Monday, June 29, 2009

KEINDAHAN ISLAM

Align Center

Ya Illahi!

"Jika aku beribadah kepada Engkau kerana takut akan siksa neraka biarlah bakar aku dengan jahanam.

Dan jika aku beribadah kepada Engkau kerana harap akan masuk syurga biar jauhkanlah dianya dari padaku.

Tetapi jika aku beribadah kepada Engkau hanya semata-mata cinta kepada Engkau maka janganlah, Ya Illahi Engkau haramkan daku melihat keindahan Mu yang azali"

(Rabi'ah binti Ismail Al-Adawiyah)

Monday, June 22, 2009

SELAMAT HARI BAPA



Salam buat semua bapa-bapa yang ada...selamat hari bapa
Moga panjang umur dan menjadi insan yang paling bermakna buat anak-anak kalian
Teristimewa buat Ayah dan Abahku...MUSTAFA..hehe

Sunday, June 14, 2009

Meraikan Pernikahan Anas dan Ila

Sekitar Jam 3.30 p.m sebelum kami pulang ke rumah, sempat jugak mengambil gambar pasangan pengantin di Masjid Wilayah Kuala Lumpur. Semoga Allah memberkati perkahwinan mereka, semoga dapat zuriat yang buat kerja mengajak manusia kpd Allah (soleh dan solehah)

Friday, June 12, 2009

Fahami Tanda-Tanda Anak Alami Deraan Seks

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaNLr-gftA8tDufr7c_yWuQ-m2tbJ5FhYAJDrJpdCdlgnC5Rs-6m-C_n0da5UgzQUJKMrFUDeVBTGGe_egMEQbRn-ru8WLd2k1lkPQAPP0IbhuV42AjrSf4PA06B1_3De17qY1OSbG75A/s400/Picture1.jpg

Apakah reaksi anda apabila melihat anak kecil anda membuat perlakuan berbentuk seksual, seperti gemar menarik atau menyentuh kemaluan teman sepermainan atau membuat pergerakan seperti sedang melakukan seks ketika bermain?

Adalah satu kesilapan besar bagi ibu bapa untuk mengambil mudah perlakuan seperti ini dan menganggapnya sebagai satu tindakan “nakal” kerana ia adalah salah satu tanda anak anda telah terdedah pada perlakuan seksual atau lebih buruk lagi mungkin mangsa penderaan seksual.


Madeleine Yong ketika memberi penjelasan mengenai tanda-tanda penderaan seksual di forum anjuran Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (foto The Star).

Menurut Pengarah Persatuan Protect and Save The Children (PS The Children) Madeleine Yong, ibu bapa perlu peka terhadap tanda-tanda yang mencurigakan yang ditunjukkan anak bagi menyelamatkan mereka daripada terus menjadi mangsa penderaan seksual.

http://www.psthechildren.org.my/images/template/logo.jpg

PS The Children adalah pertubuhan sukarela yang menyediakan khidmat bantuan, terapi dan kaunseling kepada kanak-kanak mangsa penderaan seks dan sokongan kepada keluarga mereka.

Bercakap pada satu forum mengenai penderaan seks kanak-kanak anjuran Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam baru-baru ini, Madeline memberi contoh satu kes membabitkan seorang kanak-kanak perempuan yang gemar menarik kemaluan rakan lelakinya ketika bermain.




“Apabila disiasat dan ditanya dengan baik, kanak-kanak itu menjelaskan, itu adalah permainan rahsia yang kerap dimainkannya bersama bapanya,” kata Yong.

Beliau menegaskan perlunya bagi ibubapa dan orang dewasa memahami tanda-tanda tidak nyata yang ditunjukkan oleh kanak-kanak mangsa penderaan seks kerana secara umumnya, sebahagian besar mereka tidak akan memberitahu sesiapa mengenainya, lebih-lebih lagi jika ia dilakukan oleh orang yang rapat dengan mereka.

