Wednesday, August 19, 2009

BERUBAT

Cerita ini dipetik dari http://www.dcckmona.com sEDIH ..

``Apa yang berlaku merupakan bab pertama, kedua dan ketiga kehidupan saya, dari susah kepada senang sedikit apabila masuk bab keempat setelah anak-anak dewasa, saya dilanda musibah yang besar yang hampir menghancurkan hidup saya. Saya diperkosa oleh seorang imam masjid DP yang menjadi bomoh.

``Hidup saya menderita akibat perbuatan keji orang yang dihormati masyarakat. Semuanya bermula bila adik saya minta ditemankan berubat dengan imam masjid DP yang kononnya terkenal boleh mengubat orang terkena ilmu sihir, guna-guna dan sebagainya.

``Adik minta saya temankan dia pergi berubat di tempatnya, kerana pengubatannya memakan masa yang panjang, saya mencadangkan adik saya datang ke rumah saya untuk berubat, lagi pun saya perlu bekerja tak dapat cuti selalu.

``Peringkat awal (datang membuat rawatan se minggu sekali selama 2 bulan) semuanya berjalan di rumah saya, hinggalah satu hari imam ini memberitahu dari penglihatannya saya juga perlu dirawat, katanya saya terkena sihir kalau dibiarkan boleh melarat teruk.

``Kerana percaya saya setuju di rawat, setelah membaca jampi serapahnya beliau kemudian menentukan hari yang baik untuk dirawatan setelah mencari ubat yang sesuai.

``Tibalah waktu yang sesuai beliau menghubungi saya dia akan datang mengubat, saya tidak tinggal sendirian, di rumah ada tiga orang iaitu dua orang anak dan adik lelaki saya, setelah berubat di luar, imam ini mengajak saya masuk bilik untuk mengubat lebih teliti lagi.

``Ketika itu saya lihat adik saya mula mengantuk begitu juga seorang anak saya. Hati dan kaki saya tak mahu melangkah masuk ke bilik, terasa bagai dipukau saya mengikut arahan imam. Ketika itu saya sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan diri saya dan hati mula mencurigai imam tadi yang dulunya sangat saya percaya.

``Seluruh tubuh saya terasa dijampi serapah, dan saya mengikut saja apa arahannya ketika di katil. Saya sedar saya diperkosa tetapi saya tidak ada kudrat untuk menolak, menyepak atau menolaknya. Cuma air mata mengalir di pipi. Saya tidak tahu mengapa seluruh tubuh saya jadi kaku tidak membantah apa lagi menolak.

``Saya tak sedar berapa lama, tetapi sejak petang imam itu masuk ke rumah, malam hari barulah saya boleh bangun. Bila saya melihat pada badan saya yang cuma ditutup dengan kain, saya tahu dan sah bahawa saya telah diperkosa.

``Ketika itu anak dan adik saya pun turun terbangun sama. Tetapi seorang anak saya bertanya mengapa imam kunci pintu semasa mengubat emak, saya tidak dapat menjawab. Adik saya juga hairan mengapa dia boleh tertidur begitu lama sedangkan dia masuk kerja jam 7 petang. Kami semua kehairanan dengan apa yang terjadi. Dan kami sedar kami dipukau anak dan adik saya tertidur. Sementara tubuh badan saya lemah tak boleh bangun apa lagi melawan, saya sedar apa yang dia lakukan kepada saya.

``Saya yakin kami dipukau, kalau selama ini saya pernah dengar cerita bomoh merogol mangsanya, saya fikir itu cerita dongeng, mengapa wanita itu tak melawan, hari itu saya tahu itulah kuasa pukau cuma mata terbuka tetapi tubuh badan tak berdaya melawan.

``Saya benar-benar takut dan tak tahu apa harus saya lakukan, bermacam prasangka menghantui fikiran saya. Saya mengadu dengan kakak dua hari kemudiannya setelah saya terasa pulih dan ada kekuatan setelah dua malam tidak dapat tidur langsung.

