Ya Allah Engkau Tuhanku... Tiada Tuhan melainkan Engkau... Engkau cinta Agung....ku... Nabi Muhammad pesuruh-Mu... Ya Allah Engkau sumber bahagia... Engkaulah Sumber keselamatan... Ya Allah Engkau sumber keamanan... Engkaulah segalanya... Ya Allah Engkaulah pelindungku... Engkaulah sumber rezkiku... Di waktu sakit Kau sembuhkan... Di waktu lapar Kau beri makan... Ya Allah Engkau Cinta Agungku.. Cintaku haraplah dibalas.. Ya Allah Engkau Cinta Agungku.. Janganlah cintaku tidak dibalas.. Jangan biarkan ku tanpa pimpinan... Pimpinlah aku ke jalan yang benar... Kepada Engkaulah harapanku.. Janganlah hampakan perasaanku..

Sign-up with ZALORA and receive a RM 20 voucher

Saturday, January 5, 2013

2.3.1 Structured Analysis Approach


Structured Analysis (Analisis Berstruktur) adalah pembangunan sistem tradisional yang mudah difahami. Ia menggunakan fasa – fasa bersiri yang dipanggil dengan nama “System Development Life Cycle” (SDLC), bagi merancang, menganalisa, mereka, melaksanakan dan menyelenggara sesebuah sistem informasi, walaupun Analisis Berstruktur berubah ubah ketika kebanyakan sistem menggunakan pemprosesan di kerangka utama, ia kekal sebagai suatu kaedah pembangunan sistem yang dominan[1].
Analisis Berstruktur menggunakan set model pemprosesan bagi menjelaskan tentang sesuatu sistem secara grafik. Ia menumpukan kepada proses menukarkan data kepada informasi berguna, Analisis Berstruktur juga dipanggil sebagai “teknik pemprosesan pusat”[2] yakni ia memecahkan program yang besar kepada lapisan – lapisan modul kecil. Di samping untuk memodelkan proses, pendekatan analisis berstruktur juga termasuklah penyusunan data dan strukturnya, reka bentuk “Pangkalan Data Hubungan”[3] dan isu-isu “Antara Muka Pengguna”[4].
Proses pemodelan mengenal pasti data yang mengalir kepada suatu proses, peraturan urusanlah yang merubah data termasuk data yang terhasil daripada aliran keluar.
MODULE CDAD2103, OUM
 Rajah 1 : METHODOLOGY OF INFORMATION SYSTEM DEVELOPMENT, MODULE CDAD2103, OUM
Rajah 1 menunjukkan sebuah model proses ringkas yang mewakili proses pendaftaran pelajar bersama kemasukan dan keluaran yang berkaitan. Dapat dilihat “REGISTER STUDENT” memproses dua kemasukan dan merubahnya kepada satu keluaran data .

[1] dominan – 1. berkuasa atau berpengaruh, men­dapat tempat atau kedudukan yg (berkuasa, berpengaruh, dsb): kita sering terjumpa cerita yg mengisahkan bagaimana suatu kaum yg lebih ~ itu mempergunakan kaum lain sbg buffer dlm suatu pertembungan; terdapat juga akhbar dwibahasa Inggeris/Melayu, bagaimanapun halaman bahasa Inggeris lebih ~; 2. (Bio) bkn sifat yg lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi drpd salah satu induk (ibu bapa bagi manusia): warna perang pd rambutnya merupakan sifat ~ yg diwarisi drpd ibunya; 3. (Bio) bkn banyaknya spesies tertentu dlm sesuatu kawasan. Kamus Dewan Edisi Empat
[2] Process-centered technique
[3] Relational database design
[4] User interface
4allmemory upgrades speed up your computer!

2.3 Pendekatan kepada pembangunan sistem


Dalam Pembangunan Sistem Maklumat terdapat pelbagai pendekatan dan teknik popular yang digunakan. Dalam hal ini, ada organisasi yang mencipta teknik mereka sendiri dan ada juga yang memilih untuk menggunapakai pendekatan yang ditawarkan oleh pembekal perisian dan perunding. Kebanyakan pakar bersetuju bahawa tiada teknik yang spesifik dalam pembangunan sistem maklumat, yakni yang cukup lengkap untuk digunakan oleh semua jenis organisasi. Hakikat ini menjadi sebab kenapa seorang penganalisis perlu mahir dalam menilai sesuatu pendekatan, terutama mengenai kekuatan dan kelemahan sesuatu pendekatan.
Dibawah adalah pendekatan yang popular dalam Pembangunan Sistem
  1. Structured Analysis Approach
  2. Object-Oriented Analysis and Design Approach
  3. Information Engineering Approach
  4. Rapid Application Development (RAD) Approach
SiteBuilder only £2.95/month

Pengenalan Teknologi Maklumat dan Persekitarannya


Dalam semua bidang kita akan dapati Sistem Informasi digunakan, ini termasuklah urusan membeli barangan keperluan harian di pasar raya dan juga pengeluaran wang simpanan di mesin ATM (Auto Teller Machine),
Apakah yang dimaksudkan dengan sistem informasi?
Secara umumnya “sistem informasi” adalah sekumpulan aktiviti – aktiviti yang telah diatur demi mencapai tujuan tertentu, seperti proses mengetin sardin… daripada peringkat penangkapan ikan,memasak sehingga pengetinan.
Sistem Informasi yang kita bincangkan ini adalah merujuk kepada suatu sistem yang  mengabungkan Perkakasan (Hardware), Perisian (Software) dan Sistem Telekomunikasi.
Sistem ini berupaya meningkatkan produktiviti perniagaan dan membantu pentadbir syarikat membuat keputusan dengan cepat.
Pada zaman ini, Sistem Informasi mempunyai kesan yang besar keatas kejayaan sesebuah perniagaan,  Banyak organisasi  memanafaatkannya bagi menawarkan servis yang lebih baik kepada pelanggan, juga untuk mendapatkan maklumat dan menyesuaikan perniagaan mereka dengan perubahan dunia perniagaan semasa, bahkan sistem informasi digunakan untuk meningkatkan produktiviti pekerja – pekerja mereka. Kajian menunjukkan sistem informasi yang efektif berupaya memenuhi jangkaan pelanggan dan memenuhi keperluan perniagaan mereka.

AVG Internet Security 2013

The Impact Of Information Technology On Education and Entertainment


Banyak Syarikat pada hari ini menggunakan “maklumat” sebagai asas bagi :
  • Meningkatkan Produktiviti
  • Menghasilkan Produk yang berkualiti
  • Memberi servis yang berkualiti
  • Meningkatkan Keyakinan Pelanggan
  • Membantu dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan masa.
Kini Teknologi Informasi (I.T) telah terbukti menjadi komponen utama kepada kejayaan atau kegagalan sesebuah syarikat, Suasana ini menunjukkan betapa besar kesan I.T kepada dunia bisnes hari ini. Justeru penghasilan sistem teknologi informasi (s.t.i)  yang berkualiti tinggi adalah penting untuk persaingan diperingkat global. Pakar teknologi informasi mesti memahami operasi bisnes sesebuah syarikat sebelum s.t.i syarikat itu dibina.
Penganalisis Maklumat (yang bekerja di bahagian teknologi informasi) akan menggunakan teknik “Business Process Modelling” bagi mewakili perkara yang berkaitan dengan operasi syarikat dan maklumat yang diperlukan.Penganalisis Maklumat  bertanggungjawab untuk merangka, mengkaji dan melaksanakan sistem informasi tersebut.
100% Guaranteed Compatible Memory

