Showing posts with label ROGOL. Show all posts
Showing posts with label ROGOL. Show all posts

Sunday, October 11, 2009

Elak bersendirian dengan Lelaki

KUALA LUMPUR: Dia hanya berusia 14 tahun tetapi masa depannya diragut akibat dirogol seorang lelaki beristeri empat, menyebabkannya kecewa lantas merelakan teman lelaki serta rakan sekolah ‘membaham’ tubuhnya hampir setiap hari selama berbulan-bulan.

Setiap kali berpeluang, dia sanggup melakukan hubungan seks dengan seorang atau hingga lapan lelaki sekali gus dan lebih teruk lagi, aktiviti terbabit dilakukan di stor sekolah tempatnya belajar.

Gadis tingkatan dua itu yang mahu dikenali sebagai Roslina mendedahkan perilaku buruknya bukan untuk berbangga, sebaliknya sebagai pengajaran kepada pihak lain dan dia kini bertaubat.

“Segala-galanya bermula awal tahun ini apabila teman lelaki mengajak saya ke Kuala Lumpur. Sampai di stesen bas, dia tiba-tiba menukar fikiran dan memberi alasan ada urusan kecemasan.

“Saya ditinggalkannya bersendirian dan tidak lama kemudian saya disapa seorang lelaki berusia 40-an yang memberitahu dia mahu berkenalan,” katanya yang berasal dari utara tanah air.
Menurut Roslina, lelaki itu seterusnya menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah dan dia tanpa berfikir panjang terus bersetuju.


“Namun dalam perjalanan, dia menukar haluan dan berhenti di sebuah hotel. Dia ajak saya masuk ke hotel, bila saya tak mahu, dia paksa saya. Di dalam bilik, dia mengajak saya melakukan hubungan seks, sekali lagi saya enggan.

“Akibatnya pakaian saya disentap dan saya dirogol. Selepas itu dia menghantar saya pulang, tetapi dalam perjalanan kami berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sebuah lebuh raya dan dia merogol saya sekali lagi di dalam kereta,” katanya sambil mengalirkan air mata.

Sampai di rumah, Roslina memaklumkan kejadian yang menimpa dirinya kepada keluarga. Mereka kemudian membuat laporan polis dan ketika itulah dia mengetahui lelaki terbabit beristeri empat.

Ditanya adakah lelaki itu kemudian ditahan polis, Roslina berkata, dia tidak tahu hal itu dan tiada siapa memaklumkan kepadanya mengenai perkembangan lanjut.

Roslina berkata, selepas kejadian itu dia mulai murung, berasakan diri tidak berguna kepada keluarga dan tiada masa depan lagi.

“Saya mula ponteng sekolah, merokok dan meneguk arak dengan rakan. Lebih teruk lagi, saya terjebak mengadakan hubungan seks dengan teman lelaki.

“Kerana ketagih, saya sanggup mengadakan hubungan seks secara berkumpulan iaitu bersama teman lelaki dan rakan lain di sekolah, biasanya antara tujuh hingga lapan orang serentak.

http://www.tvselangor.com/pic/thumb/gjla%20sosial.jpg

“Kami mencari lokasi sesuai dan akhirnya melakukan kegiatan itu di sebuah stor di sekolah,” katanya.

Menurut Roslina, dia dan kumpulan seksnya melepaskan nafsu serakah mereka asal ada peluang dan tanpa mengira waktu.

“Ada kalanya kami lakukan pada waktu pagi ketika pelajar lain menghadiri perhimpunan, namun biasanya kami buat pada waktu petang selepas tamat sesi persekolahan. Kami tidak memikirkan dosa dan perkara negatif lain kerana yang penting hanya puaskan nafsu,” katanya.



Menurutnya, kegiatan seks rambang itu dilakukannya bersama rakan hampir empat bulan sebelum ia dihidu pihak sekolah.

“Kami dicekup ketika ‘beraksi’ di stor. Saya dibuang sekolah dan kini menyesal dengan apa yang saya lakukan. Saya memalukan keluarga dan memusnahkan masa depan sendiri.

“Namun saya bersyukur kerana ibu bapa dan adik beradik tidak membuang saya, sebaliknya tabah membimbing dan menyokong saya untuk membina hidup baru. Saya bertaubat dan berjanji tidak mahu mengecewakan lagi ibu, ayah serta adik beradik,” katanya.

Berita Benar Dari
myMetro

Tuesday, September 29, 2009

NAFSU SEKS

Bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"
"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan `fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan"

http://resepirahsiaku.blogspot.com/search/label/AURAT%20WANITA%20ISLAM

Tuesday, September 8, 2009

Peringatan bagi wanita



GOMBAK: “Saya tersentak apabila melihat seorang wanita yang hanya bercoli berlari ke arah saya selepas merentasi sungai dan meminta tolong kerana mendakwa dia dirogol.

