Wednesday, August 26, 2009
Mesti Baca!! Penipuan Mengguna Telefon Untuk Mencuri Duit Anda Di Bank
Ini kisah benar saya baru terjadi siang tadi (25/06/09) lebih kurang jam 1.15 PM, saya menerima automated voice dengan no 11223344 meminta saya mengesahkan transaksi pembelian mengguna kredit kad HONG LEONG , di BERJAYA TIME SQUARE berjumlah RM3,500. Terperanjat katak dan kucing saya kerana saya tidak mempunyai kad kredit dari bank tersebut , tanpa lengah saya menekan butang 0 untuk bercakap dengan "pegawai bank" HONG LEONG dengan nama Mr.Tan.
Dia pun dengan bergayanya menjadii "pegawai" siap suruh saya mengesahkan transaksi, bila saya cakap takde kredit kad tersebut "Wa sir your identity being stolen by someone". Gabra gila bila dapat tau kad tersebut credit limit 10 ribu beb! dah guna 5 ribu lebih. Yang aku ada pun paling tinggi 7 ribu aje, si penipu dapat 10 ribu gila-gila.
Mr.Tan mengarahkan saya membuat lapuran ke BANK NEGARA dan no BNM tu 03-2021 0635 (sila awasi no ni, ada orang TM tak sini , trace mana alamat dia?). Tanpa berlengah terus saya call seorang wanita melayu kot jawab, teragak-agak je menjawab dan meminta no telefon saya untuk dihubungi semula dalam 10-20 min gitu. Sementara menunggu baik saya buat laporan polis kan fikir saya, terus memecut ke Balai Polis B.B.Bangi , separuh jalan "BNM" call, seorang cina perempuan nama Ms.Sharon , siap nak rekod perbualan aduan saya , wah beriya-iya konfiden habis saya pun membuat laporan, perut lapar belum makan tahan je la. Bahaya ni 10 ribu beb!!. Habis semua dia tanya kredit kad berapa keping, bank simpanan berapa baki, sambil memberi jaminan bahawa kalau benar-benar saya menjadi mangsa saya perlu berurusan dengan "technician" dan selepas itu semua transaksi HARAM tu tidak disabitkan kepada saya DAN lepas dapat info 1 akaun ada wang dia terus suruh saya tunggu panggilan dari "technician" untuk program kad ATM saya supaya tidak dicuri maklumat-maklumat saya. Phiewwww memang cemas habis time tu!!.
Selang beberapa minit "technician" call , seorang perempuan cina juga Ms.Wong pula, eh ramai lak org Cina kerja di BNM ni kan? Ms.Wong tanya berapa cepat encik boleh ke mesin ATM, saya jawab 10 minit , "encik sampai saja di itu mesin call sama ya , saya ajar cara program itu kad ATM , lepas itu aaa encik selamat la" konfiden je Ms.Wong cakap. Tapi dalam hati pelik juga mengapa la ramai pula orang cina bekerja di BNM ni?, saya janji 10 minit mau ke mesin ATM terdekat. Belum 10 minit Ms.Wong call , isk bersungguh-sungguh beno nak "menyelamatkan" aku ni
Pelik ni lain macam je , Allah memberi ilham supaya saya cari no BNM dan compare dengan nombor 03-2021 0635 , seingat saya no BNM lain pangkalnya ? cawangan kot , saya terus call 103 directory telefon dan no BNM yang sebenar 03-2698 8044 , call BNM mesin jawab , eh tadi call2 terus je org angkat mcm direct line je hermm...lagi saspen. Biasa la kan menunggu mesin habis berleter baru dapat cakap dengan pegawai BNM yang sebenar, terus saya cerita masalah saya.
Pegawai BNM yang sebenar tu tergelak , ambui aku cemas dia gelak pula... dah mula geram ni. Dia pun mula terangkan macam ni encik hari ni ramai yang call kes macam encik dulu dorang guna AMBANK sekarang HONG LEONG , kalau encik pergi ke ATM ikut arahan dorang encik memang SELAMAT , SELAMAT DUIT ENCIK DIKEBAS , ya Allah Subhanallah , terduduk saya hanya 1 step lagi duit saya yang tak seberapa tu SELAMAT DIKEBAS. Cina tu call tanya encik sudah sampai ka? Ya dengan bersemangatnya dia mendapat makian saya yang tak pernah saya guna maki tersebut kepada orang selama seumur saya, berapi-rapi dan dia terus letak telefon.Lepas tu saya terus buat Laporan Polis dan saya galakkan kawan-kawan yang terima nasib yang sama , buatlah lapuran Polis untuk bagi kes ni jadi hangat barulah Polis sibuk siasat skit ....kan kan Gila betul ramai penipu sekarang ni.
