertubuhan itu Vicky Alahakone pula berkata, mengikut statistik, dalam kes penderaan seks membabitkan ahli keluarga, golongan paling tinggi didapati bersalah adalah bapa, diikuti bapa saudara, abang dan bapa tiri.

“Di samping itu, lebih 70% daripada kes yang dilaporkan berlaku di dalam rumah mangsa sendiri. Ini bermakna usaha lebih kuat perlu dilakukan bagi menjadikan rumah tempat yang selamat untuk kanak-kanak,” katanya.

Job

  Gg