Ya Allah Engkau Tuhanku... Tiada Tuhan melainkan Engkau... Engkau cinta Agung....ku... Nabi Muhammad pesuruh-Mu... Ya Allah Engkau sumber bahagia... Engkaulah Sumber keselamatan... Ya Allah Engkau sumber keamanan... Engkaulah segalanya... Ya Allah Engkaulah pelindungku... Engkaulah sumber rezkiku... Di waktu sakit Kau sembuhkan... Di waktu lapar Kau beri makan... Ya Allah Engkau Cinta Agungku.. Cintaku haraplah dibalas.. Ya Allah Engkau Cinta Agungku.. Janganlah cintaku tidak dibalas.. Jangan biarkan ku tanpa pimpinan... Pimpinlah aku ke jalan yang benar... Kepada Engkaulah harapanku.. Janganlah hampakan perasaanku..

Sign-up with ZALORA and receive a RM 20 voucher

Tuesday, July 28, 2009

Cerpen - Suamiku orang Tabligh...

Cerpen ni di tujukan pada mereka yang masih tidak memahami usaha dakwah dan tabligh ni..:)

*********************************

Eja merenung jauh di balik tirai jendela rumahnya. Permandangan di luar rumah sungguh mendamaikan. Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menempatkan dirinya tinggal di kawasan kampung..baginya kehidupan di kampung lebih tenang berbanding hiruk pikuk kehidupan di bandar. Tiba-tiba hatinya merasa sebak. Tika ini dia bersendirian di rumah mengenangkan suaminya yg sedang khuruj ke jalan Allah selama 3 hari.

***********************************

“Eja,mak ada berita nak sampaikan kat Eja ni..” beritahu mak suatu hari di waktu kami sedang bersarapan.

“Apa dia mak,lain macam jer bunyinya..”Eja memandang wajah ibunya. Sejak ayahnya meninggal,ibunyalah tempat dia mencurahkan kasih sayang dan bergantung harap. Sayangnya dia pada ibunya tidak bertepi. Dia sanggup bersusah payah demi melihat ibunya gembira.

“Semalam,masa kamu pergi tadika,ada Badrul dan ibubapanya datang jumpa mak. Dia nak merisik kamu. Kalau kamu terima,3 bulan lagi majlis perkahwinan dan nikah akan dijalankan”beritahu mak lagi.

“Hah!..Badrul anak pak Hashim tu ke mak. Yang keje kat kilang hujung kampung kita tuh?”Eja agak terkejut bercampur teruja.

“Ha’ah..dialah.sapa lagi..”

Hati Eja berbunga. Dia sebenarnya memang menaruh hati pada Badrul. Badrul,seorang pemuda lulusan kejuruteraan dari UTM. Bekerja sebagai jurutera di kilang kampung ini,berwatakan sederhana,berkopiah sentiasa di kepala dengan janggut yang sejemput, berpakaian kurta dan berseluar slack, mencerminkan identiti islamiknya. Manakala Eja gadis kampung lulusan STPM,dan bekerja sebagai guru tadika berdekatan rumahnya. Apapun dia seorang yang memelihara diri dan maruah. Menutup aurat yang sempurna seperti mana yang disyariatkan Allah. Sudah tentu dengan niali-nilai Islam yang diterapkan ibu padanya menyebabkan hidupnya terpelihara dari perkara-perkara yang tidak baik.

“Arghh..alangkah gembiranya seandainya aku dapat memiliki Si Badrul.”bisik hati kecil Eja.

“Heh Eja,dengar tak apa mak cakap ni!.”sergah mak selepas melihat aku mengelamun seketika.

“Aah..aa..dengar mak. Ala mak ni,ikut makla. Kalau mak tarima,Ejapun terima juga. Mana yang baik bagi mak,baikla juga bagi Eja.”Eja tersenyum penuh makna memandang wajah ibunya.


****************************

“Eja sayang. Eja gembira tak kita dah jadi suami isteri.” soal Badrul sebaik mereka sah menjadi suami isteri.

“Mestilah gembira. Lelaki idaman yang Eja impikan menjadi kenyataan.”jawab Eja tersipu malu.

“Sebenarnya Eja pun wanita pujaan abang. Bila pertama kali jumpa Eja,hati abang berdegup kencang. Apatah lagi bila lihat Eja pergi tadika perpakaian jubah dan bertudung labuh. Sejuk hati melihatnya.”bagitahu Badrul berterus terang pada isterinya.

“Yeker..tima kasih bang. Eja harap abang sudi bimbing diri Eja ni jadi isteri dan wanita solehah” jawab Eja.

