Saturday, May 9, 2009

Kenduri Meraikan Pernikahan


Sesampai je kat Rumah Kenduri, ternampak Pintu Gerbang masuk ke Ruang Makan, Huh ! Siap pintu Gerbang .. biar betol

Makan Kenduri Ala Buffet, sendiri ambil..
Makan Beradap sahaja... tiada persandingan


Pengantin memotong kek

Tempat basuh tangan yang kreatif

Kenduri Saudara sebelah Abah, ayah kepada Ariff

Wednesday, May 6, 2009

Mahkamah Syariah

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, aku sampai di Kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada waktu menghampiri tengahari,di dalamnya kelihatan 8 kerusi khas untuk menunggu , 9 kerusi bagi pelanggan berurusan dengan kaunter,kelihatan juga barisan org beratur untuk berurusan dengan kaunter pertanyaan,oleh kerana aku tergolong dalam golongan tak tahu maka aku pun kena beratur la jUgak untuk berurusan dengan kaunter pertanyaan mahkamah syariah. kaunter ni tak pakai nombor?,mungkin mesinnya rosak, aku tengok di bahagian atas kaunter mencari papan lampu led nombor panggilan..hmm tak dapat dikesan. Tujuan aku berada di sini adalah untuk menguruskan urusan harta pusaka peninggalan ibu.

Kebengangan beratur menyebabkan aku berkata-kata, lalu aku melafazkan ayat tanya kepada akak kat depan aku, "kak diorang tak pakai nombor?"

Jawab akak tu "tak pakai nombor dik"

Aku heran, kemudian akak tu menerangkan tujuan dia berada disitu "akak ni dtg nak dptkan pengesahan berkaitan dengan cerai, sejak tahun 1997 hal ni, bekas suami akak suruh datang selalu Mahkamah Syariah ni kalau nak selesai cepat, kakitangan Mahkamah Syariah ni takkan telefon kita,kita kena telefon dia", "Bekas suami akak tu dah ada 3 anak sekarang" tambahnya lagi sambil tersenyum.
"adik datang ke sini atas kes cerai ke?" tanya akak tu pada aku.

"Oh.. tidak, saya datang ni atas urusan faraid harta ibu" jawabku

Bila aku dah semakin hampir dengan kaunter pelanggan Mahkamah Syariah ternampak mesin nombor .. "ish-ish kenapa la tak digunakan" bisik hatiku, kenapa tak dilatih pengunjung macam kami ni untuk ambil nombor.Antara perkara tak selesa ketika berurusan disini bagiku adalah beratur di ruang orang keluar masuk, sama ada dari laluan orang yang selesai urusan di kaunter atau di bilik wakalah (Alhamdulillah masa tu bilik wakalah kosong).



Dikaunter pertanyaan ada 2 pegawai bertugas, bila dah sampai giliran aku ke kaunter pertanyaan pegawai yang bertugas melayan aku dengan baik, antara lafaz yang keluar dari pegawai kaunter pertanyaan adalah "adik ni dari pejabat peguam ke?", barangkali soalan itu timbul disebabkan kertas bercetak komputer yang aku serahkan padanya untuk tujuan pertanyaan,isinya berkaitan dgn harta yg nak difaraidkan hasil idea aku dan bapaku "

Aku diarahkan oleh pegawai kaunter pertanyaan Mahkamah Syariah untuk turun ke basement berjumpa dengan jurutaip, kerana kertas berkaitan harta yang aku taip tu tak mengikut format yang dikehendaki oleh Mahkamah Syariah,aku dengan rela hati turun tangga.
Sampai je kat bawah aku jumpa 3 bilik jurutaip dan satu kedai koperasi,bertentangan dengan bilik-bilik ni ada 3 kerusi kayu panjang yng boleh memuatkan 4 orang lelaki saiz pinggang 40, dan ada 1 kerusi panjang kerusi besi. aircond? dalam bilik jurutaip adalah,kat tempat menunggu untuk orang awam ni.. yang aku nampak hanyalah kipas gantung yang ada 2 tali tu, ruang untuk lalu-lalang sekitar 6 atau 7 kaki sahaja.


