Tuesday, September 29, 2009

Pengemis Kaya??

Jam 7 malam, 22 Jun saya minum bersama 2 rakan di restoran mamak Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

“Nak derma encik?,” kami dihampiri lelaki buta bersama pasangannya.

Saya perhatikan lelaki itu. Kemas, berkemeja dan mengenakan seluar slack gelap lengkap bertali pinggang. Rambutnya tersisir rapi. Wanita pemandu arah kelihatan bersih, mengatur langkah laju mengenalpasti mereka ingin menyumbang.

Rakan menghulurkan seringgit dan dimasukkan kedalam kole plastik di tangan.

“Terima kasih,” ujarnya sebelum beredar ke meja lain.

Melihat saya merakamkan gambar peminta sedekah itu, pekerja restoran meluru keluar menghampiri saya.

“Tak boleh ambil gambar ka?,” tanya saya.

Haja, 41 tahun hanya beridi tercegat di depan saya.

“Saya bukan ambil gambar kedai. Ramai oran mintak wang itu macam?,” soal saya kepada pekerja berasal dari Chenai, India itu.

Entah faham, entah tidak, dia menjawab.

“Tarak kira la bang”

“Bukan saya mau you kira pun. 8 tahun sini kerja, ramai you nampak?,” saya cuba mendesak.

“Ramai lah bang. Tarak boleh kira,” jawabannya lebih tepat.

Ketika itu pasangan pengemis menghampiri 4 remaja duduk di meja berhampiran meja saya, sejumlah wang mereka hulurkan.

“Memang setiap kali orang mintak sedekah, awak bagi ke?,” soal saya kepada Rafizan Rutnan, 19 tahun.

“Hui! Tak lah. Kalau 10 orang, 5 bagi, 5 tak. Mana larat bagi semua,” keluhnya.

Bila saya cuba merakamkan gambar kumpulan, remaja lelaki duduk di sebelah Rafizan cuba mengelak.

Saya rakamkan gambar gadis itu.

“La .. Sebab apa tak bagi tahu nak ambil gambar?,” soalnya sebelum ketawa mesra.

“Kenapa bagi?,” soal saya kepada pekerja syarikat swasta kini menetap di Puchong, Selangor itu.

“Kita jadi serba salah. Sikap perikemanusiaan tinggi,” balasnya.

“Kah! Kah! Kah!,” saya terdengar pelanggan di sekeliling tertawa.

Spontan saya menoleh, tercegat lelaki warga Afganistan berjanggut dan berjubah putih berdiri rapat di belakang saya.

“La .. ni seorang lagi. Sir, I have seen you for so many times, almost every where since years ago. What have you been doing?,” soal saya.

Dia berdiri kaku, membisu. Sebaik melihat kamera di tangan saya, dia tergopoh-gapah melarikan diri. Sempat saya rakamkan gambarnya dari belakang.

“Bayangkan, pengemis ni start kerja pukul 8 malam. Mengemis kat banyak tempat bukan sini saja. Jangan hairan kalau dalam tempoh 5 jam, 1 orang bagi 1 ringgit dia boleh dapat lebih RM200. Kita kerja sehari belum tentu boleh dapat banyak tu,” bisik kawan perlahan.

Kenyataan itu tidak asing bagi diri saya. Itu kisah pengemis tempatan.

Terfikir pula, jika benar lelaki Afganistan itu berjihad mengutip derma untuk disalurkan kepada anak bangsa di negara asal dilanda peperangan, mengapa dia lari bagai tidak cukup tanah apabila ditanya tujuan sebenar dia meminta derma?

Kalau di negara sendiri dia barangkali pernah berdepan senjata mampu meragutk nyawa, apa sangat apabila berdepan kamera 12.1 mega pixels saya?

Anda ada komen dan jawabannya?

No comments:

Job

  Gg