Ya Allah Engkau Tuhanku... Tiada Tuhan melainkan Engkau... Engkau cinta Agung....ku... Nabi Muhammad pesuruh-Mu... Ya Allah Engkau sumber bahagia... Engkaulah Sumber keselamatan... Ya Allah Engkau sumber keamanan... Engkaulah segalanya... Ya Allah Engkaulah pelindungku... Engkaulah sumber rezkiku... Di waktu sakit Kau sembuhkan... Di waktu lapar Kau beri makan... Ya Allah Engkau Cinta Agungku.. Cintaku haraplah dibalas.. Ya Allah Engkau Cinta Agungku.. Janganlah cintaku tidak dibalas.. Jangan biarkan ku tanpa pimpinan... Pimpinlah aku ke jalan yang benar... Kepada Engkaulah harapanku.. Janganlah hampakan perasaanku..

Sign-up with ZALORA and receive a RM 20 voucher

Sunday, May 31, 2009

Kematian Yang Pasti Datang

Tanah Perkuburan

Pusara Ibu

Kelak riwayat hidupku juga akan tamat
Semoga Saya dapat Jumpa Ibu di Syurga Allah
Jasa Ibu amat Besar
Mengenalkanku tentang Allah
Tentang Asas Islam

Tuesday, May 26, 2009

USAH MERUNGKAI PERIBADI

Bukan mudah untuk menjaga rahsia dan juga menjaga amanah. Kerana rahsia atau amanah itu adalah perkara paling berat dalam kehidupan kita. Begitu juga apabila sesuatu kepercayaan yang telah diletakkan kepada seseorang kepada kita, kepercayaan itu harus digengam erat tanpa sedikit pun perasaan untuk meleraikannya. Sekali kita cuba meleraikannya, seumur hidup kepercayaan itu tidak akan digalang lagi kepada kita.

Bukan mudah untuk mempercayai orang lain selain daripada diri sendiri. Sungguh besar nilai dan harga yang perlu dibayar untuk memastikan bahawa kepercayaan itu tidak dikhianati. Kepercayaan itu hadir daripada sebuah hubungan yang ikhlas, tanpa ada rasa sedikit pun keraguan terlintas. Sebab itu percaya membawa bahagia dan rasa diri berharga.



KISAH SILAM

Kisah silam
(amalan buruk/yang menjatuhkan maruah diri) yang dilalui oleh manusia tidak seharusnya dirungkai dan dicoret-coret isinya. Biarlah ia terus dikambus, dikambus oleh kebaikan dan amalan baik yang dilakukan. Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, dan perkara ini sering-kali diulang-ulang dari Quran bahawa kesilapan itu ditebus melalui sesalan. Sesalan yang bersungguh-sungguh dan bertekad untuk tidak melakukannya lagi, iaitu TAUBAT.

“Taubat ialah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah.”

Mengapa kita suka membaca isi silam orang lain? Adakah perkara itu sebuah keseronokan atau sebuah kelucuan yang harus kita sebar-sebarkan? Ataupun mungkin kita suka mencungkil-cungkil rahsia orang lain yang tersembunyi, kemudian dihebahkan kepada orang lain untuk merendahkan atau menghina seseorang itu? Islam melarang perbuatan mencungkil rahsia yang tersembunyi , kemudian menyebarkannya kepada umum. Perbuatan itu dikategorikan sebagai mengumpat/ghibah.

Sambungan

Sunday, May 24, 2009

Kematian Yang Pasti Datang

Bapa Saudara Ariff telah Meninggal Dunia Hari Ini.
Ayahteh adalah gelaran beliau, Abah telah berada di Terengganu untuk menziarahi jenazah dan keluarga di Terengganu


Broadband Celcom

Pakej Celcom RM68
Inilah gambaran ku pada pakej Celom Pakej RM68.00, SLOW... sampai terpaksa guna penapis besi untuk dapat signal..(bergantung kepada tempat dan pengunaan pelanggan celcom disesuatu lokasi))

Friday, May 22, 2009

Aurat


Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.
Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,
Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.
Qudwatul Hasanah qudwahhasanah198.blogspot.com

Terfikir...

Rasanya nak suruh zaujah buat blog tentang aurat wanita...

http://norazua.files.wordpress.com/2008/02/tudung.jpg

3.1.4.2 Perhiasan Perempuan yang Boleh Tampak dan yang Tidak Boleh

Ini ada hubungannya dengan masalah menundukkan pandangan yang oleh dua ayat di surah an-Nur 30-31, Allah perintahkan kepada laki-laki dan perempuan.

Adapun yang khusus buat orang perempuan dalam ayat kedua (ayat 31) yaitu:

a) Firman Allah:

"Janganlah orang-orang perempuan menampakkan perhiasannya, melainkan apa yang biasa tampak daripadanya."

Yang dimaksud perhiasan perempuan, yaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang bisa tampak. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeda pendapat tentang arti apa yang biasa tampak itu dan ukurannya. Apakah artinya: apa yang tampak karena terpaksa tanpa disengaja, misalnya terbuka karena ditiup angin; ataukah apa yang biasa tampak dan memang dia itu asalnya tampak?