“InsyaAllah sayang. Bukanke dalam al-Quran ada kata wanita yang baik untuk lelaki yang baik,dan wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat”

Eja tersenyum memandang wajah suaminya..hatinya kini sudah dimiliki oleh insan yang didambakan selama ini.


*********************

Pulang dari kerja,Eja menyambut Badrul dengan bersalam dan mencium tangan suaminya dengan hati yang gembira. Dia menatap wajah suaminya yang agak kepenatan.

“Banyak kerja ke bang,letih jer nampaknya..”tanya Eja pada suaminya.

“A’ah sayang. Keje kat kilang tu melambak-lambak. Lagi pula,kilang abang bulan depan kena shutdown.lagila sibuk”jelas Badrul semula.

“Oh..gituker..”Eja tersenyum memandang suaminya.

Setelah menukar pakaian, mereka berdua menikmati minuman petang. Erm,air kopi habbatussauda’ dengan kuih karipap.

“Sedap kuih ni,pandai Eja buat yek. Kalau makan sedap-sedap camni..gemukla abang”

“Ala abang ni..biasa je kuih tu..pandai-pandai je abang ni” Eja mencubit lengan suaminye kerana usikan itu.

“ Ni abang nak bagitahu ni,esok abang nak kuar 3 hari tau.”

“Esok ke bang?.kalu tak kuar tak bleh ke..sunyilah Eja abang takde 3 hari ni” Saja Eja bertanya begitu. Dia memang tahu,sejak berkahwin dengan Badrul,setiap bulan memang wajib suaminya keluar dakwah selama 3 hari.

“Yelah sayang..dah lupaker?”

“Ermm..ingatlaa..saja jer tanya,”

Sebenarnya Eja berat hati nak bagi suaminya keluar. Usia perkahwinan mereka baru 4 bln. Seharusnya waktu yang ada dihabiskan bersama-sama kerana mereka berdua masih dalam proses mengenali antara satu dengan lain. Dia sendiri pun masih tak faham dengan usaha dakwah dan tabligh. Hatinya sedikit memberontak bila mengetahui Badrul terlibat dlm usaha ini..Apatah lagi rata-rata kawannya memandang negatif dengan usaha tabligh ni.

Memang dia akui Badrul seorang suami yang taat pada perintahNya. Solah lima waktu berjemaah di masjid adalah wajib baginya. Tiada istilah lelaki solah di rumah. Amalan tahajjud,tilawah al-quran dan zikir merupakan amalan hariannya. Dan yang pasti bila berbicara terserlah ilmu agama yang dimilikinya. Lantas, Eja seharusnya bersyukur dengan Allah atas kurniaan ini. Cuma dia masih cuak dengan kerja dakwah ini. Perluke buat kerja ni di zaman moden dan teknologi seperti sekarang ni. Kenapa tak dakwah guna radio ke, buku ke, tv ke, Internet ke, macam ustaz atau penceramah agama buat sekarang ni. Arghh..Eja terkeliru..bingung..sememangnya dia terlalu baru untuk memahami susur galur perjuangan dakwah tabligh ni.

********************************

Suatu malam Eja dan Badrul berbicara tentang usaha dakwah dan tabligh ni.

“Sayang,apa yang sayang tahu pasal jemaah tabligh ni?” tanya Badrul pada isteri tercinta sambil membelai ubun-ubun isterinya.

“Entahla bang. Yang Eja tahu,orang kata tabligh ni suka tinggal anak bini berbulan-bulan. Tak bagi nafkah zahir batin kat keluarga.” Jawab Eja jujur.

Badrul tergelak mendengar jawapan isterinya. Itulah manusia menilai sesuatu dari luar tanpa mahu memahami isi dalamnya.

“Eja sayang,cuba Eja fikir,orang tabligh je ker yang tinggal anak bini. Habis tu,orang zaman sekarang ni, yang pergi kursus, outstation, pastu ada yang kerja kat pelantar minyak,sebulan di laut sebulan di darat, ada pula yang suami sambung belajar bertahun di luar negara, cam tu tak pe pulak, takde pun orang nak pertikaikan. Cuba Eja renung firman dalam al-quran yang mafhumNya:

"Katakanlah: jika bapa-bapamu,anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takut kerugiannya, serta tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah, rasulNya, dan jihad di jalan Allah maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNya,.." (At-taubah:24)

"Erm,betul juga kata abang.entahlah, Eja pun tak tahula bang. Eja sendiri pun baru nak belajar mengenali dakwah tablligh ni.”

“Sebenarnya uasaha dakwah ni kerja nabi, Ejakan tahu macammana nabi, baginda adalah kekasih Allah. Sanggup bersusah payah nak dakwahkan kalimah tauhid ni,kena ejek, kena baling batu sampai berdarah,kena lempar dengan najis,jumpa orang rumah ke rumah,lorong ke lorong,semata-mata nak ajak manusia kembali kepada Allah,supaya dapat hakikat Lailahaillallah, tidak menyembah makhluk tapi menyembah Allah yang Esa. Kita ni umat akhir zaman. Allah jadikan kita sebaik-baik umat,kan dalam al-quran ada kata:

“Kamu sebaik2 umat, yang telah dilahirkan bagi faedah manusia,(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang salah” (Ali-imran:110)…”

Usaha yang kita lakukan sekarang ni hanya 10% sahaja berbanding usaha sahabat sahabiyah dahulu, mereka sanggup korban diri, harta, anak bini, semata-mata nak syahid di jalan Allah, semata-mata nak tengok kalimah Allah tertegak di atas muka bumi ini. Sebab tu mereka ni di dunia lagi Allah taala telah redha pada mereka dan menjanjikan syurga utk mereka. Lagipun sayang, abang tinggal Eja ni bukan kat padang pasir seperti Siti Hajar dan Ismail yang di tinggalkan Ibrahim. Mereka lagilah, kena tinggal tanpa sekarang asbab untuk mereka hidup,takde rumah,makanan dan tempat tinggal,tiada jiran-jiran,tapi sebab redha dengan perintah Allah dan sebab dakwah, Nabi Ibrahim rela melakukannya. Eja ni abang tinggal, duduk dalam rumah yang selesa,cukup peralatan rumahnya,keperluan dah abang sediakan…takkan camtu pun tak sanggup lagi. Habis..Eja nak abang berkepit duduk bawah ketiak Eja 24 jam. Camtuh?”Badrul sengaja mengenakan isterinya sambil mencubit hujung hidung isterinya yang mancung itu.

“Bukanla sampai macamtu bang. Cuma Eja cemburu, orang lain, bila suami balik kerja, ada kat umah sampai malam,pastu bleh main ngan anak-anaknya,sembahyang pun kat rumah berjemaah dengan isteri dan anak-anak. Aada masa bermesra ngan keluarga. Tapi abang,balik kerja rehat sebentar,pastu pukul enam lebih dah nak kena pergi ghastla,mesyuaratla,malam markazla..kalu hari Isnin hingga Khamis memang tak merasa abang ada waktu petang. Balik pun lewat malam.”Eja menerangkan situasi yang sedang dilalui ini.

“Itulah namanya lima amal masjid. Yang kita kena keluar 3hari,40hari,4 bulan tu, untuk kita belajar buat kerja nabi,untuk wujudkan suasana iman dan amal dalam berdakwah,dan bila balik,Medan perjuangan kita adalah dengan menghidupkan lima amal masjid ni. Fikir harian atau mesyuarat harian, pastu khususi orang tertentu kena bagi masa dua jam setengah,pastu buat taklem di rumah dan masjid,kena ziarah kat kampung sendiri dan kampung jiran dan setiap bulan keluar 3 hari dengan membawa jemaah yang baru. Lima amal masjid ni merupakan amalan masjid Nabawi, yang mana sahabat buat untuk dakwahkan Islam. Sebab tu sekarang ni,kita nak belajar bagi masa untuk agama,dunia dan akhirat kena seimbang. Duniakan jambatan untuk akhirat..cuba kita tengok jambatan.mana ada orang bina rumah ke,istana ke kat atas jambatan. Orang nak memancing atas jambatan pun di larang tau.” Terang Badrul panjang lebar sambil melirik mata pada isterinya.

“ Takpelah bang. Eja cuba belajar memahami kerja dakwah dan tabligh ni. Walaupun sukar tapi Eja akan berusaha untuk mengatasinya”

“Camtulah isteri abang yang cantik jelita ni. Nanti abang bawa Eja jumpa ahlia karkun kat kampung ni. Hah,ahlia cikgu Abas tu,dia dah banyak pengalaman keluar masturat tau. Blehla Eja belajar daripada ahlianya.dan lagi Eja bleh berkenalan dengan ahlia karkun bila pergi taklem mingguan masturat nanti. Jangan lupa beri tasykil untuk keluar masturat 3 hari,yerk!” Eja tersenyum memandang suaminya.

“InsyaAllah bang” jawab Eja.

*************************************

Eja tersedar dari lamunannya. Dia mengesat airmatanya yang mengalir di pipi. Sesungguhnya dia hanya manusia biasa yang lemah untuk menghadapi mehnah ini,mungkin dia terlalu berharap Badrul menjadi hak milik mutlaknya. Tetapi dia lupa,bahawa manusia ini adalah pinjaman sebagaimana firman Allah:

“ Sesungguhnya Allah telah membeli pada orang mukmin itu dirinya dan hartanya dengan memberikan syurga untuk mereka” (At-Taubah:111)

Dia harus kuat dan sabar. Dunia ini hanya pinjaman dan akhirat juga yang kekal abadi. Kalau di dunia ini ada pangkat,harta,darjat tapi tidak mengamalkan agama dalam kehidupan,sudah tentu semuanya sia-sia sahaja.

“Yeah,aku harus kuat,kuat untuk memperoleh keredhaan Allah. Biarkan manusia yang tidak faham dan tidak mahu mengerti usaha dakwah dan tabligh ini. Tapi aku akan sentiasa berdoa semoga Allah istiqomah dan kekalkan aku,suami dan generasiku hingga hari akhirat dalam usaha ini, dan semoga Allah bagi kefahaman pada mereka yang memandang serong,membenci atau menghina kerja ini. Ameen” bisik hati Eja.


TAMAT

dikarang Oleh Tokwan

User Name tokwan kau

Member
Date Joined March 26 2009 06:06:57
Last Visit July 29 2009 18:20:14

Monday, July 13, 2009

Ijtimak Dakwah Malaysia 2009


Aku di khemah Gergasi Untuk Mereka Yang datang dari Kuala Lumpur, kelihatan juga jemaah tasykil dan ruangan untuk Orang Bisu serta OKU




Sunday, July 12, 2009

DOSA AKAN GUGUR...

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam...

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram
di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat
suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana
senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki
suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan
menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga
isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan
daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila
suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat
dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun
isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan
isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman
dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat
anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.
Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya
terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam
rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang
isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun
untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di
udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam
kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari
keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

========================================================================

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."
"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

DOAKU...

Ya Allah,
Seandainya Telah Kau Catatkan
Dia Milikku
Dekatkan Hatinya Dan Hatiku
Titipkanlah Kemesraan Antara Kami
Agar Kebahagiaan Itu Abadi

Ya Allah,
Tuhan Yang Maha Pengasih
Seiringkanla­h Kami
Melayari Hidup Yang Luas Ini
Ketepian Yang Bahagia

Ya Allah,
Ya Tuhan Ku
Jika Dia Bukan Miliku
Bawalah Dia Jauh Dariku
Dan Peliharalah Diriku Dari
Kekecewaan

Ya Allah,
Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berilah Aku Kekuatan
Melontar Bayangnya Ke Dada Langit
Dan Didalam Kepekatan Malam
Agar Aku Merasa Bahagia
Walaupun Tanpa Dirinya Disisi

Ya Allah,
Ya Tuhan Ku
Gantilah Yang Telah Hilang
Tumbuhkanlah Kembali Yang
Telah Patah
Meskipun Tidak Sama Dengan Dirinya..

Ya Allah,
Kekalkan Hubungan Kami Selamanya
Diatas Jalinan Suci Yang Diredhaimu
Semoga Apa Yang Kita Impikan
Selama Ini Akan Menjadi Kenyataan
InsyaAllah

Thursday, July 9, 2009

WANITA SOLEHAH….

WANITA SOLEHAH….
SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN
DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN
KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH !!!

Wednesday, July 8, 2009

Tarikh ijtima' Malaysia pada 9, 10, 11 & 12 Julai 2009

Tujuan ijtima' bukanlah untuk seronok-seronok berkumpul ramai-ramai untuk bergelak ketawa atau pun bergurau senda tetapi ianya adalah satu perhimpunan atas maksud agama. Dakwah, quran, zikir, dan akhlak dapat dibuat secara ijtimai yang mana akan tarik rahmat Allah SWT. Program2 ni dah lama bersambung dr zaman nabi lagi...diluar sana mcm india/pakistan/bangladesh/thailand/indon hmpir setiap thn buat tp kat msia inila pertama kali dibuat...ini semua adalah atas izin Allah swt (lps ni ijtima' singapore insyaAllah)

Semua lelaki Islam dijemput hadir.

Jadi dengan adanya ijtima', amal orang Islam akan bertambah. Jemaah dapat dihantar keseluruh dunia. Masjid-masjid perlu dihidupkan 24 jam dengan ada orang bergilir-gilir bagi masa di masjid. Setiap rumah perlu hidup dengan amalan dakwah dan taklim. Perlu usaha juga sehingga 100% orang Islam menunaikan solat dan sedia jadikan dakwah sebagai kerja utama sehingga sanggup beri nyawa untuk agama (macam sahabat Nabi).