Begitulah ceritanya.... :D >:(
Penapis Laman Lucah
Bagaimanapun, untuk menggunakan perisian tersebut, pengguna terlebih dahulu perlu memuat turun fail Naomi (melalui link di atas) dan anda akan mendapat sebuah fail bernama Setup-en.
Langkah-langkah seterusnya adalah seperti berikut :
- Klik fail Setup-en.
- Antaramuka pertama dipaparkan. Klik butang Next.
- Antaramuka kedua dipaparkan. Klik butang Install.
- Manual Naomi dipaparkan. Jika anda minimakan paparan manual ini, sebuah kotak mesej bertajuk Information meminta anda memasukkan password untuk tujuan kawalan. Klik butang OK.
Sebuah kotak mesej bertajuk Password dipaparkan. Masukkan kata laluan dan tekan butang OK.
Kotak mesej Information dipaparkan sekali lagi. Ia memaparkan kata laluan yang telah anda masukkan dan meminta supaya anda mengingatinya untuk tujuan pengurusan. Sekiranya hendak menukar kata laluan, klik butang Cancel. Jika tidak, klik butang OK.
Naomi telah berjaya dipasang pada komputer anda.Klik dua kali logo Naomi yang terletak pada Taskbar (sebelah kanan bawah skrin komputer).
Kotak mesej dipaparkan meminta anda memasukkan kata laluan. Masukkan kata laluan dan klik butang OK.
Antaramuka Naomi dipaparkan. Terdapat tiga butang utama iaitu butang Hide, Stop dan Uninstall.
Fungsi butang-butang tersebut adalah seperti berikut :
- Butang Hide - menyembunyikan paparan antaramuka Naomi yang sedang dibuka
- Butang Start/Stop - mengaktifkan/ menghentikan kawalan tapisan Naomi
- Butang Uninstall - membuang perisian Naomi daripada komputer anda
Untuk memulakan perisian ini, status perisian Naomi perlu dipastikan adalah Active dan ia boleh dirujuk pada bahagian sebelah bawah antaramuka Naomi.
Monday, August 24, 2009
Bercumbuan Di Siang Ramadhan
Martabat 7
Salam
Moga para panel dirahmati Allah,
Maafkan saya menimbulkan persoalan ini di sini kerana soalan ditimbulkan oleh rakan karib saya setelah membaca kitab Matla'ul Badrain.
Asmaradana di siang Ramadhan....
Seperti yang kita maklumi, bahawa jika melakukan persetubuhan di siang ari di bulan ramadhan membatalkan puasa, dosa besar dan di kenakan kaffarah (bebaskan hamba / puasa 2 bulan berturut2 / memberi makan 60 orang fakirmiskin secupak seorang).
Makna persetubuhan pula yakni...memasukkan kepala kemaluan lelaki (hasyafah) penuh ke dalam kemaluan isterinya.
Persoalannya:
1) bagaimana hukum puasa kepada si suami dan isteri jika kepala hasyafah tersebut hanya masuk setengah???
2) bagaimana pula hukum puasa jika kemaluan si suami hanya bermain di permukaan kemaluan si isterinya???
3) bagaimana hukum puasa si isteri dan suami jika keluar air dari kemaluan semasa berasmaradana (muqaddimah persetubuhan)??
Harapannya...dapatlah para panel mengatasi permasalahan ini berdasarkan nas dan pandangan para ulamak.
Sekian, Wassalam
JAWAPAN:
thtl
Maqam 7
Wassalam
alJawab:
Definasi persetubuhan itu memang masyhur begitulah (penetapannya) kerana definasi persetubuhan itu amat penting kerana dari definasi itulah pesalah seksual dapat dihukum. Maka menurut jumhur, definasi spt yg ditemui dalam kitab Matla' albadrain itu memang diperakui dalam peristilahan fiqih mengenai takrifan persetubuhan.
1) jika hasyafah itu masuk setengah sahaja, maka menurut definasi jumhur fuqaha' maka ia belum lagi jima'. Kerana jima' memerlukan hasyafah itu terbenam sepenuhnya. namun ia telah memasuki daerah yang amat merbahaya sebagaimana hadith dalam Matn Arba'iin anNawawi # 6, yang haram dan halal itu telah jelas. Maksudnya, jima' dibulan Ramadhan itu adalah haram, namun bermain-main di pinggir yang haram itu spt berada di jurang yg curam dan bila-bila masa sahaja hasyafah itu akan terbenam sepenuhnya. Maka janganlah menganiayai diri sendiri, sedap sekejap merana dua bulan!!