Melalui cermin kaca bilik Jurutaip aku dapat lihat Mesin Taip dalam Bilik Jurutaip 1 dan 2, yang ada komputer hanyalah bilik Jurutaip 2 dan 3.Kehadiran Mesin Taip tanpa elektrik masih relevan di mahkamah Syariah,manalah tahu,kalau blackout tak ada elektrik.. mesin taip masih boleh digunakan.
Setelah sekitar setengah jam menunggu, kini giliran aku masuk bilik jurutaip, Alhamdullilah urusan di dalam tidak leceh bagi jurutaip,ini kerana keterangan yang perlu mengenai urusan faraid telah aku sediakan pada sekeping kertas.
Upah taip yang diminta untuk afidavit aku adalah RM25 ,hmm..
(Jurutaip kat sini tak paparkan tanda harga bagi khidmat mereka.. kena pandai–pandai tawar menawar la..) kalau satu dokumen upahnya RM25,bagaimana pula 10 orang.. RM250 lah,sekitar 30 minit siap dokumen aku 2 helai, padanya tercatat 8 orang waris,setelah selesai jurutaip menaip,hasil kerjanya diperlihatkan melalui skrin komputer kepadaku,sebelum aku beredar aku minta salinan digital apa yang dia taip,Alhamdullilah dapat (aku bawa thumb drive).Rasanya pendapatan seorang Jurutaip boleh mencecah RM2500 dalam masa 2 minggu, itupun jika purata orang yang datang minta khidmat jurutaip dalam sehari 10 individu.

Selesai urusan dengan jurutaip aku naik ke atas untuk tujuan pendaftaran kes harta untuk Mahkamah Syariah Faraidkan.

Jam menunjukkan 1.25 petang, aku lihat ruang kerusi pendaftaran kes agak lenggang, hanya tinggal 2 pegawai dikaunter pendaftaran kes.Aku pergi ke kerusi bagi pelanggan,bahagian paling depan sekali, di kaunter ketika itu ada orang awam berurusan,setelah selesai urusan orang awam aku pula dipanggil untuk ke kaunter, Di situ aku kena baca sumpah depan pegawai, yakni apa yang ditaip oleh jurutaip berkaitan dengan sumpah yang dia taipkan untuk aku.

Setelah sesi menyumpah selesai, aku diminta sain surat tu, 2 set semuanya.Kemudian aku diarahkan pergi ke kaunter sebelah, kata pegawai berkenaan kes aku akan dikendalikan oleh Mahkamah Tinggi. Di kaunter sebelah ada pegawai wanita, dia taipkan sesuatu di komputer , entah apa yang dia taipkan ntah, selesai menaip dia bagi aku resit bayaran berjumlah RM4 sahaja dan dokumen.Dan selepas urusan ini aku diperintahkan kembali ke bangunan mahkamah syariah ni lagi..

Friday, May 1, 2009

Anak Kak Ina


Ini Dia Muhammad Az-Zuhri bin Saleem anak Sulong kepada Kak Ina .. hehe
comel tak ?

Wednesday, April 8, 2009

Cermin Mata Murah !!

Cermin Mata Gergio Armani Celup Dibeli olehku dengan harga RM15.00 shj,
Anda juga boleh membelinya di Pudu, Kuala Lumpur (Bersebelahan Bangunan Pudu-tempat jual tiket bas tu..)

Monday, April 6, 2009

New York Skin - Percuma Bersyarat?, bayarlah

amacam besar tak ?

