Wednesday, May 6, 2009

Mahkamah Syariah

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, aku sampai di Kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada waktu menghampiri tengahari,di dalamnya kelihatan 8 kerusi khas untuk menunggu , 9 kerusi bagi pelanggan berurusan dengan kaunter,kelihatan juga barisan org beratur untuk berurusan dengan kaunter pertanyaan,oleh kerana aku tergolong dalam golongan tak tahu maka aku pun kena beratur la jUgak untuk berurusan dengan kaunter pertanyaan mahkamah syariah. kaunter ni tak pakai nombor?,mungkin mesinnya rosak, aku tengok di bahagian atas kaunter mencari papan lampu led nombor panggilan..hmm tak dapat dikesan. Tujuan aku berada di sini adalah untuk menguruskan urusan harta pusaka peninggalan ibu.

Kebengangan beratur menyebabkan aku berkata-kata, lalu aku melafazkan ayat tanya kepada akak kat depan aku, "kak diorang tak pakai nombor?"

Jawab akak tu "tak pakai nombor dik"

Aku heran, kemudian akak tu menerangkan tujuan dia berada disitu "akak ni dtg nak dptkan pengesahan berkaitan dengan cerai, sejak tahun 1997 hal ni, bekas suami akak suruh datang selalu Mahkamah Syariah ni kalau nak selesai cepat, kakitangan Mahkamah Syariah ni takkan telefon kita,kita kena telefon dia", "Bekas suami akak tu dah ada 3 anak sekarang" tambahnya lagi sambil tersenyum.
"adik datang ke sini atas kes cerai ke?" tanya akak tu pada aku.

"Oh.. tidak, saya datang ni atas urusan faraid harta ibu" jawabku

Bila aku dah semakin hampir dengan kaunter pelanggan Mahkamah Syariah ternampak mesin nombor .. "ish-ish kenapa la tak digunakan" bisik hatiku, kenapa tak dilatih pengunjung macam kami ni untuk ambil nombor.Antara perkara tak selesa ketika berurusan disini bagiku adalah beratur di ruang orang keluar masuk, sama ada dari laluan orang yang selesai urusan di kaunter atau di bilik wakalah (Alhamdulillah masa tu bilik wakalah kosong).



Dikaunter pertanyaan ada 2 pegawai bertugas, bila dah sampai giliran aku ke kaunter pertanyaan pegawai yang bertugas melayan aku dengan baik, antara lafaz yang keluar dari pegawai kaunter pertanyaan adalah "adik ni dari pejabat peguam ke?", barangkali soalan itu timbul disebabkan kertas bercetak komputer yang aku serahkan padanya untuk tujuan pertanyaan,isinya berkaitan dgn harta yg nak difaraidkan hasil idea aku dan bapaku "

Aku diarahkan oleh pegawai kaunter pertanyaan Mahkamah Syariah untuk turun ke basement berjumpa dengan jurutaip, kerana kertas berkaitan harta yang aku taip tu tak mengikut format yang dikehendaki oleh Mahkamah Syariah,aku dengan rela hati turun tangga.
Sampai je kat bawah aku jumpa 3 bilik jurutaip dan satu kedai koperasi,bertentangan dengan bilik-bilik ni ada 3 kerusi kayu panjang yng boleh memuatkan 4 orang lelaki saiz pinggang 40, dan ada 1 kerusi panjang kerusi besi. aircond? dalam bilik jurutaip adalah,kat tempat menunggu untuk orang awam ni.. yang aku nampak hanyalah kipas gantung yang ada 2 tali tu, ruang untuk lalu-lalang sekitar 6 atau 7 kaki sahaja.


Melalui cermin kaca bilik Jurutaip aku dapat lihat Mesin Taip dalam Bilik Jurutaip 1 dan 2, yang ada komputer hanyalah bilik Jurutaip 2 dan 3.Kehadiran Mesin Taip tanpa elektrik masih relevan di mahkamah Syariah,manalah tahu,kalau blackout tak ada elektrik.. mesin taip masih boleh digunakan.
Setelah sekitar setengah jam menunggu, kini giliran aku masuk bilik jurutaip, Alhamdullilah urusan di dalam tidak leceh bagi jurutaip,ini kerana keterangan yang perlu mengenai urusan faraid telah aku sediakan pada sekeping kertas.
Upah taip yang diminta untuk afidavit aku adalah RM25 ,hmm..
(Jurutaip kat sini tak paparkan tanda harga bagi khidmat mereka.. kena pandai–pandai tawar menawar la..) kalau satu dokumen upahnya RM25,bagaimana pula 10 orang.. RM250 lah,sekitar 30 minit siap dokumen aku 2 helai, padanya tercatat 8 orang waris,setelah selesai jurutaip menaip,hasil kerjanya diperlihatkan melalui skrin komputer kepadaku,sebelum aku beredar aku minta salinan digital apa yang dia taip,Alhamdullilah dapat (aku bawa thumb drive).Rasanya pendapatan seorang Jurutaip boleh mencecah RM2500 dalam masa 2 minggu, itupun jika purata orang yang datang minta khidmat jurutaip dalam sehari 10 individu.

Selesai urusan dengan jurutaip aku naik ke atas untuk tujuan pendaftaran kes harta untuk Mahkamah Syariah Faraidkan.

Jam menunjukkan 1.25 petang, aku lihat ruang kerusi pendaftaran kes agak lenggang, hanya tinggal 2 pegawai dikaunter pendaftaran kes.Aku pergi ke kerusi bagi pelanggan,bahagian paling depan sekali, di kaunter ketika itu ada orang awam berurusan,setelah selesai urusan orang awam aku pula dipanggil untuk ke kaunter, Di situ aku kena baca sumpah depan pegawai, yakni apa yang ditaip oleh jurutaip berkaitan dengan sumpah yang dia taipkan untuk aku.

Setelah sesi menyumpah selesai, aku diminta sain surat tu, 2 set semuanya.Kemudian aku diarahkan pergi ke kaunter sebelah, kata pegawai berkenaan kes aku akan dikendalikan oleh Mahkamah Tinggi. Di kaunter sebelah ada pegawai wanita, dia taipkan sesuatu di komputer , entah apa yang dia taipkan ntah, selesai menaip dia bagi aku resit bayaran berjumlah RM4 sahaja dan dokumen.Dan selepas urusan ini aku diperintahkan kembali ke bangunan mahkamah syariah ni lagi..

No comments:

Job

  Gg