3.6.1 Aktiviti dalam Penyiasatan Awal


Ketika melakukan penyiasatan awal, penganalisis perlu mengikuti beberapa langkah untuk mengumpul maklumat, pada peringkat akhir penyiasatan penganalisis perlu menghasilkan laporan hasil dari penyiasatan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan. Sekarang mari kita lihat langkah-langkah yang perlu diikuti oleh penganalisis sistem untuk perancangan projek yang akan dilaksanakan.
Langkah 1: Memahami masalah oganisasi dan peluang yang ada.
Jika permintaan kepada sistem memerlukan pembangunan sistem maklumat yang baru atau hanya perlu melakukan beberapa perubahan kepada sistem yang sedia ada, penganalisis sistem mungkin perlu:
• Membangunkan profil bisnes untuk menerangkan proses bisnes dan fungsinya seperti yang anda telah belajar dalam Bab 1.
• Mengetahui kesan yang akan berlaku kepada operasi bisnes dan sistem maklumat lain.
Kebiasaanya, perubahan dalam satu sistem akan mempengaruhi system yang lain tanpa disedari. Apabila anda menganalisis permintaan kepada suatu sistem, anda mesti mengambil kira pengguna dalam jabatan dan proses bisnes yang terlibat. Dalam kebanyakan kes, permintaan kepada suatu sistem tidak menunjukkan masalah yang tersembunyi, hanya simptom. Sebagai contoh:
i. Anda mungkin menerima permintaan untuk menyiasat punca kelewatan pemprosesan kerangka utama. Selepas penyiasatan, anda dapati bahawa masalah yang itu adalah disebabkan oleh penjadualan kerja yang tidak cukup bagus, yang mana ia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan masalah perkakasan komputer.
ii. Permintaan untuk menganalisis aduan daripada pengguna mungkin disebabkan wakil jualan tidak mendapat latihan yang secukupnya, dan bukanlah kerana barangan yang dihasilkan tidak berkualiti.
Langkah 2: Menentukan Skop Projek dan Batasannya
Menentukan skop projek membawa erti menentukan sempadan projek lengkap yang paling mustahil.
Sebagai contoh, kenyataan seperti slip gaji tidak dihasilkan dengan betul adalah terlalu umum berbanding dengan kenyataan seperti jumlah bayaran kerja lebih masa tidak dikira dengan betul untuk kakitangan di Jabatan Perbendaharaan. Adakalanya, sesuatu projek berkembang tanpa disedari. Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu menentukan skop projek dengan lebih jelas. Untuk tujuan itu anda mungkin perlu menggunakan model grafik bagi menggambarkan sistem yang dikehendaki, individu yang terlibat, dan juga proses bisnes. Skop projek juga berperanan sebagai penentu bagi sempadan sistem tersebut dalam penyiasatan awal. Penganalisis sistem harus menghadkan tumpuan kepada masalah dan mengelakkan pembaziran masa dan bajet yang berlebihan.
Selain menentukan skop projek, anda perlu mengenal pasti batasan sistem tersebut. Had dan keperluan adalah syarat bagi sistem untuk mencapai satu spesifikasi yang dinyatakan. Had boleh melibatkan:
  1. Perkakasan;
  2. Perisian;
  3. Masa;
  4. Dasar;
  5. Undang-undang; dan
  6. Kos.

Friday, January 4, 2013

Kini Saya Semester 3 di OUM

Di semester ini saya akan mempelajari tentang

  • Information Sharing
  • Visual Basic Programming" dan
  • Introduction to Operating System

Subjek Semester 2 "METHODOLOGY OF INFORMATION SYSTEM DEVELOPMENT" masih belum dikuasai, subjek ini amat  penting, ia berkaitan dengan PROJEK AKHIR DIPLOMA.

Antara usahaku untuk membantu diri dan pelajar-pelajar lain perkara berikut telah pun dilakukan :

Menubuhkan facebook group tidak rasmi untuk pelajar dan bekas pelajar IT OUM bagi tujuan pembelajaran


membuat huraian dan terjemahan kepada subjek "METHODOLOGY OF INFORMATION SYSTEM DEVELOPMENT" melalui blog saya di http://nurariff1.blog.com/

Contoh terjemahan seperti dibawah


2.3.2 Object-Oriented Analysis and Design Approach (OOAD)




Analisisa Berstruktur mengkelaskan proses dan data sebagai komponen yang berlainan, Ini berbeza dengan pendekatan OOAD[1] dimana ia mengkelaskan proses dan data sebagai satu, iaitu “objek”, OOAD dicipta bagi memudahkan pembangunan sistem yang memerlukan perubahan pesat sebagai respon dari suasana bisnes yang dinamik. OOAD boleh berfungsi dengan baik dalam situasi yang rumit, sebagai contoh sebuah sistem maklumat yang sentiasa menjalani penyelenggaraan, adaptasi dan merekabentuk semula.
Penganalisis sistem menggunakan OOAD untuk membuat model bagi proses bisnes dunia nyata dan operasinya. Hasilnya adalah set perisian objek yang mewakili orang sebenar, sesuatu benda, transaksi dan acara. OOAD menggunakan piawaian industri bagi menghasilkan sesuatu model sistem informasi yang dipanggil dengan nama unified modeling language[2] (UML).

[1] Analisis dan Rekabentuk Berorientasikan Objek
[2] bahasa pemodelan bersatu