Tuesday, September 29, 2009

NAFSU SEKS

Bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"
"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan `fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan"

http://resepirahsiaku.blogspot.com/search/label/AURAT%20WANITA%20ISLAM

Pengemis Kaya??

Jam 7 malam, 22 Jun saya minum bersama 2 rakan di restoran mamak Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

“Nak derma encik?,” kami dihampiri lelaki buta bersama pasangannya.

Saya perhatikan lelaki itu. Kemas, berkemeja dan mengenakan seluar slack gelap lengkap bertali pinggang. Rambutnya tersisir rapi. Wanita pemandu arah kelihatan bersih, mengatur langkah laju mengenalpasti mereka ingin menyumbang.

Rakan menghulurkan seringgit dan dimasukkan kedalam kole plastik di tangan.

“Terima kasih,” ujarnya sebelum beredar ke meja lain.

Melihat saya merakamkan gambar peminta sedekah itu, pekerja restoran meluru keluar menghampiri saya.

“Tak boleh ambil gambar ka?,” tanya saya.

Haja, 41 tahun hanya beridi tercegat di depan saya.

“Saya bukan ambil gambar kedai. Ramai oran mintak wang itu macam?,” soal saya kepada pekerja berasal dari Chenai, India itu.

Entah faham, entah tidak, dia menjawab.

“Tarak kira la bang”

“Bukan saya mau you kira pun. 8 tahun sini kerja, ramai you nampak?,” saya cuba mendesak.

“Ramai lah bang. Tarak boleh kira,” jawabannya lebih tepat.

Ketika itu pasangan pengemis menghampiri 4 remaja duduk di meja berhampiran meja saya, sejumlah wang mereka hulurkan.

“Memang setiap kali orang mintak sedekah, awak bagi ke?,” soal saya kepada Rafizan Rutnan, 19 tahun.

“Hui! Tak lah. Kalau 10 orang, 5 bagi, 5 tak. Mana larat bagi semua,” keluhnya.

Bila saya cuba merakamkan gambar kumpulan, remaja lelaki duduk di sebelah Rafizan cuba mengelak.

Saya rakamkan gambar gadis itu.

“La .. Sebab apa tak bagi tahu nak ambil gambar?,” soalnya sebelum ketawa mesra.

“Kenapa bagi?,” soal saya kepada pekerja syarikat swasta kini menetap di Puchong, Selangor itu.

“Kita jadi serba salah. Sikap perikemanusiaan tinggi,” balasnya.

“Kah! Kah! Kah!,” saya terdengar pelanggan di sekeliling tertawa.

Spontan saya menoleh, tercegat lelaki warga Afganistan berjanggut dan berjubah putih berdiri rapat di belakang saya.

“La .. ni seorang lagi. Sir, I have seen you for so many times, almost every where since years ago. What have you been doing?,” soal saya.

Dia berdiri kaku, membisu. Sebaik melihat kamera di tangan saya, dia tergopoh-gapah melarikan diri. Sempat saya rakamkan gambarnya dari belakang.

“Bayangkan, pengemis ni start kerja pukul 8 malam. Mengemis kat banyak tempat bukan sini saja. Jangan hairan kalau dalam tempoh 5 jam, 1 orang bagi 1 ringgit dia boleh dapat lebih RM200. Kita kerja sehari belum tentu boleh dapat banyak tu,” bisik kawan perlahan.

Kenyataan itu tidak asing bagi diri saya. Itu kisah pengemis tempatan.

Terfikir pula, jika benar lelaki Afganistan itu berjihad mengutip derma untuk disalurkan kepada anak bangsa di negara asal dilanda peperangan, mengapa dia lari bagai tidak cukup tanah apabila ditanya tujuan sebenar dia meminta derma?

Kalau di negara sendiri dia barangkali pernah berdepan senjata mampu meragutk nyawa, apa sangat apabila berdepan kamera 12.1 mega pixels saya?

Anda ada komen dan jawabannya?

