Ya Allah Engkau Tuhanku... Tiada Tuhan melainkan Engkau... Engkau cinta Agung....ku... Nabi Muhammad pesuruh-Mu... Ya Allah Engkau sumber bahagia... Engkaulah Sumber keselamatan... Ya Allah Engkau sumber keamanan... Engkaulah segalanya... Ya Allah Engkaulah pelindungku... Engkaulah sumber rezkiku... Di waktu sakit Kau sembuhkan... Di waktu lapar Kau beri makan... Ya Allah Engkau Cinta Agungku.. Cintaku haraplah dibalas.. Ya Allah Engkau Cinta Agungku.. Janganlah cintaku tidak dibalas.. Jangan biarkan ku tanpa pimpinan... Pimpinlah aku ke jalan yang benar... Kepada Engkaulah harapanku.. Janganlah hampakan perasaanku..

Sign-up with ZALORA and receive a RM 20 voucher

Friday, October 16, 2009

Laminate flash card

Hari minggu baru2 ini, saya dengan rajinnya membuat flash card baru untuk Asyraf. Gabak besar huruf2nya. Saya buat ABC pulak, selama ni asik tunjuk gambar2 binatang etc kat dia. Ayah Asyraf dengan rajin jugak nak menolong, so saya bg dia tolong print, pastu kami sama2 warnakan huruf2 tu. Asyraf pun nak nyebok gak, mujur saya dah sediakan satu waste paper untuk dia. Maka di situ la Asyraf menunjuk ‘bakat’ mewarnanya.. hehe

Masa laminate flash card yg sudah digunting adalah saat yg paling best. Asyraf macam dah tak sabar nak main kad tu, habis disepahkan sana sini, termuncung mulutnya concentrate kat card yg berwarna- warni tu. Akhirnya siap jugak. Takdela Flash card yg lagi besar dari tu rasanya. haha

Asyraf yg dah tak sabar2 nak main Flash Card baru.

ABC

Ni Flash Card yang dah siap..

Anda juga boleh buat flash card anda sendiri:

Barang-barang yg diperlukan:

  1. Kertas
  2. Komputer (words)
  3. Pensil kaler
  4. Gunting
  5. Laminating plastic
  6. Seterika
  7. Lots of love and patient

Mula-mula buat kan ABC atau 123 atau apa sahaja(contohnya download gambar binatang) kat words, pastu print keluar. Kemudian boleh la warnakan mengikut kreativiti masing-masing. Guntingkan Flash card tu.. Masukkan kedalam plastik laminate (boleh dibeli di semua kedai buku), kemudia seterika dengan api yang perlahan (tidak perlu dilapik) sekiranya seterika tu betul2 rendah suhunya, proses laminating akan jadi cantik cuma lambat. Berbanding dengan menggunakan suhu tinggi, kerja akan cepat tapi, plastiknya akan berkedut-kedut.

Tips:

Nak lagi cepat, download la ini:

ABC

ABC Colour

Nanti saya akan update lagi bila saya buat yg baru.. Memang byk yg akan dibuat (ikut tahap kesebokkan la jugak huhuhu)

dipetik dari http://mysimplestory.wordpress.com/


No comments: