Showing posts with label harta pusaka. Show all posts
Showing posts with label harta pusaka. Show all posts

Monday, August 17, 2009

PENGURUSAN PUSAKA

Wasiyyah Shoppe adalah sykt perancangan harta secara Syariah milik 100% bumiputera yg beroperasi berlandaskan Syariah yg pertama di Malaysia.

Pencapaian Wasiyyah Shoppe

Ditubuhkan pada Jun 2004 dgn matlamat utama untuk mengelakkan & menyelesaikan masalah harta pusaka yg menjadi dilema org Islam kita pada hari ini.


Ditubuhkan oleh 5 beradik diketuai oleh Ariffin Sabirin sbg CEO & dibarisi oleh 6 org panel Syariah yg berpengalaman luas di dlm bidang muamalat & undang-undang Islam.

Sblm ini Wasiyyah Shoppe adalah Agen Korporat Amanah Raya Berhad tetapi kerana mempunyai visi yg berlainan kontak perkhidmatan tidak diperbaharui & skrg Wasiyyah Shoppe beroperasi secara independent.

Skrg ini Wasiyyah Shoppe mempunyai hubungan perniagaan dgn Am Trustee Bhd. Alwal tahun 2007, Wasiyyah Shoppe memperkenalkan pakej pengurusan pusaka PERCUMA bernama Al-Wasitah. Pakej ini merupakan pakej yg pertama seumpamanya di Malaysia. Sblm ini semua org berckp pasal wasiat sedangkan sebenarnya ramai org disalah fahamkan ttg wasiat, sbb itu Wasiyyah Shoppe memperkenalkan pakej ini kerana perancangan harta bukannya akan selesai jika hanya ada dokumen wasiat tetapi isu yg utama ialah PENGURUSAN.


Siapa yg akan menguruskan harta pusaka kita selepas ketiadaan kita? Adakah waris kita tahu ttg proses pengurusan pusaka di Malaysia?

Adakah mereka ada masa untk melakukannya? Adakah mereka sanggup menanggung kos pengurusan pusaka yg dikenakan oleh peguam atau sykt pemegang amanah?

Ini semua persoalan yg membawa kpd kewujudan pakej Al-Wasitah.
Di dalam pakej ini semua proses pengurusan & kos yg terlibat akan diuruskan oleh Wasiyyah Shoppe bersama-sama dgn Am Trustee Bhd. Waris hanya perlu menghadiri bicara kuasa sahaja. Yg lainnya akan diuruskan oleh Wasiyyah Shoppe bersama Am Trustee Bhd & panel peguamnya.

Sebab itu pelanggan Wasiyyah Shoppe yg meninggal dunia seramai 52 org, proses pusaka merea telah diselesaikan di dlm tempoh setahun dari tarikh meninggal dunia. Objektif Wasiyyah Shoppe adalah utk menyelesaikan proses pengurusan ini secepat mungkin supaya arwah mempunyai jawapan ketika ditanya ttg harta yg ditinggalkan di hadapan Allah SWT kelak. Wasiyyah Shoppe juga adalah syarikat berorientasikan Perkhidmatan Pelanggan, oleh itu semua pelanggan Wasiyyah Shoppe seramai hampir 10 000 org setakat ini akan diberitahu ttg perkembangan industri secara berkala dari masa ke semasa. Berkaitan ttg bayaran bg pakej ini sebenarnya ada 2 pakej Al-Wasitah yg utama iaitu Pakej Gangsa & Perak.

Bg mereka yg ada jumlah harta di bawah RM 600 000.00, yuran penyertaan adalah sbyk RM 300 & tahunan sbyk RM 150. Kos pengurusan pusaka yg dilindungi adalah sehingga nilai RM 6000.00.

Bg mereka yg ada harta berjumlah lebih drpd RM 600 000.00 yuran penyertaan adalah sbyk RM 800.00 & tahunan sbyk RM 400.00. Kos pengurusan pusaka yg dilindungi adalah sbyk RM 15 000.00.Tmph matang adalah bergantung kpd umur pelanggan skrg.

Jadualnya adalah seperti di bawah

Umur semasa langganan Tempoh Langganan
18-30 30 tahun
31-40 25 tahun
41-50 20 tahun
51-60 15 tahun
61-74 10 tahun

Mereka yg lebih drpd 74 thn tidak boleh subscribe pakej Al-Wasitah ini. Selepas tempoh matang tamat & pelanggan masih hidup, pakej ini tetap valid even pelanggan meninggal dunia pada umur brp pun, ini adalah manfaat seumur hidup yg disediakan.