“Ketika itu, dua lelaki turut dilihat sedang mengejarnya, namun bergegas melarikan diri menuju ke arah hutan sejurus ternampak saya,” kata saksi yang enggan dikenali ketika ditemui di sini, semalam.

Berikutan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) dikerah memburu kedua-dua lelaki dipercayai perogol bersiri di sekitar Pusat Rekreasi Alang Sedayu, Jalan Lama Gombak di sini.



Difahamkan, dalam kejadian jam 8 pagi semalam itu, seorang wanita berusia 27 tahun mendakwa dirogol kedua-dua lelaki terbabit berhampiran sebuah loji pembersihan air di kawasan perkelahan itu.

Suspek yang melarikan diri ke hutan meninggalkan sebuah Perodua Kancil kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian.

Hasil pemeriksaan ke atas kereta berkenaan mendapati mereka sebelum itu dipercayai turut merogol dan menyamun seorang wanita yang juga ibu kepada tiga anak berusia 27 tahun di sekitar Gombak.

Menurut saksi, selepas memberi tuala untuk menutup tubuh, wanita terbabit memaklumkan dia dirogol dua lelaki yang baru dikenalinya, dua hari lalu.

“Selain itu, mangsa memberitahu tujuannya pergi ke kawasan ini bersama dua lelaki terbabit untuk mencari batu,” katanya yang kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata pihaknya mengenal pasti seorang daripada suspek melalui dokumen pengenalan diri yang ditemui dalam Perodua Kancil yang ditinggalkan di kawasan berkenaan.

“Berikutan itu, kami sedang mengesan lelaki berusia 25 tahun terbabit dan rakannya bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati lebih 20 anggota polis yang dibantu anjing Unit K9 memasuki kawasan hutan berkenaan bagi memburu suspek yang dipercayai masih bersembunyi di kawasan berdekatan.

Wednesday, August 19, 2009

BERUBAT

Cerita ini dipetik dari http://www.dcckmona.com sEDIH ..

``Apa yang berlaku merupakan bab pertama, kedua dan ketiga kehidupan saya, dari susah kepada senang sedikit apabila masuk bab keempat setelah anak-anak dewasa, saya dilanda musibah yang besar yang hampir menghancurkan hidup saya. Saya diperkosa oleh seorang imam masjid DP yang menjadi bomoh.

``Hidup saya menderita akibat perbuatan keji orang yang dihormati masyarakat. Semuanya bermula bila adik saya minta ditemankan berubat dengan imam masjid DP yang kononnya terkenal boleh mengubat orang terkena ilmu sihir, guna-guna dan sebagainya.

``Adik minta saya temankan dia pergi berubat di tempatnya, kerana pengubatannya memakan masa yang panjang, saya mencadangkan adik saya datang ke rumah saya untuk berubat, lagi pun saya perlu bekerja tak dapat cuti selalu.

``Peringkat awal (datang membuat rawatan se minggu sekali selama 2 bulan) semuanya berjalan di rumah saya, hinggalah satu hari imam ini memberitahu dari penglihatannya saya juga perlu dirawat, katanya saya terkena sihir kalau dibiarkan boleh melarat teruk.

``Kerana percaya saya setuju di rawat, setelah membaca jampi serapahnya beliau kemudian menentukan hari yang baik untuk dirawatan setelah mencari ubat yang sesuai.

``Tibalah waktu yang sesuai beliau menghubungi saya dia akan datang mengubat, saya tidak tinggal sendirian, di rumah ada tiga orang iaitu dua orang anak dan adik lelaki saya, setelah berubat di luar, imam ini mengajak saya masuk bilik untuk mengubat lebih teliti lagi.

``Ketika itu saya lihat adik saya mula mengantuk begitu juga seorang anak saya. Hati dan kaki saya tak mahu melangkah masuk ke bilik, terasa bagai dipukau saya mengikut arahan imam. Ketika itu saya sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan diri saya dan hati mula mencurigai imam tadi yang dulunya sangat saya percaya.

``Seluruh tubuh saya terasa dijampi serapah, dan saya mengikut saja apa arahannya ketika di katil. Saya sedar saya diperkosa tetapi saya tidak ada kudrat untuk menolak, menyepak atau menolaknya. Cuma air mata mengalir di pipi. Saya tidak tahu mengapa seluruh tubuh saya jadi kaku tidak membantah apa lagi menolak.

``Saya tak sedar berapa lama, tetapi sejak petang imam itu masuk ke rumah, malam hari barulah saya boleh bangun. Bila saya melihat pada badan saya yang cuma ditutup dengan kain, saya tahu dan sah bahawa saya telah diperkosa.

``Ketika itu anak dan adik saya pun turun terbangun sama. Tetapi seorang anak saya bertanya mengapa imam kunci pintu semasa mengubat emak, saya tidak dapat menjawab. Adik saya juga hairan mengapa dia boleh tertidur begitu lama sedangkan dia masuk kerja jam 7 petang. Kami semua kehairanan dengan apa yang terjadi. Dan kami sedar kami dipukau anak dan adik saya tertidur. Sementara tubuh badan saya lemah tak boleh bangun apa lagi melawan, saya sedar apa yang dia lakukan kepada saya.