Kebanyakan ulama salaf berpendapat menurut arti kedua, Misalnya Ibnu Abbas, ia berkata dalam menafsirkan apa yang tampak itu ialah: celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas. Sedang bolehnya dilihat celak dan cincin, berarti boleh dilihatnya kedua tempatnya, yaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Sedang Aisyah, Qatadah dan lain-lain menisbatkan dua gelang termasuk perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka sebagian lengan ada yang dikecualikan. Tetapi tentang batasnya dari pergelangan sampai siku, masih diperselisihkan.

Di samping satu kelonggaran ini, ada juga yang mempersempit, misalnya: Abdullah bin Mas'ud dan Nakha'i. Kedua beliau ini menafsirkan perhiasan yang boleh tampak, yaitu selendang dan pakaian yang biasa tampak, yang tidak mungkin disembunyikan.

Tetapi pendapat yang kami anggap lebih kuat (rajih), yaitu dibatasinya pengertian apa yang tampak itu pada wajah dan dua tapak tangan serta perhiasan yang biasa tampak dengan tidak ada maksud kesombongan dan berlebih-lebihan, seperti celak di mata dan cincin pada tangan. Begitulah seperti apa yang ditegaskan oleh sekelompok sahabat dan tabi'in.3

Ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk mengecat pipi dan bibir serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/3014.html

Monday, May 18, 2009

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU


Hormat Ibu Bapa Murah Rezeki, Hormat Guru dapat Ilmu
Selamat Hari Guru... ;-)
16 MEI 2009

Thursday, May 14, 2009

Angah Kembali ke Kuala Lumpur


Angah dah duduk dengan kami untuk sambung belajar...
lesen dah ada,berkorban tinggalkan family tercinta di pahang utk masa depan.....
good luck angah !! chayo chayo !!!!

Punya la bengang


bengang betul la..

Setelah mencuba berkali2 celcom broadband monthly pakej RM68,
akhirnya aku on semula broadband daily
seperti biasa....wow..agak laju dan memuaskan hati
........dan aku boleh open byk2 link dlm 1 masa.BEST !!!!

Broadband Celcom RM68 slow

Try Broadband Daily RM6 per-day, oklah kelajuannya.. pada satu-satu masa boleh buka email, yahoo messengger, 4 youtube page dan download file.

Tetapi Broadband RM68 amat teruk, buat masa nilah, baru first time pakai semalam. takleh buat aktiviti seperti broadband daily ..

Ujian - Ujian

dibawah adalah link mengenai isu yg sama..

http://blog.mixterr.com/mana-lebih-baik-celcom-maxis-atau-umobile-broadband/

http://forum.saiyaman.info/index.php?showtopic=4902&st=540

Sunday, May 10, 2009

Memori Atas Feri


Haji Dris, menikmati pemandangan dari atas Feri Penang menuju ke Seberang Perai

Saturday, May 9, 2009

MIHAS 2009


Selepas Pergi Kenduri , kami pergi ke Pameran produk Halal a.k.a MIHAS 2009


Tempat Pameran MIHAS 2009, MARI KITA MAKAN FREE!!




Kenduri Meraikan Pernikahan


Sesampai je kat Rumah Kenduri, ternampak Pintu Gerbang masuk ke Ruang Makan, Huh ! Siap pintu Gerbang .. biar betol

Makan Kenduri Ala Buffet, sendiri ambil..
Makan Beradap sahaja... tiada persandingan


Pengantin memotong kek

Tempat basuh tangan yang kreatif

Kenduri Saudara sebelah Abah, ayah kepada Ariff

Wednesday, May 6, 2009

Mahkamah Syariah

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, aku sampai di Kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada waktu menghampiri tengahari,di dalamnya kelihatan 8 kerusi khas untuk menunggu , 9 kerusi bagi pelanggan berurusan dengan kaunter,kelihatan juga barisan org beratur untuk berurusan dengan kaunter pertanyaan,oleh kerana aku tergolong dalam golongan tak tahu maka aku pun kena beratur la jUgak untuk berurusan dengan kaunter pertanyaan mahkamah syariah. kaunter ni tak pakai nombor?,mungkin mesinnya rosak, aku tengok di bahagian atas kaunter mencari papan lampu led nombor panggilan..hmm tak dapat dikesan. Tujuan aku berada di sini adalah untuk menguruskan urusan harta pusaka peninggalan ibu.

Kebengangan beratur menyebabkan aku berkata-kata, lalu aku melafazkan ayat tanya kepada akak kat depan aku, "kak diorang tak pakai nombor?"

Jawab akak tu "tak pakai nombor dik"

Aku heran, kemudian akak tu menerangkan tujuan dia berada disitu "akak ni dtg nak dptkan pengesahan berkaitan dengan cerai, sejak tahun 1997 hal ni, bekas suami akak suruh datang selalu Mahkamah Syariah ni kalau nak selesai cepat, kakitangan Mahkamah Syariah ni takkan telefon kita,kita kena telefon dia", "Bekas suami akak tu dah ada 3 anak sekarang" tambahnya lagi sambil tersenyum.
"adik datang ke sini atas kes cerai ke?" tanya akak tu pada aku.

