Ya Allah Engkau Tuhanku... Tiada Tuhan melainkan Engkau... Engkau cinta Agung....ku... Nabi Muhammad pesuruh-Mu... Ya Allah Engkau sumber bahagia... Engkaulah Sumber keselamatan... Ya Allah Engkau sumber keamanan... Engkaulah segalanya... Ya Allah Engkaulah pelindungku... Engkaulah sumber rezkiku... Di waktu sakit Kau sembuhkan... Di waktu lapar Kau beri makan... Ya Allah Engkau Cinta Agungku.. Cintaku haraplah dibalas.. Ya Allah Engkau Cinta Agungku.. Janganlah cintaku tidak dibalas.. Jangan biarkan ku tanpa pimpinan... Pimpinlah aku ke jalan yang benar... Kepada Engkaulah harapanku.. Janganlah hampakan perasaanku..

Sign-up with ZALORA and receive a RM 20 voucher

Friday, June 12, 2009

Fahami Tanda-Tanda Anak Alami Deraan Seks

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaNLr-gftA8tDufr7c_yWuQ-m2tbJ5FhYAJDrJpdCdlgnC5Rs-6m-C_n0da5UgzQUJKMrFUDeVBTGGe_egMEQbRn-ru8WLd2k1lkPQAPP0IbhuV42AjrSf4PA06B1_3De17qY1OSbG75A/s400/Picture1.jpg

Apakah reaksi anda apabila melihat anak kecil anda membuat perlakuan berbentuk seksual, seperti gemar menarik atau menyentuh kemaluan teman sepermainan atau membuat pergerakan seperti sedang melakukan seks ketika bermain?

Adalah satu kesilapan besar bagi ibu bapa untuk mengambil mudah perlakuan seperti ini dan menganggapnya sebagai satu tindakan “nakal” kerana ia adalah salah satu tanda anak anda telah terdedah pada perlakuan seksual atau lebih buruk lagi mungkin mangsa penderaan seksual.


Madeleine Yong ketika memberi penjelasan mengenai tanda-tanda penderaan seksual di forum anjuran Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (foto The Star).

Menurut Pengarah Persatuan Protect and Save The Children (PS The Children) Madeleine Yong, ibu bapa perlu peka terhadap tanda-tanda yang mencurigakan yang ditunjukkan anak bagi menyelamatkan mereka daripada terus menjadi mangsa penderaan seksual.

http://www.psthechildren.org.my/images/template/logo.jpg

PS The Children adalah pertubuhan sukarela yang menyediakan khidmat bantuan, terapi dan kaunseling kepada kanak-kanak mangsa penderaan seks dan sokongan kepada keluarga mereka.

Bercakap pada satu forum mengenai penderaan seks kanak-kanak anjuran Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam baru-baru ini, Madeline memberi contoh satu kes membabitkan seorang kanak-kanak perempuan yang gemar menarik kemaluan rakan lelakinya ketika bermain.




“Apabila disiasat dan ditanya dengan baik, kanak-kanak itu menjelaskan, itu adalah permainan rahsia yang kerap dimainkannya bersama bapanya,” kata Yong.

Beliau menegaskan perlunya bagi ibubapa dan orang dewasa memahami tanda-tanda tidak nyata yang ditunjukkan oleh kanak-kanak mangsa penderaan seks kerana secara umumnya, sebahagian besar mereka tidak akan memberitahu sesiapa mengenainya, lebih-lebih lagi jika ia dilakukan oleh orang yang rapat dengan mereka.

Mangsa, katanya, takut akan dipersalahkan oleh masyarakat dan kerap merasakan diri mereka sendiri bersalah, terutamanya jika mereka mendapat kenikmatan daripada perbuatan itu.

“Ibu bapa perlu faham bahawa organ seks kanak-kanak boleh juga memberikan kenikmatan kepada mereka dan ini antara punca mengapa mereka rasa bersalah dan tidak akan mengadu jika menjadi mangsa penderaan seksual".

“Bagaimanapun, jika penderaan ini berterusan, kesannya kepada psikologi mangsa sangat buruk dan jika tidak ditangani akan berkekalan sehingga boleh menjurus pada pengambilan alkohol dan dadah,” katanya.


Tanda-tanda lain yang kerap ditunjukkan mangsa penderaan seks termasuklah

  • kerap mengigau,
  • takut tidur,
  • perubahan tingkah laku yang ketara,
  • gemar menyisihkan diri,
  • kencing malam,
  • gemar berahsia,
  • menghadapi masalah hilang berat badan/bertambah berat badan secara ketara atau
  • paling buruk kerap mencederakan diri sendiri
  • atau mempunyai kecenderungan membunuh diri.

Tanda seperti mencederakan diri, kata Yong, boleh dilihat dalam kes di mana penderaan berlaku dalam tempoh lama dan berterusan, menyebabkan mangsa seperti hilang kemampuan untuk merasa apa-apa, melainkan ia kesakitan fizikal.

Keadaan ini, katanya, akan menyebabkan mangsa suka menoreh bahagian-bahagian anggota mereka yang sukar dilihat, seperti di lengan, perut atau di paha.

Yong juga menggalakkan ibu bapa agar mendidik anak-anak mereka mengenai organ-organ seks mereka dan tidak memberikan nama-nama pelik terhadap organ tersebut seperti “nasi lemak” untuk buah dada atau nama-nama lain untuk kemaluan atau dubur mereka.

Cara ini, katanya, akan memudahkan kanak-kanak untuk memberitahu apa yang berlaku pada mereka dengan jelas tanpa berasa malu kerana ia bukan perkataan yang dianggap taboo.

Beliau juga menggalakkan ibu bapa agar mendengar dengan teliti apabila anak-anak mereka mengadu tentang kejadian yang menimpa mereka kerana kanak-kanak jarang mengada-adakan cerita dan memberikan sokongan kepada mereka kerana bagi kanak-kanak mangsa penderaan seksl, trauma yang mereka alami ketika bercerita adalah sama dengan trauma yang mereka alamia ketika didera.

Naib presiden pertubuhan itu Vicky Alahakone pula berkata, mengikut statistik, dalam kes penderaan seks membabitkan ahli keluarga, golongan paling tinggi didapati bersalah adalah bapa, diikuti bapa saudara, abang dan bapa tiri.

“Di samping itu, lebih 70% daripada kes yang dilaporkan berlaku di dalam rumah mangsa sendiri. Ini bermakna usaha lebih kuat perlu dilakukan bagi menjadikan rumah tempat yang selamat untuk kanak-kanak,” katanya.

No comments: