- Information Sharing
- Visual Basic Programming" dan
- Introduction to Operating System
Subjek Semester 2 "METHODOLOGY OF INFORMATION SYSTEM DEVELOPMENT" masih belum dikuasai, subjek ini amat penting, ia berkaitan dengan PROJEK AKHIR DIPLOMA.
Antara usahaku untuk membantu diri dan pelajar-pelajar lain perkara berikut telah pun dilakukan :
Menubuhkan facebook group tidak rasmi untuk pelajar dan bekas pelajar IT OUM bagi tujuan pembelajaran
membuat huraian dan terjemahan kepada subjek "METHODOLOGY OF INFORMATION SYSTEM DEVELOPMENT" melalui blog saya di http://nurariff1.blog.com/
Contoh terjemahan seperti dibawah
Contoh terjemahan seperti dibawah
2.3.2 Object-Oriented Analysis and Design Approach (OOAD)
Analisisa Berstruktur mengkelaskan proses dan data sebagai komponen yang berlainan, Ini berbeza dengan pendekatan OOAD[1] dimana ia mengkelaskan proses dan data sebagai satu, iaitu “objek”, OOAD dicipta bagi memudahkan pembangunan sistem yang memerlukan perubahan pesat sebagai respon dari suasana bisnes yang dinamik. OOAD boleh berfungsi dengan baik dalam situasi yang rumit, sebagai contoh sebuah sistem maklumat yang sentiasa menjalani penyelenggaraan, adaptasi dan merekabentuk semula.
Penganalisis sistem menggunakan OOAD untuk membuat model bagi proses bisnes dunia nyata dan operasinya. Hasilnya adalah set perisian objek yang mewakili orang sebenar, sesuatu benda, transaksi dan acara. OOAD menggunakan piawaian industri bagi menghasilkan sesuatu model sistem informasi yang dipanggil dengan nama unified modeling language[2] (UML).
No comments:
Post a Comment