Tuesday, September 15, 2009

Pendaftaran Ibu Mengandung

Daftar diklinik Kesihatan Jinjang Utara, sebab dekat dengan rumah, peratus untuk menjaga aurat bagi ibu mengandung daripada dilihat jururawat lelaki adalah tinggi.
Check tekanan darah tanpa perlu selak lengan baju kurung, ok.
Kalau "nurse" ni cuba nak selak lengan baju kurung "wife" memang aku blah terus dari situ dengan bini aku, mana taknya pemeriksaan dilakukan depan "public"

aku blah dan pasti terus pergi mendaftar dengan Klinik Ibu mengandung DBKL, sebab lebih terjamin "privacy". Jadi Kakitangan DBKL banyak kelebihannya.

Ini Gambar Bilik Mengambil Darah Bagi Ibu Mengandung

Keprihatinan Nurse terhadap aurat isteri aku ketika mengambil darahnya memang tak memuaskan.Isteri aku terpaksa berikhtiar la nak jaga aurat dia.
Alhamdulillah terselamat juga auratnya.Para Suami tidak dibenarkan berada didalam bilik mengambil darah ketika darah isteri diambil. Kena duk luar

mengandung anak kedua nanti akan aku bawa isteriku pergi klinik DBKL, Aku nak buat komplen kat klinik ni... guna surat rasmi ler..

tentang masaalah batas tangan sila baca post ini "terfikir"

Wednesday, September 9, 2009

Kering Air

Pregnant 10 Minggu, Dimasukkan air akibat terlalu banyak muntah, Peringatan "jarum biru adalah jarum paling kecil"

aRGHH SIKIT NYE BONUS tahun Ni!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian khas kewangan RM500 untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan.

Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan
dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.

- Bernama

Saya Pengguna Neomagnet


Pasang kat Myvi EZI (Auto) Ku, Signal Minyak Blinking menunjukkan tinggal 7.5 Liter sahaja yg tinggal, jadi pada 28 August 2009 ketika hujan lebat yg menyebabkan suasana sejuk aku isi minyak Shell Merah RM60, Tertumpah sedikit minyak, Ketika itu Meterku 314KM sehingga 9 September 2009 masih tak isi lagi minyak, dah menjangkau 540 KM lebih..
Dan Jarang-Jarang Sekali Speeding Lebih 100KM sejam

Tuesday, September 8, 2009

Peringatan bagi wanita



GOMBAK: “Saya tersentak apabila melihat seorang wanita yang hanya bercoli berlari ke arah saya selepas merentasi sungai dan meminta tolong kerana mendakwa dia dirogol.

“Ketika itu, dua lelaki turut dilihat sedang mengejarnya, namun bergegas melarikan diri menuju ke arah hutan sejurus ternampak saya,” kata saksi yang enggan dikenali ketika ditemui di sini, semalam.

Berikutan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) dikerah memburu kedua-dua lelaki dipercayai perogol bersiri di sekitar Pusat Rekreasi Alang Sedayu, Jalan Lama Gombak di sini.



Difahamkan, dalam kejadian jam 8 pagi semalam itu, seorang wanita berusia 27 tahun mendakwa dirogol kedua-dua lelaki terbabit berhampiran sebuah loji pembersihan air di kawasan perkelahan itu.

Suspek yang melarikan diri ke hutan meninggalkan sebuah Perodua Kancil kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian.

Hasil pemeriksaan ke atas kereta berkenaan mendapati mereka sebelum itu dipercayai turut merogol dan menyamun seorang wanita yang juga ibu kepada tiga anak berusia 27 tahun di sekitar Gombak.

Menurut saksi, selepas memberi tuala untuk menutup tubuh, wanita terbabit memaklumkan dia dirogol dua lelaki yang baru dikenalinya, dua hari lalu.

“Selain itu, mangsa memberitahu tujuannya pergi ke kawasan ini bersama dua lelaki terbabit untuk mencari batu,” katanya yang kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata pihaknya mengenal pasti seorang daripada suspek melalui dokumen pengenalan diri yang ditemui dalam Perodua Kancil yang ditinggalkan di kawasan berkenaan.

“Berikutan itu, kami sedang mengesan lelaki berusia 25 tahun terbabit dan rakannya bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati lebih 20 anggota polis yang dibantu anjing Unit K9 memasuki kawasan hutan berkenaan bagi memburu suspek yang dipercayai masih bersembunyi di kawasan berdekatan.

Job

  Gg