Saturday, January 5, 2013

2.3.1 Structured Analysis Approach


Structured Analysis (Analisis Berstruktur) adalah pembangunan sistem tradisional yang mudah difahami. Ia menggunakan fasa – fasa bersiri yang dipanggil dengan nama “System Development Life Cycle” (SDLC), bagi merancang, menganalisa, mereka, melaksanakan dan menyelenggara sesebuah sistem informasi, walaupun Analisis Berstruktur berubah ubah ketika kebanyakan sistem menggunakan pemprosesan di kerangka utama, ia kekal sebagai suatu kaedah pembangunan sistem yang dominan[1].
Analisis Berstruktur menggunakan set model pemprosesan bagi menjelaskan tentang sesuatu sistem secara grafik. Ia menumpukan kepada proses menukarkan data kepada informasi berguna, Analisis Berstruktur juga dipanggil sebagai “teknik pemprosesan pusat”[2] yakni ia memecahkan program yang besar kepada lapisan – lapisan modul kecil. Di samping untuk memodelkan proses, pendekatan analisis berstruktur juga termasuklah penyusunan data dan strukturnya, reka bentuk “Pangkalan Data Hubungan”[3] dan isu-isu “Antara Muka Pengguna”[4].
Proses pemodelan mengenal pasti data yang mengalir kepada suatu proses, peraturan urusanlah yang merubah data termasuk data yang terhasil daripada aliran keluar.
MODULE CDAD2103, OUM
 Rajah 1 : METHODOLOGY OF INFORMATION SYSTEM DEVELOPMENT, MODULE CDAD2103, OUM
Rajah 1 menunjukkan sebuah model proses ringkas yang mewakili proses pendaftaran pelajar bersama kemasukan dan keluaran yang berkaitan. Dapat dilihat “REGISTER STUDENT” memproses dua kemasukan dan merubahnya kepada satu keluaran data .

[1] dominan – 1. berkuasa atau berpengaruh, men­dapat tempat atau kedudukan yg (berkuasa, berpengaruh, dsb): kita sering terjumpa cerita yg mengisahkan bagaimana suatu kaum yg lebih ~ itu mempergunakan kaum lain sbg buffer dlm suatu pertembungan; terdapat juga akhbar dwibahasa Inggeris/Melayu, bagaimanapun halaman bahasa Inggeris lebih ~; 2. (Bio) bkn sifat yg lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi drpd salah satu induk (ibu bapa bagi manusia): warna perang pd rambutnya merupakan sifat ~ yg diwarisi drpd ibunya; 3. (Bio) bkn banyaknya spesies tertentu dlm sesuatu kawasan. Kamus Dewan Edisi Empat
[2] Process-centered technique
[3] Relational database design
[4] User interface
4allmemory upgrades speed up your computer!

2.3 Pendekatan kepada pembangunan sistem


Dalam Pembangunan Sistem Maklumat terdapat pelbagai pendekatan dan teknik popular yang digunakan. Dalam hal ini, ada organisasi yang mencipta teknik mereka sendiri dan ada juga yang memilih untuk menggunapakai pendekatan yang ditawarkan oleh pembekal perisian dan perunding. Kebanyakan pakar bersetuju bahawa tiada teknik yang spesifik dalam pembangunan sistem maklumat, yakni yang cukup lengkap untuk digunakan oleh semua jenis organisasi. Hakikat ini menjadi sebab kenapa seorang penganalisis perlu mahir dalam menilai sesuatu pendekatan, terutama mengenai kekuatan dan kelemahan sesuatu pendekatan.
Dibawah adalah pendekatan yang popular dalam Pembangunan Sistem
  1. Structured Analysis Approach
  2. Object-Oriented Analysis and Design Approach
  3. Information Engineering Approach
  4. Rapid Application Development (RAD) Approach
SiteBuilder only £2.95/month