Ulama ada mengatakan di masjid Nabi zaman Madinah dulu hidup 24 jam dengan 4 amalan.
1.Dakwah,
2.belajar & mengajar ilmu agama,(taklim wa taklum)
3.ibadat (solat, quran, zikir & doa),
4.khidmat.

Natijahnya orang Islam zaman tu jadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Jemaah-jemaah dihantar keseluruh dunia untuk sebarkan agama dan jemaah-jemaah datang dari seluruh dunia untuk belajar agama. Jadi untuk kembalikan kegemilangan umat Islam dulu pada zaman sekarang, umat kena kembali hidupkan masjid2 jadi macam zaman Nabi.

Ini antara gambar persediaan menyambut ijtima' Malaysia. Credit to my sahabat aashaku atas gambar2 dibawah...
Persediaan khemah untuk jemaah yang bakal hadir...

kelihatan jemaah khidmat sedang tekun menyiapkan khemah-khemah...panjang khemah dianggar boleh memuatkan 5 buah boeng 737-400 disusun memanjang (luas tuuu)


Parking mati dimana kereta tidak boleh dibawa keluar sehingga majlis tamat...
Rangka kayu yang dipasang sepanjang-panjang jalan untuk kemudahan berwudhuk di khemah-khemah umum....
Tandas umum...




Khemah-khemah jemaah khidmat...
Khemah-khemah elders...

Program Ijtimak Malaysia





( 9 Julai 2009 – 12 Julai 2009 )
Asar : Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan

9 Julai 2009 – KHAMIS

- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak

10 Julai 2009 – JUMAAT
- Selepas Solat : Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
1. Ceramah Umum
2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum

11 Julai 2009 – SABTU
- 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
1. Program Untuk Ulama
2. Program untuk Khawas
3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Pendek

12 Julai 2009 - AHAD
- 9.30 pg – 12.30 (Sebelum Zuhur)

1. Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah
2. Doa Penutup Ijtimak

- Selepas Asar : Nasihat khas untuk Jemaah Khidmat semasa ijtimak.

Friday, July 3, 2009

Kami Mencari Myvi Ezi 1.3 Auto


http://images.paultan.org/images2/perodua-myvi-se-1.jpg

Passion For Design

Sporty and luxurious, Myvi's stylish design highlights sleek aeodynamic lines that exude bold cinfidence and echoes refined elegance. Its aesthesic beauty is matched by its practicality, complete with plush body-fitting seats. It's also built with a trendy sleek nose and ovehang while its dynamic belt line expresses movement and momentum.

MyVi 1.0 SR
MyVi 1.3 EZ(A)
MyVi 1.3 SX (M)
MyVi 1.3 SE GHS (M)
MyVi 1.3 SE ZHS (A)

Thursday, July 2, 2009

Untuk Wanita

Kita tidak tahu bagaimana kesudahan iman kita. Setiap org seharusnya takut, bimbang dan harap pada Allah Ta’ala akan keadaan imannya.

_____________

Bismillah.

Kalaulah satu org yg bukan beriman dilahirkan dlm keadaan kekufuran, hidup dlm kekufuran, hidup dlm suasana tanpa agama tanpa iman, mati tanpa iman adalah perkara biasa. dan Allah Maha bermurah hati, Allah matikan sesetengah org yg hidupnya dlm kekufuran tetapi mati dgn beriman. Tetapi org yg dilahirkan dgn iman, yg hidup dgn iman, yg dipanggil sbg org islam, yg dipanggil sbg org yg beriman spt kita ni semua, kita seharusnya takut, kerana dikalangan org yg hidupnya beriman pun ada yg mati tanpa iman. Satu org yg mati dgn iman Allah janjikan syurga yg luasnya 10x ganda dunia. Utk itulah usaha atas iman sngt penting. Untuk org yg sudah ada iman kita kena buat usaha atas iman, dakwah atas iman.

Ada 2 jenis dakwah; dakwah islam dan dakwah iman. Dakwah iman adalah keperluan utk setiap org yg beriman, Hukumnya fardhu ain. Sesetengah org beranggapan apabila jemaah menziarahi mereka berckp tentang iman, mendakwahkan iman, mereka akan berkata,

‘Kenapa dakwah kami, kami sudah islam, pergilah kpd org2 bukan islam’.