"Oh.. tidak, saya datang ni atas urusan faraid harta ibu" jawabku

Bila aku dah semakin hampir dengan kaunter pelanggan Mahkamah Syariah ternampak mesin nombor .. "ish-ish kenapa la tak digunakan" bisik hatiku, kenapa tak dilatih pengunjung macam kami ni untuk ambil nombor.Antara perkara tak selesa ketika berurusan disini bagiku adalah beratur di ruang orang keluar masuk, sama ada dari laluan orang yang selesai urusan di kaunter atau di bilik wakalah (Alhamdulillah masa tu bilik wakalah kosong).



Dikaunter pertanyaan ada 2 pegawai bertugas, bila dah sampai giliran aku ke kaunter pertanyaan pegawai yang bertugas melayan aku dengan baik, antara lafaz yang keluar dari pegawai kaunter pertanyaan adalah "adik ni dari pejabat peguam ke?", barangkali soalan itu timbul disebabkan kertas bercetak komputer yang aku serahkan padanya untuk tujuan pertanyaan,isinya berkaitan dgn harta yg nak difaraidkan hasil idea aku dan bapaku "

Aku diarahkan oleh pegawai kaunter pertanyaan Mahkamah Syariah untuk turun ke basement berjumpa dengan jurutaip, kerana kertas berkaitan harta yang aku taip tu tak mengikut format yang dikehendaki oleh Mahkamah Syariah,aku dengan rela hati turun tangga.
Sampai je kat bawah aku jumpa 3 bilik jurutaip dan satu kedai koperasi,bertentangan dengan bilik-bilik ni ada 3 kerusi kayu panjang yng boleh memuatkan 4 orang lelaki saiz pinggang 40, dan ada 1 kerusi panjang kerusi besi. aircond? dalam bilik jurutaip adalah,kat tempat menunggu untuk orang awam ni.. yang aku nampak hanyalah kipas gantung yang ada 2 tali tu, ruang untuk lalu-lalang sekitar 6 atau 7 kaki sahaja.


Melalui cermin kaca bilik Jurutaip aku dapat lihat Mesin Taip dalam Bilik Jurutaip 1 dan 2, yang ada komputer hanyalah bilik Jurutaip 2 dan 3.Kehadiran Mesin Taip tanpa elektrik masih relevan di mahkamah Syariah,manalah tahu,kalau blackout tak ada elektrik.. mesin taip masih boleh digunakan.
Setelah sekitar setengah jam menunggu, kini giliran aku masuk bilik jurutaip, Alhamdullilah urusan di dalam tidak leceh bagi jurutaip,ini kerana keterangan yang perlu mengenai urusan faraid telah aku sediakan pada sekeping kertas.
Upah taip yang diminta untuk afidavit aku adalah RM25 ,hmm..
(Jurutaip kat sini tak paparkan tanda harga bagi khidmat mereka.. kena pandai–pandai tawar menawar la..) kalau satu dokumen upahnya RM25,bagaimana pula 10 orang.. RM250 lah,sekitar 30 minit siap dokumen aku 2 helai, padanya tercatat 8 orang waris,setelah selesai jurutaip menaip,hasil kerjanya diperlihatkan melalui skrin komputer kepadaku,sebelum aku beredar aku minta salinan digital apa yang dia taip,Alhamdullilah dapat (aku bawa thumb drive).Rasanya pendapatan seorang Jurutaip boleh mencecah RM2500 dalam masa 2 minggu, itupun jika purata orang yang datang minta khidmat jurutaip dalam sehari 10 individu.

Selesai urusan dengan jurutaip aku naik ke atas untuk tujuan pendaftaran kes harta untuk Mahkamah Syariah Faraidkan.

Jam menunjukkan 1.25 petang, aku lihat ruang kerusi pendaftaran kes agak lenggang, hanya tinggal 2 pegawai dikaunter pendaftaran kes.Aku pergi ke kerusi bagi pelanggan,bahagian paling depan sekali, di kaunter ketika itu ada orang awam berurusan,setelah selesai urusan orang awam aku pula dipanggil untuk ke kaunter, Di situ aku kena baca sumpah depan pegawai, yakni apa yang ditaip oleh jurutaip berkaitan dengan sumpah yang dia taipkan untuk aku.

Setelah sesi menyumpah selesai, aku diminta sain surat tu, 2 set semuanya.Kemudian aku diarahkan pergi ke kaunter sebelah, kata pegawai berkenaan kes aku akan dikendalikan oleh Mahkamah Tinggi. Di kaunter sebelah ada pegawai wanita, dia taipkan sesuatu di komputer , entah apa yang dia taipkan ntah, selesai menaip dia bagi aku resit bayaran berjumlah RM4 sahaja dan dokumen.Dan selepas urusan ini aku diperintahkan kembali ke bangunan mahkamah syariah ni lagi..

Sunday, May 3, 2009

Friday, May 1, 2009

Anak Kak Ina


Ini Dia Muhammad Az-Zuhri bin Saleem anak Sulong kepada Kak Ina .. hehe
comel tak ?