Pengenalan Teknologi Maklumat dan Persekitarannya


Dalam semua bidang kita akan dapati Sistem Informasi digunakan, ini termasuklah urusan membeli barangan keperluan harian di pasar raya dan juga pengeluaran wang simpanan di mesin ATM (Auto Teller Machine),
Apakah yang dimaksudkan dengan sistem informasi?
Secara umumnya “sistem informasi” adalah sekumpulan aktiviti – aktiviti yang telah diatur demi mencapai tujuan tertentu, seperti proses mengetin sardin… daripada peringkat penangkapan ikan,memasak sehingga pengetinan.
Sistem Informasi yang kita bincangkan ini adalah merujuk kepada suatu sistem yang  mengabungkan Perkakasan (Hardware), Perisian (Software) dan Sistem Telekomunikasi.
Sistem ini berupaya meningkatkan produktiviti perniagaan dan membantu pentadbir syarikat membuat keputusan dengan cepat.
Pada zaman ini, Sistem Informasi mempunyai kesan yang besar keatas kejayaan sesebuah perniagaan,  Banyak organisasi  memanafaatkannya bagi menawarkan servis yang lebih baik kepada pelanggan, juga untuk mendapatkan maklumat dan menyesuaikan perniagaan mereka dengan perubahan dunia perniagaan semasa, bahkan sistem informasi digunakan untuk meningkatkan produktiviti pekerja – pekerja mereka. Kajian menunjukkan sistem informasi yang efektif berupaya memenuhi jangkaan pelanggan dan memenuhi keperluan perniagaan mereka.

AVG Internet Security 2013

The Impact Of Information Technology On Education and Entertainment


Banyak Syarikat pada hari ini menggunakan “maklumat” sebagai asas bagi :
  • Meningkatkan Produktiviti
  • Menghasilkan Produk yang berkualiti
  • Memberi servis yang berkualiti
  • Meningkatkan Keyakinan Pelanggan
  • Membantu dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan masa.
Kini Teknologi Informasi (I.T) telah terbukti menjadi komponen utama kepada kejayaan atau kegagalan sesebuah syarikat, Suasana ini menunjukkan betapa besar kesan I.T kepada dunia bisnes hari ini. Justeru penghasilan sistem teknologi informasi (s.t.i)  yang berkualiti tinggi adalah penting untuk persaingan diperingkat global. Pakar teknologi informasi mesti memahami operasi bisnes sesebuah syarikat sebelum s.t.i syarikat itu dibina.
Penganalisis Maklumat (yang bekerja di bahagian teknologi informasi) akan menggunakan teknik “Business Process Modelling” bagi mewakili perkara yang berkaitan dengan operasi syarikat dan maklumat yang diperlukan.Penganalisis Maklumat  bertanggungjawab untuk merangka, mengkaji dan melaksanakan sistem informasi tersebut.
100% Guaranteed Compatible Memory

3.6.1 Aktiviti dalam Penyiasatan Awal


Ketika melakukan penyiasatan awal, penganalisis perlu mengikuti beberapa langkah untuk mengumpul maklumat, pada peringkat akhir penyiasatan penganalisis perlu menghasilkan laporan hasil dari penyiasatan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan. Sekarang mari kita lihat langkah-langkah yang perlu diikuti oleh penganalisis sistem untuk perancangan projek yang akan dilaksanakan.
Langkah 1: Memahami masalah oganisasi dan peluang yang ada.
Jika permintaan kepada sistem memerlukan pembangunan sistem maklumat yang baru atau hanya perlu melakukan beberapa perubahan kepada sistem yang sedia ada, penganalisis sistem mungkin perlu:
• Membangunkan profil bisnes untuk menerangkan proses bisnes dan fungsinya seperti yang anda telah belajar dalam Bab 1.
• Mengetahui kesan yang akan berlaku kepada operasi bisnes dan sistem maklumat lain.
Kebiasaanya, perubahan dalam satu sistem akan mempengaruhi system yang lain tanpa disedari. Apabila anda menganalisis permintaan kepada suatu sistem, anda mesti mengambil kira pengguna dalam jabatan dan proses bisnes yang terlibat. Dalam kebanyakan kes, permintaan kepada suatu sistem tidak menunjukkan masalah yang tersembunyi, hanya simptom. Sebagai contoh:
i. Anda mungkin menerima permintaan untuk menyiasat punca kelewatan pemprosesan kerangka utama. Selepas penyiasatan, anda dapati bahawa masalah yang itu adalah disebabkan oleh penjadualan kerja yang tidak cukup bagus, yang mana ia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan masalah perkakasan komputer.
ii. Permintaan untuk menganalisis aduan daripada pengguna mungkin disebabkan wakil jualan tidak mendapat latihan yang secukupnya, dan bukanlah kerana barangan yang dihasilkan tidak berkualiti.
Langkah 2: Menentukan Skop Projek dan Batasannya
Menentukan skop projek membawa erti menentukan sempadan projek lengkap yang paling mustahil.
Sebagai contoh, kenyataan seperti slip gaji tidak dihasilkan dengan betul adalah terlalu umum berbanding dengan kenyataan seperti jumlah bayaran kerja lebih masa tidak dikira dengan betul untuk kakitangan di Jabatan Perbendaharaan. Adakalanya, sesuatu projek berkembang tanpa disedari. Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu menentukan skop projek dengan lebih jelas. Untuk tujuan itu anda mungkin perlu menggunakan model grafik bagi menggambarkan sistem yang dikehendaki, individu yang terlibat, dan juga proses bisnes. Skop projek juga berperanan sebagai penentu bagi sempadan sistem tersebut dalam penyiasatan awal. Penganalisis sistem harus menghadkan tumpuan kepada masalah dan mengelakkan pembaziran masa dan bajet yang berlebihan.
Selain menentukan skop projek, anda perlu mengenal pasti batasan sistem tersebut. Had dan keperluan adalah syarat bagi sistem untuk mencapai satu spesifikasi yang dinyatakan. Had boleh melibatkan:
  1. Perkakasan;
  2. Perisian;
  3. Masa;
  4. Dasar;
  5. Undang-undang; dan
  6. Kos.

