Ya Allah Engkau Tuhanku... Tiada Tuhan melainkan Engkau... Engkau cinta Agung....ku... Nabi Muhammad pesuruh-Mu... Ya Allah Engkau sumber bahagia... Engkaulah Sumber keselamatan... Ya Allah Engkau sumber keamanan... Engkaulah segalanya... Ya Allah Engkaulah pelindungku... Engkaulah sumber rezkiku... Di waktu sakit Kau sembuhkan... Di waktu lapar Kau beri makan... Ya Allah Engkau Cinta Agungku.. Cintaku haraplah dibalas.. Ya Allah Engkau Cinta Agungku.. Janganlah cintaku tidak dibalas.. Jangan biarkan ku tanpa pimpinan... Pimpinlah aku ke jalan yang benar... Kepada Engkaulah harapanku.. Janganlah hampakan perasaanku..

Sign-up with ZALORA and receive a RM 20 voucher

Wednesday, September 2, 2009

Perompak berpura - pura menolong

KUALA LUMPUR: Bimbang sekiranya diculik dan diperkosa menyebabkan dua gadis yang dilarikan tiga penjenayah nekad melompat keluar dari kereta yang bergerak bagi menyelamatkan diri.

Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, dua gadis berusia awal 20-an berkenaan bagaimanapun terselamat dan dihantar ke hospital untuk menjalani rawatan sebagai pesakit luar.

Sumber polis berkata, insiden culik berkenaan berlaku apabila seorang daripada gadis berkenaan yang memandu kereta Perodua Kancil menghadapi masalah ketika melalui Jalan Kepong, di sini.




Difahamkan mangsa yang memandu dalam keadaan hujan lebat itu berdepan saat cemas apabila kereta dipandu rosak dan terperangkap di dalam lumpur berhampiran sebuah jejantas yang dalam pembinaan.

“Berikutan itu mangsa yang menghadapi masalah segera menghubungi rakannya untuk meminta bantuan. Tidak lama kemudian dua rakannya iaitu seorang lelaki dan seorang wanita berusia 20-an muncul dengan menaiki Proton Wira untuk menolong mangsa.

“Bagaimanapun, tiga lelaki tidak dikenali turut muncul di lokasi kejadian beberapa minit kemudian dan turut menawarkan bantuan untuk membaiki kenderaan mangsa,” katanya.

Menurutnya, tiga penjenayah ‘baik hati’ itu mendakwa mahir untuk membaiki kenderaan yang rosak, namun menghadapi masalah berikutan tidak membawa peralatan mencukupi.

“Berikutan itu suspek memberi alasan ingin mengambil peralatan dengan meminta supaya mangsa dan dua rakannya itu turut sama mengekori mereka.

“Dua gadis terbabit menaiki Proton Wira dipandu seorang suspek manakala seorang lagi rakan lelaki mereka menaiki Toyota Vios
bersama dua lagi suspek,” katanya.

http://www.bloghipp.com/wp-content/uploads/2007/03/WindowsLiveWriter/OldViosVSNewVios_F5B5/V5208159-2%5B1%5D%5B1%5D.jpg
Ini Gambar Vios Lama


http://www.bloghipp.com/wp-content/uploads/2007/03/WindowsLiveWriter/OldViosVSNewVios_F5B5/V5208159-1%5B1%5D%5B1%5D.jpg
Vios Baru

Menurutnya, dua gadis terbabit bagaimanapun mula berasa curiga terhadap identiti suspek yang memandu kereta Proton Wira berkenaan melalui kawasan Jinjang, di sini.

“Mangsa yang menyedari terdapat sekatan jalan raya oleh pihak polis di kawasan terbabit bertindak berani membuka pintu kereta sebelum terjun ke atas jalan raya.

“Menyedari kedua-dua mangsa cuba mendapatkan bantuan polis, suspek kemudian segera memecut melarikan diri,” katanya.

Bagaimanapun rakan lelaki mangsa diugut sebelum dilarikan ke kawasan sunyi berhampiran ladang sawit di sekitar Sepang.

“Suspek memukul mangsa sebelum merompak telefon bimbit dan wang tunai mangsa RM600. Mangsa ditinggalkan di lokasi kejadian sebelum berjaya menyelamatkan diri dan membuat laporan polis,” katanya.

Difahamkan polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti suspek selepas mengambil keterangan dari semua mangsa culik terbabit.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah yang dihubungi mengesahkan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan masih dilakukan untuk memburu penjenayah.

No comments: