Sunday, October 11, 2009

Elak bersendirian dengan Lelaki

KUALA LUMPUR: Dia hanya berusia 14 tahun tetapi masa depannya diragut akibat dirogol seorang lelaki beristeri empat, menyebabkannya kecewa lantas merelakan teman lelaki serta rakan sekolah ‘membaham’ tubuhnya hampir setiap hari selama berbulan-bulan.

Setiap kali berpeluang, dia sanggup melakukan hubungan seks dengan seorang atau hingga lapan lelaki sekali gus dan lebih teruk lagi, aktiviti terbabit dilakukan di stor sekolah tempatnya belajar.

Gadis tingkatan dua itu yang mahu dikenali sebagai Roslina mendedahkan perilaku buruknya bukan untuk berbangga, sebaliknya sebagai pengajaran kepada pihak lain dan dia kini bertaubat.

“Segala-galanya bermula awal tahun ini apabila teman lelaki mengajak saya ke Kuala Lumpur. Sampai di stesen bas, dia tiba-tiba menukar fikiran dan memberi alasan ada urusan kecemasan.

“Saya ditinggalkannya bersendirian dan tidak lama kemudian saya disapa seorang lelaki berusia 40-an yang memberitahu dia mahu berkenalan,” katanya yang berasal dari utara tanah air.
Menurut Roslina, lelaki itu seterusnya menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah dan dia tanpa berfikir panjang terus bersetuju.


“Namun dalam perjalanan, dia menukar haluan dan berhenti di sebuah hotel. Dia ajak saya masuk ke hotel, bila saya tak mahu, dia paksa saya. Di dalam bilik, dia mengajak saya melakukan hubungan seks, sekali lagi saya enggan.

“Akibatnya pakaian saya disentap dan saya dirogol. Selepas itu dia menghantar saya pulang, tetapi dalam perjalanan kami berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sebuah lebuh raya dan dia merogol saya sekali lagi di dalam kereta,” katanya sambil mengalirkan air mata.

Sampai di rumah, Roslina memaklumkan kejadian yang menimpa dirinya kepada keluarga. Mereka kemudian membuat laporan polis dan ketika itulah dia mengetahui lelaki terbabit beristeri empat.

Ditanya adakah lelaki itu kemudian ditahan polis, Roslina berkata, dia tidak tahu hal itu dan tiada siapa memaklumkan kepadanya mengenai perkembangan lanjut.

Roslina berkata, selepas kejadian itu dia mulai murung, berasakan diri tidak berguna kepada keluarga dan tiada masa depan lagi.

“Saya mula ponteng sekolah, merokok dan meneguk arak dengan rakan. Lebih teruk lagi, saya terjebak mengadakan hubungan seks dengan teman lelaki.

“Kerana ketagih, saya sanggup mengadakan hubungan seks secara berkumpulan iaitu bersama teman lelaki dan rakan lain di sekolah, biasanya antara tujuh hingga lapan orang serentak.

http://www.tvselangor.com/pic/thumb/gjla%20sosial.jpg

“Kami mencari lokasi sesuai dan akhirnya melakukan kegiatan itu di sebuah stor di sekolah,” katanya.

Menurut Roslina, dia dan kumpulan seksnya melepaskan nafsu serakah mereka asal ada peluang dan tanpa mengira waktu.

“Ada kalanya kami lakukan pada waktu pagi ketika pelajar lain menghadiri perhimpunan, namun biasanya kami buat pada waktu petang selepas tamat sesi persekolahan. Kami tidak memikirkan dosa dan perkara negatif lain kerana yang penting hanya puaskan nafsu,” katanya.



Menurutnya, kegiatan seks rambang itu dilakukannya bersama rakan hampir empat bulan sebelum ia dihidu pihak sekolah.

“Kami dicekup ketika ‘beraksi’ di stor. Saya dibuang sekolah dan kini menyesal dengan apa yang saya lakukan. Saya memalukan keluarga dan memusnahkan masa depan sendiri.

“Namun saya bersyukur kerana ibu bapa dan adik beradik tidak membuang saya, sebaliknya tabah membimbing dan menyokong saya untuk membina hidup baru. Saya bertaubat dan berjanji tidak mahu mengecewakan lagi ibu, ayah serta adik beradik,” katanya.

Berita Benar Dari
myMetro

Friday, October 9, 2009

Masjid Jamek



Masih Berbaju Unggu nampaknya, tarikh gambar ini 9 Oktober 2009

Nampaknya lelaki berbaju Unggu ni bawa kawan la... sibaju merah


Monday, October 5, 2009

Anmum Materna

http://www.yellavia.com/images/grocery/090425/img-501.jpg
Tiada lagi Loya dan Muntah yang kerap, tiada lagi penat yang teruk pada isteri saya setelah mula amalkan Anmum materna pada dosej yang sesuai, ambil 3 scoop siang dan 2 setengah scoop malam,

Dengan Izin Dari Allah
Pregnant 10 Minggu, Dimasukkan air akibat terlalu banyak muntah, Peringatan "jarum biru adalah jarum paling kecil"

Ramainya Orang di Klinik

Daftar, Ambil Nombor, kemudian Nama dipanggil, bayar RM1
tertera pada Slip Nombor ni 10:48 pagi, Sekitar 11:50 baru dapat jumpa doktor, dalam masa kurang 3 minit temubual dengan doktor selesai, pi... lah bahagian farmasi untuk ambil ubat

Sampai dikaunter Farmasi serahkan slip ubat pada petugas kauter farmasi, kemudian saya diberi nombor untuk tunggu giliran ambil ubat

Wah... dah pakai mesin pencetak, tiada lagi tulisan tangan pada label ubat.. bagus2.. taklah tersalah faham cara pengunaan ubat.. insya Allah

Friday, October 2, 2009

Aidil Fitri dan Kubur

Satu Bungkus Bunga RM5.00 untuk tabur atas kubur..
hmm perkara yang tak mendatang pahala..
Gambar Ini diambil ditanah perkuburan Ibu Kota, Kuala Lumpur


membazir semata - mata lebih baik berdoa untuk kesejahteraan ahli kubur

Masjid Jamek

Tarikh gambar ni 2 Oktober 2009, Lelaki berbaju unggu muncul lagi, hmm aku rasa nak ambil gambar dia ni tiap -tiap minggulah


Hari ni Full suit Unggu kasut jenis lain nampaknya...
surat fotostat ape kat tangan dia tu

Masjid Jamek

Diambil pada 9 September 2009, 9- 9-9 , rasanya lelaki berbaju unggu ni dah setahun kutip derma kat sini, lokasinya Masjid Jamek Kuala Lumpur, Tujuan Lelaki ni Kutip derma adalah untuk membina Masjid di Rantau Panjang , Kelantan.. Hmm meragukan..

Ini gambar lebih jelas... lelaki berbaju unggu.. tangan kiri tu nampak macam buku resit

Nampak tak apa yang tertulis ditabung dia...

Job

  Gg