Thursday, September 3, 2009

AWAS dan BERHATI-HATI jika terserempak dengan budak ini

My Photo
ondscene
Kuala Lumpur, Malaysia
TV Camera-journalist


Ampang
Selangor
Berbagai cara untuk menipu dan berbagai taktik manusia ditipu dan tertipu.
Dan berbagai helah digunakan sebagai mengabui mata mangsa yang kebanyakannyanya adalah kita sendiri yang prihatin tidak bertempat dan tidak mahu mengambil sedikit inisiatif bertanya siapakah mereka ini semua?
Saya sebenarnya sejak dari dulu, meletakkan 99-99 peratus mereka yang meminta sedekah, menjual tisu, buku agama tidak kira yang celik yang buta, yang tempang, merupakan golongan yang memperdaya manusia seperti anda yang mudah simpati.
Mereka adalah penipu besar dan berjaya menjadi senang-lenang dan kaya raya dari kita yang ambil mudah.
Simpati ada tempatnya, tetapi biarlah berpada dan mengikut saluran yang betul.
-------------------------------------------------------------
Ketika sedang minum berseorangan di sebuah restoran berhampiran Ampang Point 3 malam yang lalu, saya memerhatikan gelagat seorang budak anggaran usia 10 hingga 12 tahun.
Setiap meja dia berjaya mengutip sekurang-kurangnya RM1 dengan hanya berbekalkan sekeping kertas fotostat.
Meja di depan saya, dengan senang hati 5 orang dari mereka menghulurkan RM1 seorang (menjadikan RM5), di sebelah kanan saya, RM2 malah ada satu keluarga sehinggakan anak-anak mereka menghulurkan duit syiling kepada budak terbabit.
Tiba giliran saya, saya memandang tepat ke arah budak berbaju merah jambu itu.
"Bagi aku kertas yang kau pegang tu?"
Bagaimanapun, budak itu hanya menunjukkan kertas itu kepada saya untuk membolehkan saya membacanya dari jauh.
"BAGI AKU KERTAS TU?!!!"
Ketika itu, berpuluh mata dah menengok ke arah saya, dan ada yang sanggup berhenti makan semata-mata terkejut agaknya apabila saya meninggikan suara.
Maaf, saya terpaksa berrcakap kuat, kerana suasana restoran yang bising.
"BAGI AKU KERTAS TU. AKU NAK BACA!!!"
Saya ulang kali ketiga.
Budak itu perlahan-lahan, hulurkan kertas itu dan saya membeleknya.
Ia merupakan kertas yang difotostat - sebelahnya adalah salinan Penyata Akaun Individu Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bulan Julai 2008.
Nama: Sakinah Abd manaf
Alamat : No 7-A Blok 1E
Ampang Tasik Permai
68000 Ampang Selangor
Tarikh 21/07/2008
Kod Pelanggan : M988356
Status Pelanggan : Individu
No K/P : UNHCR
No Telefon : 0123981505
Baki tunggakan ialah RM 3,261-00
Saya belek muka sebelah, dan ia merupakan surat yang ditujukan kepada mangsa seperti anda.
(SAYA TAIP SEMULA DAN MENGEKALKAN EJAAN YANG DITAIP PADA KERTAS ITU)
ASALAMUALAIKUM
PERHOMATAN KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN
Saya bernama ADALA HASAN BIN HUSAIN. saya meminta tolong dan derma IKLAS daripada tuan-tuan dan puan-puan.
Saya seorang anak yatim dengan adik beradik adalah (3) tiga orang. Saya adalah anak yang kedua dalam kelaurga. Saya ingin meminta derma IKLAS untuk emak saya kini menghadapi penyakit jantung dan darah tinggi. Sekarang mak saya kena masuk ke hospital di H.U.K.M cheras dan pihak hospital memberitahu saya bahawa mak punya bil perubatan kena dibayar sejumlah RM3,481-00
Oleh demikian. Saya yang mampu membayar kepada bil mak saya sejumlah RM600.00 sahaja. Saya berharap pihak tuan-tuan dan puan-puan dapat menolong mak saya untuk mengatasi masalah bil perubatan yang tinggi ini secepat mungkin.
Saya mengucapkan ribua terima kasih atas tolongan daripada tuan-tuan dan puan-puan.
Terima kasih.
Dan , untuk menguatkan sangkaan saya , budak itu adalah sebenarnya menipu, saya mengujinya dengan beberapa soalan.
Dia menjawab dengan agak gelisah beberapa soalan saya. Katanya dia datang menaiki bas rapid KL (siap tunjuk tiket bas) berseorangan.
Menurutnya, dia tinggal dengan mak dan seorang abang dan adiknya di sebuah rumah flet di Ampang tasik Permai. Surat itu ditulis oleh abangnya. Dah dua tiga minggu dia minta derma katanya.
Kau jangan nak tipulah. Mana IC kau?
Tak de IC
Kau Myanmar kan?
Ye
Mana kad kau (kad UNHCR)
Di rumah.
Dengan muka minta simpati, dia meminta saya pulangkan kertas yang saya ambil dari dia. tapi saya minta dia keluarkan semua duit dalam koceknya. Saya tak tahu berapa, tetapi segumpal duit RM1 dari kocek baju dikeluarkannya.
Setelah berpuashati bahawa banyak keterangan budak tu bercanggah, saya bertanyakan satu soalan cepumas...
Ok, kau kata mak kau sakit kan, ok sekarang kau ikut aku pergi rumah kau.
Serentak, muka budak tu berubah menjadi pucat dan tergamam.
Ikut aku. pergi rumah kau. Naik kereta aku!!!
Dan, ribut tidak, gempabumi pun tidak, budak itu sepantas kilat lari lintang pukang...!!!
15 minit kemudian, saya menaiki kereta dan cuba berpusing di dalam kawasan sekitar Ampang Point.
Seperti yang dijangka, budak tadi saya lihat dengan selamba berjalan dengan seorang kanak-kanak perempuan (saya agak, itulah adik dia, usia dalam 5-6 tahun). bagaimanapun dia tidak tahu saya memerhatikan dia.
Akhirnya, dia menghilangkan diri menaiki tangga ke dalam Ampang Point.
(Setelah saya semak, alamat yang tertera pada Penyata itu adalah palsu...)

No comments:

Job

  Gg