Friday, January 4, 2013

Kini Saya Semester 3 di OUM

Di semester ini saya akan mempelajari tentang

  • Information Sharing
  • Visual Basic Programming" dan
  • Introduction to Operating System

Subjek Semester 2 "METHODOLOGY OF INFORMATION SYSTEM DEVELOPMENT" masih belum dikuasai, subjek ini amat  penting, ia berkaitan dengan PROJEK AKHIR DIPLOMA.

Antara usahaku untuk membantu diri dan pelajar-pelajar lain perkara berikut telah pun dilakukan :

Menubuhkan facebook group tidak rasmi untuk pelajar dan bekas pelajar IT OUM bagi tujuan pembelajaran


membuat huraian dan terjemahan kepada subjek "METHODOLOGY OF INFORMATION SYSTEM DEVELOPMENT" melalui blog saya di http://nurariff1.blog.com/

Contoh terjemahan seperti dibawah


2.3.2 Object-Oriented Analysis and Design Approach (OOAD)




Analisisa Berstruktur mengkelaskan proses dan data sebagai komponen yang berlainan, Ini berbeza dengan pendekatan OOAD[1] dimana ia mengkelaskan proses dan data sebagai satu, iaitu “objek”, OOAD dicipta bagi memudahkan pembangunan sistem yang memerlukan perubahan pesat sebagai respon dari suasana bisnes yang dinamik. OOAD boleh berfungsi dengan baik dalam situasi yang rumit, sebagai contoh sebuah sistem maklumat yang sentiasa menjalani penyelenggaraan, adaptasi dan merekabentuk semula.
Penganalisis sistem menggunakan OOAD untuk membuat model bagi proses bisnes dunia nyata dan operasinya. Hasilnya adalah set perisian objek yang mewakili orang sebenar, sesuatu benda, transaksi dan acara. OOAD menggunakan piawaian industri bagi menghasilkan sesuatu model sistem informasi yang dipanggil dengan nama unified modeling language[2] (UML).

[1] Analisis dan Rekabentuk Berorientasikan Objek
[2] bahasa pemodelan bersatu

Tuesday, August 7, 2012

OUM VS UTMSPACE

Terus Terang saya katakan Suasana pengajian saya diperingkat DIPLOMA dalam bidang Teknologi Maklumat di OUM PJ lebih baik dari Isteri saya di UTMSPACE Jalan Semarak Kuala Lumpur dalam bidang Sains Serta Pendidikan (Islam) peringkat Diploma, penilaian saya ini berdasarkan penerimaan bahan bantuan belajar seperti Modul Belajar dan kemudahan e-learning.