Thursday, June 4, 2009

Faraid

Pada 21 Mei aku ke Makhamah Tinggi Satu, perbicaraan bg semua orang adalah jam 9 am,aku ingatkan aku punya perbicaraan mula jam 9 am.rupa-rupanya semua orang dijadualkan pada waktu yg sama, hmm ingatkan aku punya kes faraid mula jam 9am jadi aku tak breakfast lah, kelihatan didepan kamar hakim tiada kaunter pendaftaran, yang ada hanya deretan kerusi panjang, Perutku kelaparan.

Pada dinding tingkat 2 ni ada papan makluman peraturan didalam makhamah dan juga senarai nama mereka yang akan dibicarakan oleh makhamah Tinggi, nama aku tertera padanya, aku yg ke-9.

diantara Peraturan didalam makhamah Tinggi yang dinyatakan pada papan plastik di dinding adalah
Kehadiran mesti 30 minit lebih awal.., jangan buat sebarang rakaman video,audio atau still image, dilarang mengaktifkan bunyi telefon dan macam-macam lagi.
setelah sejam lebih menunggu keluar seseorang lelaki dari pintu kamar hakim " Ahmad Muhd Nur Ariff Bin Mustafa" seru lelaki tu.

"I.C" minta lelaki tadi, aku memberi kad pengenalanku

"Ya saya" Jawab aku

Kemudian masuklah aku bersamanya ke dalam Pintu menuju ke kamar Hakim.

dalam kamar hakim hanya ada 4 orang termasuk aku,

Hakim tu bercakap dengan gaya bahasa yang tak serupa seperti dalam filem pun.Antara lafaz yang diucapkan oleh Hakim "bila mak awak meninggal dunia","awak datang seorang je","Betul ke adik beradik awak 7 orang ? ke 9 orang?, saya nak saksi ye untuk hal ini"

Tak sampai setengah jam sessi soal siasat hakim terhadap aku, hakim minta aku bawa salinan kad pengenalan nenek sebelah mak kerana nenek aku juga tersenarai sebagai waris, datuk sebelah mak tak tersenarai kerana telah meninggal lebih awal dr ibu.Kata Tuan Hakim nenek mendapat 1/6 daripada harta pusaka ibu,Tuan Hakim juga meminta aku membawa seorang saksi bagi membenarkan dakwaan aku dimakhamah.

"dah dapat salinan I.c nenek awak dan juga ada saksi.. hubungi saya, lagi cepat ,lagi cepatlah selesai" kata Tuan Hakim .

Kemudian aku diiring keluar dari kamar hakim oleh lelaki yang membawa aku masuk sambil beliau memberi I.c aku semula. Sebelum Keluar dari makhamah aku sempat mengambil no telefon kamar hakim...

8 Jun adalah tarikh perjumpaanku dgn hakim ...
bersambung

Wednesday, May 6, 2009

Mahkamah Syariah

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, aku sampai di Kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada waktu menghampiri tengahari,di dalamnya kelihatan 8 kerusi khas untuk menunggu , 9 kerusi bagi pelanggan berurusan dengan kaunter,kelihatan juga barisan org beratur untuk berurusan dengan kaunter pertanyaan,oleh kerana aku tergolong dalam golongan tak tahu maka aku pun kena beratur la jUgak untuk berurusan dengan kaunter pertanyaan mahkamah syariah. kaunter ni tak pakai nombor?,mungkin mesinnya rosak, aku tengok di bahagian atas kaunter mencari papan lampu led nombor panggilan..hmm tak dapat dikesan. Tujuan aku berada di sini adalah untuk menguruskan urusan harta pusaka peninggalan ibu.

Kebengangan beratur menyebabkan aku berkata-kata, lalu aku melafazkan ayat tanya kepada akak kat depan aku, "kak diorang tak pakai nombor?"

Jawab akak tu "tak pakai nombor dik"

Aku heran, kemudian akak tu menerangkan tujuan dia berada disitu "akak ni dtg nak dptkan pengesahan berkaitan dengan cerai, sejak tahun 1997 hal ni, bekas suami akak suruh datang selalu Mahkamah Syariah ni kalau nak selesai cepat, kakitangan Mahkamah Syariah ni takkan telefon kita,kita kena telefon dia", "Bekas suami akak tu dah ada 3 anak sekarang" tambahnya lagi sambil tersenyum.
"adik datang ke sini atas kes cerai ke?" tanya akak tu pada aku.