``Kakak membawa saya ke rumah imam meminta dia bertanggungjawab. Malangnya beliau tidak mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu, malah mendakwa saya mahu perangkap dia. Isterinya juga menuduh saya ibu tunggal yang gatal, miang sengaja merosakkan nama baik suaminya. Saya bersumpah bukan saya mahu memerangkap dia apa lagi menjatuhkan maruahnya. Tetapi semua sumpah saya ditolak ketepi.

``Kerana tiada jalan lain kakak jumpa pegawai JAWI ceritakan keadaan sebenar. Tetapi siapalah kami yang dikatakan jahil ini berbanding orang yang banyak ilmunya. Pasti cerita saya disamakan dengan cerita dongeng atau drama swasta. Siapa percaya!

``Waktu itu saya hampir-hampir setengah gila, saya amat bimbang sesuatu yang tidak baik berlaku ke atas saya, siapa yang hendak bertanggangjawab. Dan saya amat tertekan bila dikatakan janda gatal, nak rampas suami orang.

``Kalau saya nak rampas suami orang atau gatal nak kahwin, saya dah kahwin selepas suami saya meninggal dunia, ketika itu saya belum pun berusia 25 tahun, mengapa setelah menjanda selama 16 tahun dan kini berumur lebih 40 tahun baru saya nak kahwin, sedangkan anak-anak dah besar, saya dah ada kerja. Saya benar-benar teraniaya.

``Saya bercerita kepada adik saya yang pernah berubat dengan imam tersebut, saya jadi lebih terkejut apabila dia juga mengaku bahawa dia pernah dipeluk dan dicium oleh imam bomoh tersebut, dia cuba mengelak tetapi tak berdaya. Sejak peristiwa itulah dia berhenti berubat dengan imam tersebut. Katanya dia langsung hilang kepercayaan kepada imam itu.

``Walaupun peristiwa itu berlaku awal tahun ini, tapi sampai sekarang saya tak boleh lupakan apa yang dia dah lakukan pada saya. Saya tak percaya orang yang berilmu macam tu pun boleh jadi tak betul. Saya memang nak laporankan pada polis, tetapi saya kena fikikirkan juga masa depan anak-anak yang sedang remaja. Dan saya tak mahu mereka malu ke sekolah kerana saya jadi tajuk berita akhbar. Pasti mereka diejek. Malu pada jiran tetangga.

``Kebimbangan dan ketakutan menjejaskan kerja saya. Sudah beberapa kali saya berhenti kerja, walaupun kerja sementara, tetapi saya perlu bekerja untuk menyara hidup anak-anak.

``Bila memikirkan ini semua, jiwa saya jadi tidak tenteram, saya tak tahu apa perlu saya lakukan, tambah-tambah bukan saya seorang jadi mangsanya. Adik yang sakit pun kena peluk cium, entah apa pulak terjadi kepada orang lain.

``Namun saya sentiasa berdoa oleh kerana saya orang dianiaya, saya memohon Allah ditunjukkan pembalasan kepada orang yang bersalah, menganiaya kami yang lemah.

``Kami pernah merayu beliau bertanggungjawab, sebaliknya saya dituduh jahat, lagipun masyarakat takkan percayakan saya berbanding beliau yang banyak ilmunya, pandai mentafsir apalagi membaca Quraan. Kata kakak antara dia dan kami tak ada bezanya, cuma ilmunya, dia juga manusia tapi bernafsu binatang.’’

Demikian pengakuan Norazanie. Pengalaman pahitnya dan cerita seperti ini tidak pernah saya paparkan sebelum ini, bukan mudah orang membuat pengakuan kalau tidak kerana hatinya sudah hancur, dan dia tidak ada tempat mencurahkan perasaan hatinya yang bercelaru.

Doa saya agar doa Norazanie dimakbulkan Allah s.w.t, dia orang yang teraniaya. Namun dia perlu kerja keras demi masa depan anak-anaknya, sewa rumah perlu dibayar, makan minum perlu disediakan. Semoga ada sinar cerah dihadapanya

No comments:

Job

  Gg