Di OUM anda diwajibkan belajar kaedah belajar yang betul, mengenali kaedah pembelajaran yang sesuai dengan diri anda.

Yuran disini murah...

Internet adalah kemestian jika anda belajar di OUM

Saturday, June 23, 2012

The Mega 1Malaysia Shopping Voucher

SAYA RASA INI ADALAH KAEDAH HELAH UNTUK MENGAMBIL DUIT ANDA
JIKA ANDA TEKAN CONTINUE SAYA PERCAYA SISTEM MEREKA AKAN MENDAFTARKAN ANDA UNTUK MELANGGAN PAKEJ YANG MEREKA TAWARKAN

SILA BACA DENGAN TELITI APA YANG SAYA SALIN DARI LAMAN BERKENAAN

This is a NON-subscription SMS quiz service. Each question sent to you is charged at RM5.00. Sending KEYWORD [e.g. PRIZE/PLAY) will initiate the 1st question charged at RM5.00. Upon answering one question, you will receive the next question chargeable until you stop answering. There is no limit to the number of questions you can answer. Standard Operator SMS/MMS/WAP/GPRS/UMTS charges apply. For Help call 0327727395 (local rate) during office hours Monday-Friday, visit our website playmo.my or e-mail myhelp@tap.com.sg. Participate in this quiz on your mobile for an opportunity to win your chosen jackpot prize. All players are eligible for the monthly and jackpot prizes. The winner of the monthly prize (iPad) is the participant with the most points registered in our system on the last day of the Registration Month at 23:59 hrs until the promotional period ends on 31st August 2012 at 23:59hrs. The jackpot prize will be drawn at the end of the promotional period. The prizes pictured in the advert are jackpot prizes only. By participating in this quiz you acknowledge that you are a resident of Malaysia, 18 years or older, have read and is bound by the General Terms & Conditions and you are the authorized mobile phone bill payer and/or have the consent of the mobile phone bill payer to participate in this service by Teracomm Asia Pacific Pte. Ltd. You agree to receive marketing messages in relation to this or similar services by Teracomm. These marketing messages are free of charge. To opt out of marketing messages send STOP. Technical Service Provider: ICE Corp. Sdn. Bhd.. Teracomm is not affiliated with, sponsored by or endorsed by any of the listed products or retailers. Trademarks, service marks, logos (including, without limitation, the individual names of products and retailers) are the property of their respective owners.

TERJEMAHAN DARI GOOGLE TRANSLATOR

Ini adalah perkhidmatan langganan SMS kuiz BUKAN.Setiap soalan yang dihantar kepada anda bayaran pada RM5.00.Menghantar Keyword [cth. HADIAH / PLAY) akan memulakan soalan 1 yang dikenakan pada RM5.00. Apabila menjawab satu soalan, anda akan menerima soalan bercukai akan datang sehingga anda berhenti menjawab. Tiada had kepada bilangan soalan yang anda boleh menjawab. Standard Operator SMS / MMS / WAP / GPRS / UMTS caj dikenakan. Untuk panggilan Bantuan 0327727395 (kadar tempatan) pada waktu pejabat Isnin-Jumaat, sila layari laman web kami playmo.my atau myhelp@tap.com.sg e-mel. Mengambil bahagian dalam kuiz ini di telefon bimbit anda peluang untuk memenangi hadiah jackpot anda pilih. Semua pemain adalah layak untuk hadiah-hadiah bulanan dan jackpot. Pemenang hadiah bulanan (iPad) adalah peserta dengan mata yang paling didaftarkan dalam sistem kami pada hari terakhir Bulan Pendaftaran pada jam 23:59 sehingga tempoh promosi berakhir pada 31 Ogos 2012 pada 23:59 jam. Hadiah jackpot akan dilukis pada akhir tempoh promosi. Hadiah-hadiah yang digambarkan dalam iklan tersebut adalah hadiah jackpot sahaja. Dengan mengambil bahagian dalam kuiz ini, anda mengakui bahawa anda adalah seorang pemastautin Malaysia, 18 tahun atau lebih tua, telah membaca dan terikat oleh Terma & Syarat Am dan anda adalah pembayar bil telefon yang diberi kuasa mudah alih dan / atau mempunyai persetujuan telefon bimbit pembayar bil untuk menyertai perkhidmatan ini oleh Teracomm Asia Pasifik (M) Sdn. Ltd Anda bersetuju untuk menerima mesej pemasaran berhubung dengan ini atau perkhidmatan yang sama oleh Teracomm. Mesej-mesej pemasaran adalah percuma. Untuk memilih keluar mesej pemasaran menghantar STOP. Pembekal Perkhidmatan Teknikal: ICE Corp Sdn. Bhd. Teracomm tidak akan bergabung dengan, ditaja oleh atau yang disahkan oleh mana-mana produk atau peruncit tersenarai. Tanda dagang, tanda perkhidmatan, logo (termasuk, tanpa had, nama-nama individu produk dan peruncit) adalah harta pemilik masing-masing.
Tapi yang ini betul promosi dari Zalora, dapat baucer membeli belah, klik aje link ni untuk pendaftaran Sign-up with ZALORA and receive a RM 20 voucher