Cerita dibawah ni diambil dari blog

http://eddida.blogspot.com/2008/06/what-lies-beneath-nak-story-sket_15.html

Nak story sket pengalaman temankan my younger sis pegi New York Skin Care (NYSC). My lil sis, Nurul gatal tangan sms ke NYSC for free facial trial and free travel kit. So one of NYSC's staff called her and after some chit chatting and after Nurul confirmed with her that there will be no hidden charges or she doesn't have to sign up with any of the packages, that fella sets an appointment for her last friday at NYSC Mid Valley Megamall.

So here goes, when we arrived there around 1 pm, her name wasn't in the appointment list. So that's fine with us as it was a free facial. Owh...lupa nak bagitau, masa tgh tunggu nak fill up forms tu Nurul bagtau yang dia tu student. We realized that staff dkt situ semua buat muka tak puas hati bila dengar she is a student. Berbalik pada cerita tadi. After she fill up the forms and so on and after we were given some explanation which I can assure you semua tu tipu belaka, the FREE FACIAL treatment started. I thought kalau service dia bagus, I myself pun nak sign up for the treatment. Maklumla NYSC kan masuk paper, tv commercials and so on...

As I were waiting for her to finish, aku tengok, bagus la everybody yang dtg for free treatment semua sign up for the package. Aku pun macam kagum, mesti bagus treatment and service dia. Lepas kagum2 tu dan lepas jln2 kat dlm MV, Nurul pun call bagitau dah siap treatment. So aku pun pegi la. Dia cakap best jugakla facial sebab dia pun mmg x penah buat facial, so pada dia dah best gile la. Sementara tunggu turn utk discan balik muka dia tu, aku bisik2 la kat Nurul, gile la semua consultant dia bila keluar je dari dari consultation room mesti bwk keluar duit at leats pun RM 50. Yang kitorg ni takde plan pun nak amek package apa2 coz kitorg bwk RM 50 je that day. Bila sampai turn kitorg je dia pun scan muka adik aku balik which I know semua tu tipu gak. Bagi penerangan apa ke jadah semua dan bagitau harga package dia which RM 280 per session! My sister needs 20 sessions to make her face looks beautiful.... Wahhhhh...cuba you guy darabkan RM 280 dgn 20 session. Lepas tu ckpla yg mereka akan bagi mask free which cost RM 90, ultrasound free worth RM 50 and so on sampai ckp 1 treatment sebenarnya berharga RM 500! Tapi kalau sign up sekarang RM 280 je. Padahal benda2 yg dia ckp tu dah masuk dalam RM 280 tu je.

RM 280 x 20 = RM 5 600

Dia minta half for the deposit

RM 5 600 / 2 = RM 2 800

Kitorg ckp la too expensive lagipun Nurul student lagi. So let her discuss with our mum first before we sign up. Consultant tu pun bagi lagi satu package for 10 sessions.

RM 280 x 10 = RM 2 800

Deposit half of it

RM 2 800 / 2 = RM 1 400

Kitorg still refuse to sign up. Sebab kitorg takde duit masa tu! Dia pun panggil la sorg lagi consultant, she introduced herself as CARMEN. Dia pok pek pok pek dgn kitorg. Aku pun dah rasa tak selesa coz tgh marah sgt. Aku takut la bleeding sebab dulu penah sekali aku marah org sampai kuar darah. All I care now is to get out of there. Sebab aku betul2 tak puas hati dgn service yang PAKSA - PAKSA org ni. Carmen tu bagi pakej utk 5 session pulak.

RM 280 x 5 = RM 1 400

Deposit half

RM 1 400/2 = RM 700

Kitorg refuse lagi. I stressed out to them let Nurul discuss with our mum first! And then ckp dkt sini kitorg ada rules & regulations. Semua customer who come for free trial MUST sign up for their package! Nurul cakap, your consultant tak cakap pun masa telefon because she already asked about that! Aku lagi angin bila dengar. Aku cakap kitorg x nak sign up apa2 pun. Then CARMEN tu keluar, masuk sorg lagi. Tak reti nak introduce diri sendiri terus attack my sis and I. She said something like this,

"Siapa yang buat facial tadi? You?" she pointed at me. Aku geleng and ponited to Nurul. She said " You?" Nurul angguk. " Then I will talk to you only. I won't talk to you. You can keep quiet" sambil tangan dia suruh aku diam. Kurang ajar punya org. Dia pok pek pok pek to my sis and reduce the package to 3 session dengan home product which kitorg tau yg dia akan suruh tambah lagi session and pay another price for the product sooner or later. Talking about tactics...