Mangsa, katanya, takut akan dipersalahkan oleh masyarakat dan kerap merasakan diri mereka sendiri bersalah, terutamanya jika mereka mendapat kenikmatan daripada perbuatan itu.

“Ibu bapa perlu faham bahawa organ seks kanak-kanak boleh juga memberikan kenikmatan kepada mereka dan ini antara punca mengapa mereka rasa bersalah dan tidak akan mengadu jika menjadi mangsa penderaan seksual".

“Bagaimanapun, jika penderaan ini berterusan, kesannya kepada psikologi mangsa sangat buruk dan jika tidak ditangani akan berkekalan sehingga boleh menjurus pada pengambilan alkohol dan dadah,” katanya.


Tanda-tanda lain yang kerap ditunjukkan mangsa penderaan seks termasuklah

  • kerap mengigau,
  • takut tidur,
  • perubahan tingkah laku yang ketara,
  • gemar menyisihkan diri,
  • kencing malam,
  • gemar berahsia,
  • menghadapi masalah hilang berat badan/bertambah berat badan secara ketara atau
  • paling buruk kerap mencederakan diri sendiri
  • atau mempunyai kecenderungan membunuh diri.

Tanda seperti mencederakan diri, kata Yong, boleh dilihat dalam kes di mana penderaan berlaku dalam tempoh lama dan berterusan, menyebabkan mangsa seperti hilang kemampuan untuk merasa apa-apa, melainkan ia kesakitan fizikal.

Keadaan ini, katanya, akan menyebabkan mangsa suka menoreh bahagian-bahagian anggota mereka yang sukar dilihat, seperti di lengan, perut atau di paha.

Yong juga menggalakkan ibu bapa agar mendidik anak-anak mereka mengenai organ-organ seks mereka dan tidak memberikan nama-nama pelik terhadap organ tersebut seperti “nasi lemak” untuk buah dada atau nama-nama lain untuk kemaluan atau dubur mereka.

Cara ini, katanya, akan memudahkan kanak-kanak untuk memberitahu apa yang berlaku pada mereka dengan jelas tanpa berasa malu kerana ia bukan perkataan yang dianggap taboo.

Beliau juga menggalakkan ibu bapa agar mendengar dengan teliti apabila anak-anak mereka mengadu tentang kejadian yang menimpa mereka kerana kanak-kanak jarang mengada-adakan cerita dan memberikan sokongan kepada mereka kerana bagi kanak-kanak mangsa penderaan seksl, trauma yang mereka alami ketika bercerita adalah sama dengan trauma yang mereka alamia ketika didera.

Naib presiden pertubuhan itu Vicky Alahakone pula berkata, mengikut statistik, dalam kes penderaan seks membabitkan ahli keluarga, golongan paling tinggi didapati bersalah adalah bapa, diikuti bapa saudara, abang dan bapa tiri.

“Di samping itu, lebih 70% daripada kes yang dilaporkan berlaku di dalam rumah mangsa sendiri. Ini bermakna usaha lebih kuat perlu dilakukan bagi menjadikan rumah tempat yang selamat untuk kanak-kanak,” katanya.

Thursday, June 11, 2009

Kemanisan Iman

Sabda Rasulullah saw yang maksudnya,

"Orang yang akan merasai kemanisan iman itu adalah dia yang redha dengan Allah swt sebagai Tuhan dan dengan Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Rasul". (HR Muslim)

"Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya akan merasai kemanisan iman : barangsiapa yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari selain dari keduanya dan ia mencintai saudaranya semata-mata kerana Allah dan dia yang benci untuk kembali menjadi kafir selepas Allah swt menyelamatkannya dari kekufuran itu sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka". (HR Al-Bukhary & Muslim)

"Tidak akan beriman seseorang hamba itu sehingga ia mencintai aku lebih dari cintanya kepada keluarganya, hartanya dan seluruh manusa". (HR Al-Bukhary & Muslim)

*Dipetik dari buku 6 Prinsip & Amalan Salafussoleh,
karangan As Syeikh Zainul Abidin Al Uzma*

Dari Blog http://ahliahnizam.blogspot.com/2009/06/kemanisan-iman.html

Saturday, June 6, 2009

Sahabat

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..