2) Kemaluan suami bermain dipermukaan kemaluan isteri juga tidak membatalkan puasa kerana ia dinamakan mubasyarah atau foreplay
Imam Nawawi berkata, jika cumbuan berat itu dapat dikawal yakni tidak berlaku persetubuhan atau keluar mani, maka dibolehkan. Tapi jika dia jenis tidak boleh mengawal nafsu, maka ia adalah dilarang. (alMajmu': 6/86)
3) jika hasil dari mubasyarah (foreplay) itu mengeluarkan mazi, maka puasanya tidak apa-apa. jika keluar mani, maka yang keluar mani itu telah batal puasanya. Ini kerana keluar mani membatalkan puasa (Imam Nawawi, ibid)
sekian
Bersahur Ketika Azan Berkumandang
Saya jangka sudah tiada soalan, tapi dengan kuasa Allah s.w.t., kemusykilan ini datang di fikiran.
Apakah sah puasa seseorang itu sekiranya dia meneruskan makan sahur walaupun orang telah azan subuh; dan apakah sah puasa itu sekiranya orang itu bangun lewat, semasa azan tengah berkumandang, dia makan sahur sehingga azan habis, dia masih makan.....
Terima kasih.... wassallam.
Jawab
Alhamdulillah inilah jawapan yang dipohon:
Firman Allah Taala:
"...Dan makan dan minumlah hingga nyata garis putih dari garis hitam daripada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga malam." (Al-Baqarah, 187)
Mula berpuasa ialah apabila `nyata garis putih dari garis hitam '. Ia bermaksud fajar (masuk subuh).
--------
Masalah: Apakah sah puasa seseorang itu sekiranya dia meneruskan makan sahur walaupun orang telah azan subuh?
Jawab: Tidak sah, kerana masih makan ketika atau setelah terbit fajar.
Masalah: Apakah sah puasa itu sekiranya orang itu bangun lewat, semasa azan tengah berkumandang, dia makan sahur sehingga azan habis, dia masih makan.....
Jawab: Juga tidak sah.
Sekian. Wallahu a'lam.
zain y.s
Rujukan:
Feqhus Sunnah, sayid sabiq.
Friday, August 21, 2009
Thursday, August 20, 2009
Servis Kereta Proton
cerita ni dari blog http://adiputra.org/blog/?p=374
Hari ini.. aku keluar awal pagi ke opis.. tapi untuk punch in je.. then aku pesan kat beberapa staf aku nak gi service kereta.. dah sampai 1000km dahh… ini kira first time service la ni.. so.. plan dalam pala nak pi kat Eon service puchong.. sebab kat situ kata agen agak lengang.. bila aku bertolak je.. jenuh aku cari kat mana ntah pusat servis ni.. sakit pala tul.. ikut map yg dia bagi tak jumpe… then aku call.. tutup plak handphone dia.. bengang je aku.. lastly aku patah balik pi serdang.. cari la pulak area serdang.. tak jumpe jugak.. ntah laa.. takde rezeki aku nak service kereta hari ini agaknya.. so.. ape lagi.. balik la ke opis… dalam perjalanan.. pegawai dari department IT call.. dia suruh datang IT building.. ada taklimat pasal peperiksaaan kertas jabatan untuk minggu depan.. aisehhh… kalau la aku dah tengah servis kereta.. tentu tak dapat attend taklimat ni.. then… aku u-turn.. depan je lorong masuk opis.. terus ke sana.. dan diringkaskan.. Alhamdulillah.. pegawai yg bagi taklimat bagi sedikit tips dan langkah peperiksaan yg akan dijalankan… kalau kertas teori.. esei.. kena jawab semua hal berkenaan IT.. termasuk matlamat ICT.. hardware software, sistem, teknologi etc.. then kertas dua pulak.. pasal development n network configuration.. lepas test tu ada sedikit temuduga… cemana pun.. aku kena buat preparation lebih awal.. bersedia untuk rock n roll… hahahahaa..!! oleh kerana skema dan persediaan exam aku dah tau.. cuma perlu study dan buat latihan je… buleh la aku tolong abah aku hujung minggu ni bawak balik kereta jenazah… kalau aku dok rumah pun aku gerenti aku tak buat ape… so.. takde masalah rasanya… mmmmm… then balik ngan keretapi… kekekeekehhhh…