Sunday, June 3, 2012

Our studies

Hari ni kami berdua pergi ke Universiti masing2, Oum for me and Utmspace for my wife,
My classes have started, tapi my wife still not, her classes will start next 16 jun,
hari ini sesi pendaftaran utmspace dan taklimat yang perlu bagi pelajar baru..
mereka dapat beg galas percuma dari utm.
My classes start at 8:00am and ended at 3:00pm.., in Oum English is very important.. ,
in my case, i'm studying in IT at OUM Petaling Jaya for Dip., all of my notes that been given to me are in english language..
car park at oum premis is none...for student that is, signboard written showing where u can park your vehicle..the parking place is at the left side of oum building that is out from the OUM premis.
Rm3.00 per-entry, eventhough the board at the auto-pay machine at the park area showing a higher rate.. that is RM3 perhour, maximum RM9.00.. maybe they have a lower rate for saturday and sunday..maybe.. i wonder..?

Having a tablet with internet line really help's if u're studying at OUM

Friday, May 11, 2012

Kini kami menggunakan samsung tab 10.1, mula guna pada 6 Mei 2012, sekarang lagi senang nak guna rangkaian sosial seperti facebook.

wah!.. tak putus talian celcom weekly kini, semasa menggunakan laptop talian sering putus apabila ia ditinggalkan sementara, adakalanya putus tanpa sebab... terpaksa cabut peranti broadband Sony Ericson dan pasang semula...


free books, download books

Wednesday, May 9, 2012

Belajar dan berkeluarga

Insya-Allah kami akan mula menghadiri kelas bagi subjek pilihan masing - masing  pada Jun 2012 di Universiti yang berasingan, kini anak perempuan sulung kami berumur 2 tahun.., Semoga ALLAH permudahkan urusan kami sekeluarga dalam tempoh 3 tahun 1 Sem :)

free books, download books

Tuesday, December 21, 2010

Prepaid Broadband Celcom lebih baik daripada Postpaid

Dengan Broadband weekly atau daily anda tidak akan menghadapi masaalah untuk membeli Volume tambahan seperti 1GB dengan harga RM15.00 dan 5GB dengan harga RM50.00 untuk Broadband Monthly apabila anda kehabisan Volume pada pakej postpaid celcom yang anda ambil.

Kenyataan adalah seperti yang tertera di faq celcom broadband (soalan yang selalu ditanya kepada celcom)

14. When you manage my bandwidth or throttle my speed, how will this affect me?

"Once Celcom’s monitoring system has detected your breach of the allocated volume, Celcom will send out the SMS and immediately proceed to reduce or throttle your speed. Celcom does not block any Internet applications for the users who exceed their allocated data volume, but merely reduce their allocated speed.

For example based on your current package, if you are on Broadband Advance (up to 3.6Mbps), your maximum speed will be reduced to 128 kbps and if you are on Broadband Basic (up to 384kbps) your maximum speed will be reduced to 64kbps."

Faham...

Selepas anda menggunakan Sejumlah GB yang diberikan berdasarkan pakej yang anda ambil maka pihak celcom berhak menurunkan kadar kelajuan anda, contohnya jika anda mengambil pakej Broadband Advance (kelajuan sehingga 3.6Mbps), kelajuan anda akan dikurangkan kepada 128 kbps dan jika anda ambil Broadband Basic (up to 384kbps) maka pihak celcom berhak menurunkan kadar kelajuan kepada 64kbps."