"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya" (H.R al-Hakim)


ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan.



Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal. Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya"



Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya.

Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:

"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya"; (H.R Abu Daud).


Bak kata pepatah Arab,

"Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita"


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:



  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnyaJika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan.


Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan melepak pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan. Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.



Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.


Thursday, June 4, 2009

Servis Gigi


Caj Bagi Pemeriksaan Gigi adalah RM15.00 , Manakala Caj Membersihkan Gigi disini dari RM65.00 Hingga RM130.00 bergantung kepada tahap karies pada gigi..mahal?? swasta biasalah :)

Apa Pun Saya Puas Hati dengan layanan Dr. Nor Salasiah merawat saya ...
Lembut orangnye hehe..

Faraid

Pada 21 Mei aku ke Makhamah Tinggi Satu, perbicaraan bg semua orang adalah jam 9 am,aku ingatkan aku punya perbicaraan mula jam 9 am.rupa-rupanya semua orang dijadualkan pada waktu yg sama, hmm ingatkan aku punya kes faraid mula jam 9am jadi aku tak breakfast lah, kelihatan didepan kamar hakim tiada kaunter pendaftaran, yang ada hanya deretan kerusi panjang, Perutku kelaparan.

Pada dinding tingkat 2 ni ada papan makluman peraturan didalam makhamah dan juga senarai nama mereka yang akan dibicarakan oleh makhamah Tinggi, nama aku tertera padanya, aku yg ke-9.

diantara Peraturan didalam makhamah Tinggi yang dinyatakan pada papan plastik di dinding adalah
Kehadiran mesti 30 minit lebih awal.., jangan buat sebarang rakaman video,audio atau still image, dilarang mengaktifkan bunyi telefon dan macam-macam lagi.
setelah sejam lebih menunggu keluar seseorang lelaki dari pintu kamar hakim " Ahmad Muhd Nur Ariff Bin Mustafa" seru lelaki tu.

"I.C" minta lelaki tadi, aku memberi kad pengenalanku

"Ya saya" Jawab aku

Kemudian masuklah aku bersamanya ke dalam Pintu menuju ke kamar Hakim.

dalam kamar hakim hanya ada 4 orang termasuk aku,

Hakim tu bercakap dengan gaya bahasa yang tak serupa seperti dalam filem pun.Antara lafaz yang diucapkan oleh Hakim "bila mak awak meninggal dunia","awak datang seorang je","Betul ke adik beradik awak 7 orang ? ke 9 orang?, saya nak saksi ye untuk hal ini"

Tak sampai setengah jam sessi soal siasat hakim terhadap aku, hakim minta aku bawa salinan kad pengenalan nenek sebelah mak kerana nenek aku juga tersenarai sebagai waris, datuk sebelah mak tak tersenarai kerana telah meninggal lebih awal dr ibu.Kata Tuan Hakim nenek mendapat 1/6 daripada harta pusaka ibu,Tuan Hakim juga meminta aku membawa seorang saksi bagi membenarkan dakwaan aku dimakhamah.

"dah dapat salinan I.c nenek awak dan juga ada saksi.. hubungi saya, lagi cepat ,lagi cepatlah selesai" kata Tuan Hakim .

Kemudian aku diiring keluar dari kamar hakim oleh lelaki yang membawa aku masuk sambil beliau memberi I.c aku semula. Sebelum Keluar dari makhamah aku sempat mengambil no telefon kamar hakim...

8 Jun adalah tarikh perjumpaanku dgn hakim ...
bersambung

Job

  Gg