Wednesday, August 26, 2009

Penapis Laman Lucah

Naomi versi 2.7 boleh dimuat turun dari laman web (klik) http://www.radiance.m6.net dan proses pemasangannya adalah amat mudah dan prestasinya boleh diharapkan untuk menapis dan menghalang laman web lucah daripada memasuki komputer anda. 2

Bagaimanapun, untuk menggunakan perisian tersebut, pengguna terlebih dahulu perlu memuat turun fail Naomi (melalui link di atas) dan anda akan mendapat sebuah fail bernama Setup-en.

Langkah-langkah seterusnya adalah seperti berikut :

  • Klik fail Setup-en.
  • Antaramuka pertama dipaparkan. Klik butang Next.
  • Antaramuka kedua dipaparkan. Klik butang Install.
  • Manual Naomi dipaparkan. Jika anda minimakan paparan manual ini, sebuah kotak mesej bertajuk Information meminta anda memasukkan password untuk tujuan kawalan. Klik butang OK.

Sebuah kotak mesej bertajuk Password dipaparkan. Masukkan kata laluan dan tekan butang OK.

Kotak mesej Information dipaparkan sekali lagi. Ia memaparkan kata laluan yang telah anda masukkan dan meminta supaya anda mengingatinya untuk tujuan pengurusan. Sekiranya hendak menukar kata laluan, klik butang Cancel. Jika tidak, klik butang OK.

Naomi telah berjaya dipasang pada komputer anda.Klik dua kali logo Naomi yang terletak pada Taskbar (sebelah kanan bawah skrin komputer).

Kotak mesej dipaparkan meminta anda memasukkan kata laluan. Masukkan kata laluan dan klik butang OK.

Antaramuka Naomi dipaparkan. Terdapat tiga butang utama iaitu butang Hide, Stop dan Uninstall.

Fungsi butang-butang tersebut adalah seperti berikut :

  • Butang Hide - menyembunyikan paparan antaramuka Naomi yang sedang dibuka
  • Butang Start/Stop - mengaktifkan/ menghentikan kawalan tapisan Naomi
  • Butang Uninstall - membuang perisian Naomi daripada komputer anda

Untuk memulakan perisian ini, status perisian Naomi perlu dipastikan adalah Active dan ia boleh dirujuk pada bahagian sebelah bawah antaramuka Naomi.

No comments:

Job

  Gg