Saudara yg mulia, sebenarnya perintah dakwah iman ini adalah utk setiap org yg sudah beriman. Allah beritahu dlm quran,

‘Wahai org2 yg beriman, beriman lah kamu sebagaimana org2 yg telah beriman’.

Bagaimana org yg telah beriman iaitu para sahabat radhiallahu taala anhum telah beriman kpd Allah Taala, mereka telah usaha atas iman mereka sehingga drp asalnya sesetengah sahabat ada yg menyembah berhala, namun mereka telah beriman dan usaha atas iman sehingga mereka dipanggil org yg beriman. Pada mulanya Allah seru mereka dgn panggilan ‘Ya Ayyuhan Naas’ tetapi setelah mereka usaha atas iman mereka, setelah mereka beriman Allah seru mereka dgn panggilan ‘Ya Ayyuhallazina Amanu’. Allah telah sebut org2 yg beriman ‘mu’minin, mu’minat’ – lelaki2 yg telah beriman, wanita2 yg telah beriman. Beriman dgn apa? beriman dgn perkara yg ghaib, dgn syurga dan neraka, dgn pahala dan dosa, malaikat, semua janji2 Allah iaitu semua perkara2 yg tidak nampak. Sehinggakan para sahabat dan sahabiyah telah capai keimanan, seolah2 bagaimana kita nampak dunia dgn mata kasar kita, mereka nampak akhirat dgn mata hati mereka.

Suatu hari seorang sahabat ditanya oleh Rasulullah saw,

‘Wahai sahabatku, bagaimana keadaan kamu pagi ini?’

Jawab sahabat,

‘Wahai tuanku, saya pagi2 ini dalam keadaan iman yg sempurna.’

Kata Baginda saw,

‘Setiap pengakuan haruslah ada buktinya, apakah bukti kamu?’

Maka sahabat bagitau,

‘Seolah2 saya dgr goresan2 pena malaikat menulis dalam buku amalan saya, bila kebaikan dibuat ditulis dalam buku amalan sebelah kanan, bila dosa dibuat dicatit dalam buku amalan sebelah kiri saya,’

Bagaimana Sahabat boleh mendengar sebegitu rupa? Kerana telinga yg sudah dimasuki iman, mata yg sudah dimasuki iman. Seorang sahabat juga memberitahu,

‘Seolah2 saya dapat melihat pandangan syurga, penghuni2 syurga sedang berada dlm keadaan bahagia dalam nikmat Allah ta’ala, bersalam salaman dan menziarahi dlm nikmat Allah Taala. dan mata ini seolah2 melihat penghuni2 neraka yg sedang bergaduh antara satu sama lain, mereka berada dalam tempat yg sempit dalam keadaan azab neraka yg sangat pedih.’

Saudara yg telah dimuliakan oleh Allah swt, utk usaha atas iman inilah baginda saw dan para sahabat mereka telah bersusah payah, bersungguh2 utk menanggung kesusahan demi agama Allah swt. Agama telah dtg dlm kehidupan mereka. di Mekah mereka telah menanggung kesusahan, seorang sahabiyah, Zinnirah (ra) telah kehilangan pandangan matanya, dia telah buta setelah disiksa oleh kaum mushrikin, kemudian dia telah berdoa pada Allah dan telah dakwah pada kaum mushrikin bahawa:

‘Allah yg sama dahulu telah beri penglihatan pada mata saya, sebenarnya Allah yang sama telah ambil penglihatan saya dan Allah yang sama jua lah yang akan kembalikan penglihatan mata saya.’

Dan dia beritahu pd Abu Jahal,

‘Bukan engkau, engkau pun tidak mampu buat apa2.’

Dan setelah Abu Jahal penat memukulnya, Allah swt telah kasihan pada Zinnirah (ra) maka Allah telah kembalikan penglihatanya dan penglihatannya lebih terang drpd sebelumnya.