petang… aku dah siap service kat sebuah pusat service area serdang raya…. nak servis ni pun sakit hati jugak.. aku call la satu vendor EON service yg ada lam website tu…. hari ni dia bagi direction camtu.. esoknya aku pegi sesat aku call tanya lagi dia bagi direction lain pulak.. sakit hati betul.. bila aku try lagi ikut direction dia.. tak jumpe aku jumpe yg World Motor ni.. so.. service kat situ je laa.. abih je service.. ada la pulak mamat tu gi offer aku anti theft ngan alarm system.. aku tau harga sebenarnya murah je.. sebab ada sebelum ni orang offer RM180… tapi dia gi offer sampai RM280… memula aku taknak.. pehtu dia kurang jadi RM250.. aku taknak lagi.. pehtu dia offer pasang cermin punya sensor.. kalau terketuk ngan mende keras cam besi atau siling.. terus alarm bunyi.. selain tu automatic lock… sound sensor.. master key… ntah ape mende lagi la dia offer dah dekat RM500… aku ni pulak sebab wife aku asyik membebel susah nak pasang steering lock.. pedal lock… aku tanpa fikir panjang terus tawar menawar ngan mamat proton tu… akhirnya.. aku setuju la pasang semua mende dengan harga RM500… tapi tu laa.. bila dah pasang semua tu.. kereta aku sekarang ni bergantung kepada remote dan original key… kalau dibuatnya anak aku terkunci atau kunci aku tertinggal lam kereta dan kereta terkunci.. memang abih lerrr… hancusss… kena kopak cara bomba laa.. aku harap takkan berlaku laa since semua lubang untuk bukak dah tutup.. ape pun.. anak sulung aku yg selalu suka tekan central lock tu pun aku dah ajar cara nak bukak… ehehehhh… sebab anak aku ni asal masuk kereta je dia akan lock.. nak buka pintu pun camtu.. dia mesti buka kat tempat driver.. walaupun picu kunci semua pintu buleh bukak.. hahahaa..!! tapi masa kereta kembara dulu laaa.. kereta wira baru ni memang tenggelam abih… takleh korek nak tarik punat dia… so kena ajar la caranya…
ape pun.. kereta nasional ni memang tak secure laa.. banyak sangat tempat yg aku dah tau cara nak bukak kereta.. belajar secara tak langsung masa dia tunjuk demo… kalau ada sesapa yg terkunci.. maksud aku yg takleh bukak kereta.. aku buleh bukakkan.. kekekehhh… kecuali yg pasang anti theft ni laaa…. ape pun.. RM500 for the purpose of security.. aku redha… insyaAllah… semoga takde kejadian yg tak diingini… sebab aku tau.. lock ke secure ke gari ke..?? selagi ada pro theft.. semua dorang buleh bukak… hopefully tak berlaku kat kereta aku.. amin…
lepas je aku pasang mende tu.. wife aku call agent proton yg aku ngan dia dah cuba call dekat 5-6 hari tak dapat contact untuk tanya pasal reverse sensor… bila wife aku cite pasal alarm system ni… terus agent tu kata aku kena tipu… dia kata dia buleh dapat RM300 je… kepala hangguk dia.. dah aku contact dia 4-5 hari dah nak tanya tempat service kat mana dia tak bukak pun handphone dia.. dah la pakai 2 bijik.. dedua takleh dapat.. aku suspect dia gi bercuti… off handphone pehtu nak bising pulak… blah laaaa… cemana pun aku dah pasang… so.. tarapapa laaa…
tapi hujung minggu ni nak pegi balik kat EON service tu… nak suruh dia check balik timing alarm… dia kata kalau cermin kena ketuk ngan besi or siling.. bunyi alarm berbunyi dan padam selepas 1 minit.. aku test dah lebih 2 minit pun tak bunyi lagi.. takleh jadi ni… dibuatnya aku park kereta kat memana pehtu ada orang sentuh ngan besi.. habih la bateri kereta kalau tak stop jugak… lemau lerrr…. tapi dalam masa terdekat takleh pi.. aku kena study hard for the rock… khamis ni ada test… kasi settle ini perkara dulu…
Wednesday, August 19, 2009
Myvi 1000cc yg pakai belt
nak kongsi skit...w/pun aku pernah buat keta myvi tp x pakai myvi...hehehe!
enjin myvi mmg bagus dan tahan sbbnya kat p2 durability test utk enjin prototype sblm mass production mmg strict. enjin diuji sampai ke tahap yg mmg korang tak terbayang nak lanyak...hehehe.
lg satu...myvi 1000cc yg pakai belt tu...kalau timing belt putus pun, enjin takkan hancur mcm keta lama...sbbnya piston myvi new design, ada safety relief utk valve supaya tak touch piston head bila belt putus. so kalau workshop kata kena overhaul semua jgn lah percaya...enjin kenari pun mcm ni gak.
Cuma perlu adjust balik piston dan pasang belt baru. piston cyl no.1 mesti tdc...uik..dah teknikal sgt...hehehe.
Selalunya trim part yg buat hal....rasa mcm keta 2nd hand...hehehe
Job
Gg
-
Cerita ini dipetik dari http://www.dcckmona.com sEDIH .. ``Apa yang berlaku merupakan bab pertama, kedua dan ketiga kehidupan saya, dari su...
-
Structured Analysis (Analisis Berstruktur) adalah pembangunan sistem tradisional yang mudah difahami. Ia menggunakan fasa – fasa bersiri y...
-
Gg