"Oh.. tidak, saya datang ni atas urusan faraid harta ibu" jawabku

Bila aku dah semakin hampir dengan kaunter pelanggan Mahkamah Syariah ternampak mesin nombor .. "ish-ish kenapa la tak digunakan" bisik hatiku, kenapa tak dilatih pengunjung macam kami ni untuk ambil nombor.Antara perkara tak selesa ketika berurusan disini bagiku adalah beratur di ruang orang keluar masuk, sama ada dari laluan orang yang selesai urusan di kaunter atau di bilik wakalah (Alhamdulillah masa tu bilik wakalah kosong).



Dikaunter pertanyaan ada 2 pegawai bertugas, bila dah sampai giliran aku ke kaunter pertanyaan pegawai yang bertugas melayan aku dengan baik, antara lafaz yang keluar dari pegawai kaunter pertanyaan adalah "adik ni dari pejabat peguam ke?", barangkali soalan itu timbul disebabkan kertas bercetak komputer yang aku serahkan padanya untuk tujuan pertanyaan,isinya berkaitan dgn harta yg nak difaraidkan hasil idea aku dan bapaku "

Aku diarahkan oleh pegawai kaunter pertanyaan Mahkamah Syariah untuk turun ke basement berjumpa dengan jurutaip, kerana kertas berkaitan harta yang aku taip tu tak mengikut format yang dikehendaki oleh Mahkamah Syariah,aku dengan rela hati turun tangga.
Sampai je kat bawah aku jumpa 3 bilik jurutaip dan satu kedai koperasi,bertentangan dengan bilik-bilik ni ada 3 kerusi kayu panjang yng boleh memuatkan 4 orang lelaki saiz pinggang 40, dan ada 1 kerusi panjang kerusi besi. aircond? dalam bilik jurutaip adalah,kat tempat menunggu untuk orang awam ni.. yang aku nampak hanyalah kipas gantung yang ada 2 tali tu, ruang untuk lalu-lalang sekitar 6 atau 7 kaki sahaja.


Melalui cermin kaca bilik Jurutaip aku dapat lihat Mesin Taip dalam Bilik Jurutaip 1 dan 2, yang ada komputer hanyalah bilik Jurutaip 2 dan 3.Kehadiran Mesin Taip tanpa elektrik masih relevan di mahkamah Syariah,manalah tahu,kalau blackout tak ada elektrik.. mesin taip masih boleh digunakan.
Setelah sekitar setengah jam menunggu, kini giliran aku masuk bilik jurutaip, Alhamdullilah urusan di dalam tidak leceh bagi jurutaip,ini kerana keterangan yang perlu mengenai urusan faraid telah aku sediakan pada sekeping kertas.
Upah taip yang diminta untuk afidavit aku adalah RM25 ,hmm..
(Jurutaip kat sini tak paparkan tanda harga bagi khidmat mereka.. kena pandai–pandai tawar menawar la..) kalau satu dokumen upahnya RM25,bagaimana pula 10 orang.. RM250 lah,sekitar 30 minit siap dokumen aku 2 helai, padanya tercatat 8 orang waris,setelah selesai jurutaip menaip,hasil kerjanya diperlihatkan melalui skrin komputer kepadaku,sebelum aku beredar aku minta salinan digital apa yang dia taip,Alhamdullilah dapat (aku bawa thumb drive).Rasanya pendapatan seorang Jurutaip boleh mencecah RM2500 dalam masa 2 minggu, itupun jika purata orang yang datang minta khidmat jurutaip dalam sehari 10 individu.

Selesai urusan dengan jurutaip aku naik ke atas untuk tujuan pendaftaran kes harta untuk Mahkamah Syariah Faraidkan.

Jam menunjukkan 1.25 petang, aku lihat ruang kerusi pendaftaran kes agak lenggang, hanya tinggal 2 pegawai dikaunter pendaftaran kes.Aku pergi ke kerusi bagi pelanggan,bahagian paling depan sekali, di kaunter ketika itu ada orang awam berurusan,setelah selesai urusan orang awam aku pula dipanggil untuk ke kaunter, Di situ aku kena baca sumpah depan pegawai, yakni apa yang ditaip oleh jurutaip berkaitan dengan sumpah yang dia taipkan untuk aku.

Setelah sesi menyumpah selesai, aku diminta sain surat tu, 2 set semuanya.Kemudian aku diarahkan pergi ke kaunter sebelah, kata pegawai berkenaan kes aku akan dikendalikan oleh Mahkamah Tinggi. Di kaunter sebelah ada pegawai wanita, dia taipkan sesuatu di komputer , entah apa yang dia taipkan ntah, selesai menaip dia bagi aku resit bayaran berjumlah RM4 sahaja dan dokumen.Dan selepas urusan ini aku diperintahkan kembali ke bangunan mahkamah syariah ni lagi..

Job

  Gg