Saudara yg telah dimuliakan oleh Allah swt, para sahabat dan sahabiyah telah berkorban dan berkorban utk agama Allah swt, sehingga ada yg disiksa, dicemeti, dipukul, ditombak, ditarik badannya sehingga terbelah dua oleh kuda yg berlari dlm arah yg bertentangan. Sahabiyah2 ada yg kebuluran, sehingga anak2 mereka mati dlm pangkuan mereka, tetapi mereka terus buat usaha atas agama, usaha atas iman. kerana mereka telah faham dgn iman yg betul yang sahih pada Allah, barulah Allah Taala akan beri kejayaan. Kejayaan yg sebenar adalah bila iman yang sahih berada dlm lubuk hati kita. Satu org yg mati dgn iman yg sahih barulah diterima oleh Allah Taala. Jika iman rosak, dan ditolak oleh Allah, maka bau haruman syurga pun diharamkan. Jadi para sahabat dan sahabiyah (ra) telah berusaha dan usaha utk agama sehingga dtg pula perintah utk berhijrah. Kalau di Mekah mereka terpaksa menanggung kesusahan, sekarang mereka pula kena tinggalkan kampung halaman, itupun mereka harungi, mereka tempuh juga dan berhijrah ke Madinah demi agama. Di Madinah mereka terpaksa pula berperang saudara. Ahli keluarga mereka yg belum beriman memerangi mereka, dari Mekah org mushrikin bentuk angkatan tentera sebanyak 1000 org dlm peristiwa badar, dan para sahabat hanya seramai 313 orang. Mereka harungi juga kepayahan dlm peperangan utk agama Allah swt.

Dalam peristiwa Uhud pula mereka telah berperang sehingga org spt hadhrat Hamzah (ra) bapa saudara baginda saw telah disyahidkan. Hamzah (ra) adalah org yg sangat hampir dgn baginda saw, baginda saw sangat menyayanginya. Tetapi utk agama Allah swt ini, dadanya telah terbelah, jantungnya telah dikeluarkan dan cuba dimakan oleh seorang wanita mushrik, namun tidak berjaya. Dapat kita bayangkan bagaimana sedih baginda saw. Baginda saw yg begitu hebat orangnya begitu cekal melihat pakciknya yg begitu disayanginya hari ini telah terkorban terbujur dihadapan matanya. Begitu juga 70org sahabat yg lain, sepupu baginda saw Abdullah bin Jahsh (ra) juga turut terkorban dan ramai sahabat2 yang besar yg lain. Baginda saw beritahu,

‘Kalaulah sebelum ini satu nyawa dibalas dgn satu nyawa, hari ini utk org spt Hamzah (ra), 70 nyawa akan dibalas,’

Maka Allah turunkan wahyu,

Wahai nabiku, sesungguhnya satu nyawa ini hanya layak dibalas dgn satu nyawa, tetapi sekiranya kamu inginkan kebaikan dari Tuhan kamu maka memaafkan adalah lebih baik,’

Subhanallah. Inilah pengorbanan perasaan nabi saw dan para sahabat (ra) yang ditanggung demi perintah Rabb mereka. Dan begitu juga ramai wanita2 telah kehilangan suami2 mereka, namun itupun mudah utk mereka, demi agama Allah swt.

Saudara yg dimuliakan oleh Allah swt, apabila Khaleed bin Waleed (ra) hendak dtg ke Madinah utk memeluk agama Islam, dia telah beritahu, ‘Bila Allah hendak bukak hati aku utk dtg pada cahaya petunjuk ini, maka hati ini telah berbelah bagi, ragu2. kerana aku, telah ramai org2 terbunuh, wanita2 kehilangan suami mereka, anak2 kehilangan kasih saying drpd bapa mereka.’

Bagaimanapun dia telah cekalkan hati nya, pergi depan kaabah dan jemput ramai org2 quraisy yg ternama. Mereka apabila dgr jemputan dr Khaleed bin Waleed, perwira mereka yg handal memerangi org Islam, mereka pun dtg dan bertanya apakah hajat hendak mengumpulkan kami semua. Maka dia dgn berani nya memberitahu,

‘Sekarang tiba masanya utk kita beriman dgn agama yg dibawa oleh Muhammad’.

Begitu berani nya Khaleed (ra) dan kemudiannya dia telah menuju ke Madinah, namun dalam hatinya masih berat memikirkan yang dia telah mengorbankan ramai org islam.

Pada masa yg sama org2 di madinah telah dibentuk oleh Baginda saw dgn perasaan korban utk agama Allah swt, bukan sahaja mereka telah beriman, suatu masa dahulu mereka telah menanggung kesusahan, penderitaan di Mekah utk iman, maka hari ini mereka telah dapat kemanisan iman, mereka telah dipanggil org yg beriman, wanita2 yg beriman, mereka telah faham apa nikmat iman nilai iman ini, maka keinginan mereka adalah utk semua org datang pada iman. Jadi apabila berita Khaleed dtg ke madinah tersebar, Baginda saw beritahu,

‘Hari ini Mekah akan mengutuskan permatanya,’

Maka org2 madinah menunggu kedatangannya berebut2 utk menjemputnya berjumpa Baginda saw. Bukan itu sahaja, apabila org2 madinah telah mendengar Khaleed bin Waleed hendak memeluk Islam, kanak2 dan wanita telah keluar dr rumah mereka, melihat kedatangan Khaleed bin Waleed. Maka seolah2 anak2 ini beritahu,

Wahai Khaleed, kerana kamu kami telah kehilangan kasih sayang bapa kami tetapi demi iman utk kamu supaya kamu selamat drpd neraka Allah, itu kami gembira,’

Seolah2 wanita2 ini memberitahu padanya,

Wahai Khaleed, kerana kamulah rumahtangga kami telah musnah, kami telah dipisahkan drpd kasih sayang suami kami tetapi demi iman utk kamu supaya kamu selamat drpd neraka Allah, maka itu kami terima. kami redha dgn Allah swt.’