Saya sendiri selalu memuat turun Video, MP3 bersaiz besar dari darulkautsar.net dan youtube.. ternyata "Broadband weekly dan daily lebih berbaloi"

Friday, November 5, 2010

selamat ulangtahun kelahiran hubby...

barakallah alaika

tanggal 5 nov 2010

semoga dirimu lebih bahgia dunia dan akhirat

semoga panjang umur

semoga rumahtangga kita ini kekal hingga hujung nyawa

Wednesday, October 27, 2010

Insha Allah



Setiap kali..... anda merasa tidak boleh meneruskan hidup..
Anda merasa begitu kehilangan
Bahawa anda begitu sendirian
Semua yang anda lihat adalah malam
Dan kegelapan menyelubungi anda
Anda merasa begitu tak berdaya
Anda tak tahu ke mana arah harus dituju
Jangan putus asa dan jangan putus harapan
Kerana Allahhhh........ sentiasa di sisimu

Insya Allah....
Insya Allah......
Insya Allah... anda akan menemui jalan anda

Insya Allah....
Insya Allah......
Insya Allah... anda akan menemui jalan anda

Setiap kali.. anda mengulangi kesalahan yang sama..
Anda rasa anda tak boleh bertaubat dan ia sudah terlambat
anda terlalu bingung...tentang keputusan salah yang telah anda buat...
ia menekan dan menghantui fikiran....
dan anda berasa rasa sangat malu..

Jangan putus asa dan jangan putus harapan
Kerana Allahhhh..... sentiasa di sisimu

Insya Allah....
Insya Allah......
Insya Allah... anda akan menemui jalan anda

Insya Allah....
Insya Allah......
Insya Allah... anda akan menemui jalan anda

Kembalilah kepada Allah......

Dia sebenarnya tak pernah Jauh....

Percayalah pada-Nya

Angkat tangan dan berdoa

OOO Ya Allah
Bimbinglah Diriku jangan biarkan aku sesat
Engkau sahajalah yang dapat menunjukkan jalanku,

Tunjukkanlah Jalanku...

Tunjukkanlah Jalanku...

Insya Allah....
Insya Allah......
Insya Allah... Kita akan menemui jalanNya

Insya Allah....
Insya Allah......
Insya Allah... Kita akan menemui jalanNya

Sunday, June 27, 2010

Laptop Budget Spek Power

Belikan kawan Laptop ACER ASPIRE 4551 dengan harga RM1699.00
Dpt 13 Free Gift
"Cuma tak dapat Sistem Operasi Windows 7...."

Wednesday, April 7, 2010

Sakit Kuning

assalamualaikum.
Penyakit kuning paling berkesan diubati oleh air susu ibu sendiri..
so kepada ibu..banyaklah minum sup n jadikan buah betik mentah sebagai
sup..kalau nak sedap campur ayamlah...
tiada yang lebih mujarab selain susu ibu...makin kerap anak menyusu ibu maka
makin kerap bayi kencing n berak.
kuning bayi akan keluar melalui kencing n berak bayi...
Elakkan bayi tido lama..setiap jam paksa bangunkan bayi untuk menyusu.

insya Allah susu ibu adalah paling mujarab.
k tq

sebab dah lama tak update blog

Facebook

Thursday, February 25, 2010

Anda ingin berubah

Terapi bagi membentuk sikap kita, antaranya adalah melalui pembacaan Al Quran, istigfar yang kita ucapkan , doa harian yang kita baca, dan nasihat yang baik yang kita berikan, ucapan yang kita ucapkan dengan penuh perhatian dan cara yang betul akan memberi kesan kepada hati, akal dan sikap kita insya-Allah, dilaman http://anakbestari.blogspot.com/ menerangkan tentang hal ini

Thursday, December 31, 2009

Juara KMK

Kumpulan Eureka JPI Mendapat Tempat
Juara KMK Bahagian Pengurusan Peringkat DBKL 2009
*klik gambar untuk paparan lebih jelas

Job

  Gg