``Saya yakin kami dipukau, kalau selama ini saya pernah dengar cerita bomoh merogol mangsanya, saya fikir itu cerita dongeng, mengapa wanita itu tak melawan, hari itu saya tahu itulah kuasa pukau cuma mata terbuka tetapi tubuh badan tak berdaya melawan.

``Saya benar-benar takut dan tak tahu apa harus saya lakukan, bermacam prasangka menghantui fikiran saya. Saya mengadu dengan kakak dua hari kemudiannya setelah saya terasa pulih dan ada kekuatan setelah dua malam tidak dapat tidur langsung.

``Kakak membawa saya ke rumah imam meminta dia bertanggungjawab. Malangnya beliau tidak mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu, malah mendakwa saya mahu perangkap dia. Isterinya juga menuduh saya ibu tunggal yang gatal, miang sengaja merosakkan nama baik suaminya. Saya bersumpah bukan saya mahu memerangkap dia apa lagi menjatuhkan maruahnya. Tetapi semua sumpah saya ditolak ketepi.

``Kerana tiada jalan lain kakak jumpa pegawai JAWI ceritakan keadaan sebenar. Tetapi siapalah kami yang dikatakan jahil ini berbanding orang yang banyak ilmunya. Pasti cerita saya disamakan dengan cerita dongeng atau drama swasta. Siapa percaya!

``Waktu itu saya hampir-hampir setengah gila, saya amat bimbang sesuatu yang tidak baik berlaku ke atas saya, siapa yang hendak bertanggangjawab. Dan saya amat tertekan bila dikatakan janda gatal, nak rampas suami orang.

``Kalau saya nak rampas suami orang atau gatal nak kahwin, saya dah kahwin selepas suami saya meninggal dunia, ketika itu saya belum pun berusia 25 tahun, mengapa setelah menjanda selama 16 tahun dan kini berumur lebih 40 tahun baru saya nak kahwin, sedangkan anak-anak dah besar, saya dah ada kerja. Saya benar-benar teraniaya.

``Saya bercerita kepada adik saya yang pernah berubat dengan imam tersebut, saya jadi lebih terkejut apabila dia juga mengaku bahawa dia pernah dipeluk dan dicium oleh imam bomoh tersebut, dia cuba mengelak tetapi tak berdaya. Sejak peristiwa itulah dia berhenti berubat dengan imam tersebut. Katanya dia langsung hilang kepercayaan kepada imam itu.

``Walaupun peristiwa itu berlaku awal tahun ini, tapi sampai sekarang saya tak boleh lupakan apa yang dia dah lakukan pada saya. Saya tak percaya orang yang berilmu macam tu pun boleh jadi tak betul. Saya memang nak laporankan pada polis, tetapi saya kena fikikirkan juga masa depan anak-anak yang sedang remaja. Dan saya tak mahu mereka malu ke sekolah kerana saya jadi tajuk berita akhbar. Pasti mereka diejek. Malu pada jiran tetangga.

``Kebimbangan dan ketakutan menjejaskan kerja saya. Sudah beberapa kali saya berhenti kerja, walaupun kerja sementara, tetapi saya perlu bekerja untuk menyara hidup anak-anak.

``Bila memikirkan ini semua, jiwa saya jadi tidak tenteram, saya tak tahu apa perlu saya lakukan, tambah-tambah bukan saya seorang jadi mangsanya. Adik yang sakit pun kena peluk cium, entah apa pulak terjadi kepada orang lain.

``Namun saya sentiasa berdoa oleh kerana saya orang dianiaya, saya memohon Allah ditunjukkan pembalasan kepada orang yang bersalah, menganiaya kami yang lemah.

``Kami pernah merayu beliau bertanggungjawab, sebaliknya saya dituduh jahat, lagipun masyarakat takkan percayakan saya berbanding beliau yang banyak ilmunya, pandai mentafsir apalagi membaca Quraan. Kata kakak antara dia dan kami tak ada bezanya, cuma ilmunya, dia juga manusia tapi bernafsu binatang.’’

Demikian pengakuan Norazanie. Pengalaman pahitnya dan cerita seperti ini tidak pernah saya paparkan sebelum ini, bukan mudah orang membuat pengakuan kalau tidak kerana hatinya sudah hancur, dan dia tidak ada tempat mencurahkan perasaan hatinya yang bercelaru.

Doa saya agar doa Norazanie dimakbulkan Allah s.w.t, dia orang yang teraniaya. Namun dia perlu kerja keras demi masa depan anak-anaknya, sewa rumah perlu dibayar, makan minum perlu disediakan. Semoga ada sinar cerah dihadapanya

Job

  Gg