Jadi saudara yg dimuliakan oleh Allah swt, sahabat2 mereka telah korban mereka telah faham, Allah telah masukkan kemanisan iman dlm hati2 mereka, Allah telah bina keyakinan yg sejati dlm diri mereka, sehingga mereka inginkan mahukan agama ini pada seluruh manusia. Keinginan dan kefahaman mereka sama spt keinginan dan kefahaman Baginda saw, baik lelaki mahupun wanita.

Suatu ketika telah dibentuk suatu jemaah yg terdiri di antaranya Hisham bin Al Asr (ra) bersama saudaranya hadhrat Amr bin Al Asr (ra) dan hadhrat Amr telah dijadikan amir (ketua) utk jemaah tersebut. Mereka telah pergi ke suatu tempat dan di sana musuh telah bunuh saudara dia Hisham (ra) dan mereka telah letakkan jasad tubuh saudaranya ini di tengah2 jalan di genting di antara dua gunung yang dikiri kanannya hanya gaung. Dan semua sahabat2 kena melintasi jalan ini utk menyempurnakan takaza mereka. dan didepan nya adalah amir saab, ketua rombongan para sahabat dan bila amir lihat didepan jalannya terbujur seorang sahabat, saudara lelakinya sendiri, tetapi di depan sana adalah takaza agama, jemaah kena dihantar ke sana, baginda saw telah utus mereka utk sesuatu maksud utk bawa agama ke sana. dan musuh2 ini telah buat perangkap utk mereka. Namun tidak ada sesuatupun yg dpt menghalang mereka, mereka telah jelas akan maksud mereka dihantar oleh nabi saw, maka diberitahu kpd para sahbat kita teruskan perjalanan kita. dan semua unta dan kuda sahabat jalan terus pijak jasad saudara lelakinya. Jadi saudara yg dimuliakan oleh Allah swt, kita boleh bayangkan kaki2 kuda telah pijak jasad tubuh sahabat yg mulia yg telah syahid ini sehingga semua badannya hancur. Namun terus mereka pergi sempurnakan tugas2 mereka dan kemudian kembali. Kemudian hadhrat Amr bin al Asr (ra) telah turun dari kudanya dan pergi pada tempat dimana mayat saudaranya terbaring tadi, dia ambil satu karung beg dia telah kumpulkan bekas2 jasad abangnya tadi, daging dan tulang2 yg telah hancur telah dikumpulkan dgn berlinangan air mata sehinggakan sahabat yg menemaninya boleh melihat dia menangis. Dikatakan angin batu pasir telah menjadi saksi bagaimana sahabat telah menanggung perasaan sebegitu rupa utk usaha agama. Maka sehingga hari ini agama telah tersebar kita semua telah dpt iman dlm kehidupan kita atas asbab pengorbanan dan usaha mereka.

Jadi saudara yg dimuliakan dan dikasihi oleh Allah swt, inilah usaha agama yg sebenar. Kerana pengorbanan para sahabat, kerana pengorbanan isteri2 mereka, pengorbanan anak2 mereka hari ini kita di Malaysia, di asia tenggara dan seluruh dunia agama telah sampai kepada kita. Kerana Allah telah suka, Allah telah gembira dgn pengorbanan mereka. Jadi agama ini sebenarnya adalah melalui pengorbanan. Untuk dapatkan iman utk hasilkan iman dlm diri kita, kita kena menanggung pengorbanan. Untuk dptkan iman utk manusia sejagat pengorbanan kena dibuat. Sebab itulah jemaah2 kena dibentuk kena hantar dan utuskan suami2 dan anak2 kita di jalan Allah swt. supaya Allah akan lihat usaha pengorbanan ini dan Allah akan terima dan sebarkan hidayat ke seluruh alam. Allah akan datangkan manusia kpd agama dari seluruh pelusuk alam. Bila wanita2 telah faham akan keinginan baginda saw, maka mereka telah jadikan keinginan mereka spt keinginan Baginda saw.