RM 280 x 3 = RM 840

Half of it

RM 840 / 2 = RM 420

Kitorg still refuse sebab kitorg memang TAK NAK! Plus TAK ADA DUIT! My sis cakap kalau bayar monthly maybe dia mampu but with the unreasonable price memang dia tau dia tak mampu. Sekali treatment pun tak mampu. Elaun dia belajar RM 600 sebulan sebab dia nursing student, buku2 lagi and ada few lagi yuran2 nak kena bayar end of this month lagi. She explained to them. And then boleh minah tu cakap, "You pakai akaun apa?" "Maybank" Nurul answered. "Then kita boleh deduct from account for deposit". Nurul cakap dalam akaun dia ada RM 50 je. Minah Cina tu ckp "You bayar RM 50 dulu la. Lepas tu you discuss dgn mama you, bayar balance la. You cakap dgn I you ingat your mama akan bagi you buat treatment ka dgn harga mcm ni. I guarantee la your mom takkan bagi". Celaka.

Ini boleh mendatangkan marah. RM 50 adik aku tu pun dia nak kebas.

Aku cakap "kitorg tak minat nak ambil package you. Plus kalau I ada duit skrg ni pun. I won't pay for her here. I rather pay for her at DermaGenesis or Klinik Ayu Jelita. I have experiance pegi buat face and body treatment. You name it. TCA, Pixel, MDB, Lipo semua I pernah try before I got married".

"Parent you bayar ke abg you yg bayar? Kalau pernah buat kenapa muka you tak cantik? Kenapa badan you gemuk?" she said.

Aku balas balik "This is because I'm pregnant!".

Dgn sinisnya dia cakap "You pregnant before you kawin?".

Aku balas "Don't be ridiculous. Of course I'm married. I gemuk because I'm pregnant. I look like this because I'm pregnant. I've got pimples because of my hormones. Everything I buat before I got married. For the wedding. I pergi 2 tempat tu, consultant sana beri masa utk discuss with parent and to think about it. And guess what my parent agreed. So I don't think my parent are so typical about this. Plus the price lebih reasonable and result guaranteed. Dengan you setakat facial treatment, sampai RM 50 pun nak kebas".

Masa tu aku dah pegang perut coz it hurts a little bit. Minah cina tu tanya lagi "You pegi mana?". " DermaGenesis and Ayu Jelita" I replied. Dia tak mau mengalah jugak "Then why don't you bring her there?" " I will. I like the service + the treatment. Kat sana takde PAKSA - PAKSA punye service. Affordable". Dia senyap. "Okay la. you balik discuss wth your mama. Esok you datang bawa your mama. I bagi your mama free facial. Tapi your mom je. Your sister tak boleh" she pointed at me again!

"Okay" my sis replied walaupun dalam hati dah berjanji takkan jejakkan kaki kat dalam New York Skin Care lagi. Dengan penuh sakit hati aku berkata dalam hati "I wouldn't recommend you to my friends. Your service sucks!" Kitorg keluar dari premis dia dgn tangan kosong. Mana ada dapat free travel kit tu. Penipu! Walaupun kitorg tau, kitorg MESTI kena kutuk dengan diorg. We don't care. At least kitorg boleh sebarkan kat org lain mcm mana diorg ni menipu pelanggan.

Sunday, March 22, 2009

Ibu Mithali

Ibu Saya telah meninggal Dunia 19 March 2009

Artist: Rabbani
Song Category: Nasyid

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

Job

  Gg